free
web stats

Cara Buat Buih Sabun

Belajar bagaimana cara membuat buih sabun untuk anak anda. Melalui artikel ini akan dikongsikan kepada anda cara dan teknik menghasilkan buih sabun buatan sendiri dengan mudah.

Menonton buih terapung di atas angin dan melihat satu demi satu ianya pecah merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan terutamanya kepada kanak-kanak. Selalunya untuk bermain buih sabun ini anda boleh membeli sebotol buih sabun dan tongkat di kedai atau pasaraya berdekatan rumah anda, tetapi untuk menghasilkan buah sabun adalah mudah hanya menggunakan bahan-bahan yang anda sudah ada di rumah sahaja. Teruskan bacaan di bawah untuk pelajari cara bagaimana untuk membuat buih sabun dan gelembung beserta tongkat peniupnya sekali.

cara buat buih sabun

cara buat buih sabun

Tekniknya mudah: Campurkan sabun dan air. Ya, buih boleh dibuat dengan menggunakan apa-apa jenis sabun cecair anda mempunyai di sekitar rumah. Sesetengah sabun mampu menghasilkan buih yang bertahan lebih lama daripada yang lain, jadi jalankan eksperimen dengan pelbagai jenis sabun sehingga anda mendapatkan hasil dan sabun yang anda suka. Hanya campurkan satu bahagian sabun cecair dan 4 bahagian air dalam seberkas balang, cawan atau mangkuk.

Cara Buat Buih Sabun dengan pelbagai jenis Sabun

  • Cecair Sabun cuci pinggan. Sabun jenis ini dapat menghasilkan asas gelembung yang besar, dan ia kemungkinan sudahpun ada di rumah anda.
  • Sabun badan atau syampu. Sabun jenis ini mungkin tidak cukup kuat seperti cecair sabun cuci pinggan, tetapi ia masih berfungsi dan berhasil untuk membuat buih.
  • Semua detergen dobi semula jadi. Peringatan: sila jauhkan diri dari menggunakan produk detergen komersial, yang mungkin tidak selamat untuk kanak-kanak untuk digunakan. Detergen dobi semula jadi yang bebas bahan kimia boleh didapati di kedai-kedai yang menjual makanan kesihatan seperti di Farmasi.

Tips Tingkatkan prestasi dan ketahanan larutan buih sabun anda. Terdapat beberapa helah yang anda boleh gunakan untuk membuat gelembung anda lebih kuat dan lebih menarik daripada buih biasa. Lakukan percubaan dengan bahan-bahan berikut sehingga anda berjaya mencipta larutan yang anak-anak anda akan suka:

  1. Tambah sedikit gula, sirap jagung, atau kanji dalam satu campuran. Cara ini menjadikan buih menjadi lebih tebal, yang menyebabkan buih tahan lebih lama.
  2. Tambah beberapa pewarna makanan. Anda boleh memisahkan larutan ke dalam beberapa bekas yang berbeza dan membuat gelembung berwarna yang berbeza.

Cara Membuat Tongkat Peniup Buih.

Tongkat kecl yang boleh anda beli di kedai ini biasanya diperbuat daripada plastik, selain itu kebanyakan atau apa-apa bahan dengan bentuk bulat lubang di dalamnya juga boleh digunakan untuk meniup buih. Lihat sekeliling rumah apa-apa bahan yang anda boleh bengkokkan atau membentuknya menjadi tongkat gelembung, caranya:

  1. Bengkokkan pada bahagian atas besi/dawai pembersih paip ke dalam bentuk bulatan, kemudian bengkok pula pada hujung bulatan di sekeliling batang paip bersih sebagai tongkat peniup – ATAU –
  2. Ambil straw dan bengkokkan ke dalam bentuk tongkat, dan mengikat bahagian bulat dengan sekeping pita.
  3.  Jika anda inginkan saiz belon buih yang lebih besar, ambil besi penyidai baju dan bengkokkan menjadi bulatan dan ikatkan di hujungnya, kalau dalam kes saya, lebih gemar menggunakan tali tebal agar mudah untuk dicelup di dalam buih nanti. Pelbagaikan kreativiti anda.

Sekarang anda sudah ada kedua-dua bahan utama untuk bermain buih bersama anak anda di waktu petang. Jika waktu berangin anda tidak perlu tiup dan cukup sekadar mengangkat ke udara dan buih akan ditiup sendiri oleh angin. Semoga tips ini bermanfaat!

Leave a Reply