free
web stats

Cara dan Resepi Buat Durian Crepe

Ramai orang yang suka cuba untuk menyediakan resepi pada Durian Crepe ni. Memula dulu saya rasa agak pelik tentang benda makanan crepe crepe ni. Tetapi disebabkan sekarang sudah jadi satu fenomena pasal Durian Crepe, maka saya pun dah biasalah.

Sebaik saja sampai musim durian gugur, resepi terbaru tu akan jadi bualan hangat bagi ramai orang. Okey, tidak peduli apa yang dicakap oleh orang lain pasal Durian Crepe ni sebab hari ni saya bersama dengan mak saya nak cuba sendiri untuk buat Durian Crepe air tangan kami berdua.

Sebelum anda baca dengan lebih lanjut, saya nak cakap awal-awal ini dulu. Saya nak beritahu yang kami ni bukanlah chef profesional jadi Durian Crepe ni ala-ala syok sendiri orang cakap tapi jangan cuba-cuba nak perlekehkan rasanya. Jika nak cuba bolehlah datang ke rumah saya. Ni pakai durian kampung terbaik tau.

Bahan-bahan yang perlu disediakan

bahan yang diperlukan

Okey, bahan-bahan yang kami gunakan dalam pembuatan Durian Crepe ini adalah seperti berikut :-

  • 250 gram Tepung Gandum
  • 2 Biji Telur
  • 500ml Santan
  • 100ml Air (atau satu mangkuk kecil)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh pewarna (boleh ikut suka sendiri nak warna apa.. aku guna warna kuning telur dan hijau apple)
  • Satu botol kecil Whipped Cream – Boleh dapatkan kat Giant dan Tesco berhampiran
  • Aiskrim vanilla (bahan sampingan)

durian

Bahan yang paling penting sudah tentulah Raja Buah iaitu durian. Tak kisah apa jenama durian yang anda nak pakai untuk resepi ini, biar durian musang king atau D24 pun sedap. Ini aku pakai durian yang gugur belakang rumah. Syok kan belakang rumah ada dusun durian?

Cara-cara Membuatnya:-

  • Masukkan semua bahan-bahan yang disediakan dalam satu bekas besar.
  • Pakai blender untuk blend semua bahan tu.
  • Lepas tu, tapis bahan-bahan tersebut untuk menjadikannya cair. Jangan sampai adunan tepung tadi jadi berketul-ketul sebab tu kena tapis.
  • Panaskan kuali leper/pan. Kalau orang kaya boleh beli pan yang tak melekat. (harap maklum rumah aku tak ada kuali leper jadi cara alternatifnya guna je kuali bulat kat rumah tu. Jangan letak minyak.. nak seribu daya tak nak seribu dalih)
  • Tuangkan satu senduk adunan dan ratakan.
  • Apabila adunan telah menjadi crepe, letak kat pinggan sehingga sejuk.
  • Ingat Crepe yang telah sejuk tak perlu diterbalikkan.
  • Kemudian letak Whipped Cream diikuti dengan durian segar (pastikan durian telah dilenyek).
  • Lipat 4 pada crepe tersebut.
  • Tadaaa.. sudah siap..

Tengok gambar kat bawah ini untuk cara-cara pembuatan Durian Crepe.

durian crepe

Masukkan tepung gandum kedalam bekas adunan..

d4

Masukkan dua biji telur

d5

Masukkan 500ML santan dan 100ML air biasa

d6

Masukkan 1/2 sudu teh garam dan kacau..

d7

Masukkan adunan dalam blander dan bland sampai lumat. Kemudian tapis adunan takut tepung tak betul-betul lumat dan berketul.

d8

Kemudian masukkan satu sudu teh pewarna. Abaikan senduk dalam gambar tu..

Cara-cara nak masak Crepe :-

d9

Panaskan kuali/pan leper (cara alternatif guna je kuali bulat kalau tak ada kuali leper). Tuangkan satu senduk adunan dalam kuali.

d10

Kemaskan crepe dengan mengangkat kuali tadi.. buat sampai nampak crepe berbentuk bulat.

d11

Setelah crepe tadi masak, letakkan atas plate leper dan biarkan sehingga sejuk. Kemudian letak sedikit Whipped Cream.. macam aku tak suka letak banyak-banyak Whipped Cream ni.. so ikut la korang nak letak berapa banyak.

d12

Kemudian letakkan buah durian atas cream tadi.. ikutlah nak letak banyak mana.. disebabkan belakang rumah banyak durian jadi kami letak banyak skit.. hehe..

d13

Kemudian lipat crepe macam gambar kat atas.. lipat 4..

d14

Tadddaaa… sudah siap…

durian crepe

Cadangan aku letak Durian Crepe dalam peti sejuk selama sejam dulu kemudian hidangkan dengan Aiskrim vanilla.
Memang sedap dan terbaikkk…

d16

Ini pula Durian Crepe warna hijau.. letak pewarna hijau apple..

Jadi macam mana? Nampak ok tak? Inilah dia Durian Crepe yang menjadi fenomena tuh.. sekali cuba rasa nak buat lagi.

Saya nak cakap sekali lagi saya dan mak saya bukanlah chef profesional. Jadi kalau masuk masterchef tu bahagian persembahan dah kena tolak markah haha. Tapi bab rasa, boleh anda rasalah sendiri.. memang ummppphhhh terbaik dari ladang..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *