Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Cara Dan Petua Mudah Mengingat

Dulu masa saya masih belajar di sekolah, cikgu selalu pesan kepada kami semua pelajar, “jangan makan semut ye murid-murid, jangan makan kepala ikan dan jangan makan organ dalaman. Nanti anda semua jadi Superman yang cepat lupa”. Berulang-ulang kata cikgu itu sehingga pada satu tahap kami sudah boleh ajuk bulat-bulat nada percakapan cikgu tu.

Cikgu sambung kata lagi, kalau nak simpan pelajaran dalam kepala, anda semua kena minum air rebusan buku teks 3 kali sehari selama setahun. Lepas tu boleh confirm anda tidak akan lupa-lupa. Oppss… Yang tu saya kena tipu pulak!

daya ingatan

daya ingatan

Tapikan dalam banyak-banyak petua dan cara mudah mengingat yang dulu saya belajar, ada beberapa petua dan cara mengingat yang saya rasa sungguh berkesan diamalkan oleh para pelajar yang tercari-cari petua tersebut. Dan apa yang best sekali adalah dengan mengamalkan petua dan cara mengingat yang satu ini, anda tak perlu lagi berpantang makan segala. Walaupun anda termakan seguni semut hitam sekalipun. Tak kisah sama sekali. Anda boleh bedal apa saja yang ada di depan mata. Confirm tak akan lupa. (Baru-baru ni terminum air zam-zam yang ada semut…rasanya semut tu selamat dah saya telan.)

Tapi kalau boleh janganlah sampai semut pun anda nak makan. Agak-agaklah. Mana yang baik anda ambil, apa yang mengarut tu sila abaikan. Boleh bah kan? Tedia… lagipun anda semua dah besar panjangkan? Takkan hari-hari nak saya di sini peringatkan bagai.

Kadang-kadang saya terfikir, apa yang saya cuba ingat tu sebenarnya hanya untuk digunakan dalam peperiksaan. Sedangkan in reality, saya tak pernah pun cuba aplikasikannya.

Okey para pembaca sekalian, apa kata anda cuba terlebih dahulu dengan cara-cara yang saya berkongsi di bawah ini dan beritahu hasilnya nanti.

Mari kita semak bersama-sama.

Petua Untuk Cepat Mengingat

Antaranya ialah:

  1. Tukar fakta yang hendak diingat kepada bentuk rajah, diagram ataupun gambar. Ini kerana otak manusia lebih mudah mencerna maklumat dalamnya berbanding huruf yang bertimbun.
  2. Gunakan peta minda yang mudah dibawa ke hulu hilir.
  3. Asingkan isi penting fakta yang perlu diingat.
  4. Tulis isi penting dengan menggunakan pen yang berwarna-warni.
  5. Bentuk akronim bagi pangkal huruf fakta.
  6. Kaitkan fakta dengan perkara yang berlaku di persekitaran anda.
  7. Ambil sedikit masa untuk berbincang, berkongsi dan membuat pembentangan bersama rakan-rakan fakta yang kita ketahui.
  8. Sentiasa keluarkan fakta dari semasa ke semasa.
  9. Tolong rakan yang lemah dalam sesuatu pelajaran.
  10. Jangan rasa terlalu stress! Stress tidak membantu ingatan korang langsung. Malah ianya juga membuatkan korang semakin cepat lupa.
  11. Pastikan mood korang berada dalam tahap terbaik sebelum mula mengingat.
  12. Rujuk kembali fakta yang hendak diingat setiap kali terlupa.
  13. Lagi satu cuba ingat sesuatu melalui perkataan penting dalam setiap perkara. Contohnya nak ingat buah-buahan vitamin C seperti limau, epal, strawberi, anggur dan kiwi.. boleh diingat seperti ini KELAS…Kiwi, Epal, Limau, Anggur, dan Strawberi.
  14. Practice made perfect.

Leave a Reply