free
web stats

Cara-cara Untuk Menjaga Bateri Laptop

Anda buka komputer berapa kali sehari? atau 2-3 hari sekali baru tutup? Atau anda buka laptop tanpa menutup charger langsung? atau bagaimana? Aku sendiri kadang-kadang bahkan selalu buka laptop tanpa menutup plug charger. Padahal bateri laptop masih ok. Agak-agak ada kesan sampingan tak, samada untuk jangka panjang atau jangka pendek? Kadang-kadang aku pun risau gak, hehe.. sebab sebelum ini bateri henset aku charge sampai jadi kembung, nampak macam nak meletup pun ada. Tapi bateri laptop sehingga sekarang aku lihat masih belum ada apa-apa kesan sampingan. Bila aku tutup plug, bateri masih boleh diguna sampai 3-4 jam.

cara jaga bateri laptop

cara jaga bateri laptop

Namun, walaupun masih belum alami apa-apa masalah pada bateri laptop aku nie, bukan bermaksud selama-lamanya akan sentiasa ok, silap haribulan boleh rosak juga bateri laptop. Kalau rosak still under warranty period tak apa juga, boleh tukar yang baru. Ok, mari kita lihat cara-cara bagaimana pakar penjagaan laptop menjaga bateri laptop mereka. Siapakah yang pakar itu? Hoho, semestinya bukan aku.

Tips: Nak tahu tanda-tanda bateri laptop nak rosak, anda cuba charge sehingga penuh, kemudian tutup charger dan guna laptop sehingga keluar notis ‘kehabisan bateri’, anda cuba hitungkan masa, sekiranya bateri laptop anda tu cepat habis padahal baru caj saja tadi, maka itu tanda-tanda bateri laptop tu tak tahan lama dah dan akan rosak tak lama lagi, ia sudah tidak boleh simpan lebih dari 50% dari kapasiti yang sebenarnya, dan ini menandakan jangka hayatnya sudah tiba.

1. Penjagaan bateri laptop bermula sejak anda mula membeli bateri itu lagi, samada ketika membeli laptop baru ataupun ketika membeli bateri baru sebagai menggantikan bateri yang sudah rosak anda perlu melakukan pembelian dengan bijak. Lihat jenama bateri dan warranty serta jenama seperti menggunakan teknologi Intel Centrino dan sebagainya.

2. Malapkan skrin laptop – Pilih persekitaran dengan pencahayaan yang mencukupi dan malapkan skrin laptop anda kerana apabila kecerahan kurang bermakna anda akan mengalirkan kurang kuasa daripada bateri anda.

3. Guna aplikasi dan software anda dengan bijak: Aplikasi yang dimaksudkan adalah seperti aplikasi audio, Microsoft Word, Folder, Pelayar Web (browser) dan apa sahaja aplikasi lain samada Games, gunakan yang perlu sahaja. Ia bukan sahaja memakan kelajuan RAM anda, tetapi dalam masa yang sama menggunakan kuasa bateri anda dengan berlebihan.

4. Dekat dengan Sumber Elektrik – Terutamanya ketika anda berada di rumah atau pejabat, disarankan supaya anda guna power elektrik yang disediakan dan cabut bateri daripada laptop untuk memanjangkan jangka hayat bateri berkenaan. Cuma masalahnya sekiranya berlaku black out elektrik, mungkin mengganggu kerja perkomputeran anda yang sedang anda lakukan. Walaubagaimanapun ini hanya tips, terserah kepada individu, samada anda sayangkan bateri atau HDD anda. Hehe.

5. Kurangkan peranti luaran (external devices) – Contohnya seperti peranti USB (termasuklah mouse anda), Wifi, dan sebagainya. Sekiranya anda sudah tidak menggunakan USB, pastikan anda cabut USB tersebut untuk mengurangkan penggunaan sumber bateri. Selain itu cuba elakkan penggunaan charger henset atau iPod daripada laptop.

6. Tambahkan RAM lebih – Sama ada menambah RAM atau tukar RAM kepada RAM yang kuasa lebih tinggi. Hal ini bagi mengelakkan penggunaan virtual memory yang lebih pada cakera keras anda dan dapat mengurangkan penggunaan kuasa. Namun sekiranya anda menambah RAM lebih, perlu diingatkan bahawa akan menambahkan penggunaan kuasa bateri anda, namun ianya amat sesuai sekiranya anda memerlukan penggunaan aplikasi yang berat seperti Games dan dapat cover kembali penggunaan virtual memory anda.

7. Guna Cakera keras dan bukannya CD/DVD Player – Walaupun penggunaan cakera keras turut memakan tenaga, namun penggunaan pemacu CD atau DVD adalah lebih teruk memakan kuasa bateri, bahkan ia akan terus menggunakan kuasa bateri walaupun pada waktu anda tidak menggunakannya.

8. Jangan letakkan laptop atas katil/tilam – Lapik laptop untuk memberi ruang udara bagi mengelakkan laptop cepat panas dan dapat menjaga jangka hayat bateri.

Ok, demikian 8 cara penjagaan bateri laptop yang dapat aku kongsikan, sekiranya ada lagi tips-tips berkenaan cara jaga bateri laptop, aku akan tambahkan dalam artikel ini. Bukan sekadar dapat berkongsi dengan pembaca blog, bahkan buat rujukan aku juga di masa hadapan.

Sekian, semoga artikel ini bermanfaat kepada anda semua, kalau anda ada pengalaman atau pendapat, sila tulis di bahagian komen, pendapat anda amat dialu-alukan. wassalam.

PS: Beli batteri jangan yang ciplak, sebab risiko bateri rosak juga tinggi walaupun warrenty sebulan. Takkan nak berulang-alik ke kedai komputer semata-mata nak tukar bateri sahaja kerjanya. Hehe

Entri kaitan:
Tablet Atau Komputer Notebook – Apa Pilihan Anda?

Leave a Reply