rumah lelong

Cara Beli Rumah Lelong Masa Kini

Pada masa dulu, apabila saya masih berada di masa kecil-kecil, saya selalu juga dengar perkataan “lelong” tapi saya langsung tak peduli perkataan ini dan tak pernah nak ambil tahu. Bila dah jadi dewasa dan besar panjang macam ini, rasanya nak atau tak kena ambil tahu jugak. Mana tahu, mungkin sudah simpan duit dan sudah ada sedikit wang nak beli rumah lelong kan? Jadi kenalah buat research sikit juga.

Kalau nak lebih info, boleh abaikan saja artikel tak seberapa saya ini tetapi anda boleh terus klik dan muat turun dari laman ini untuk panduan cara beli rumah lelong oleh sifunya. Tapi, kalau malas nak klik (dasar malas) bolehlah teruskan bacaan artikel saya ini ok.

rumah lelong
rumah lelong

Apa itu Rumah Lelong?

Basically, anda semua faham tak apa maksudnya Rumah lelong ni?

Rumah lelong ni sebenarnya merupakan rumah yang mana pemilik asalnya gagal untuk menjelaskan bayaran rumah tu setiap bulan untuk tempoh yang agak lama. Jadi, bank akan isyhtiharkan sebagai rumah lelong tetapi DIJUAL DENGAN HARGA YANG LEBIH MURAH. Ini bermakna sesiapa yang berminat untuk membeli rumah juga berpeluang untuk mendapatkan rumah lelong itu dengan harga yang lebih murah berbanding dengan harga pasaran.

Dengar harga yang jauh lebih murah tu memanglah best kan tapi hati-hati. Buat sikit kajian berkenaan rumah yang anda nak beli tu. Contohnya, paling cikai pun anda kenalah tahu maklumat terperinci pasal kawasan rumah yang anda nak beli tu. Tengok jugalah tujuan anda nak beli rumah lelong tu untuk apa. Untuk tinggal sendiri atau untuk dijual balik kepada orang lain. Ini penting ya!

Kaji lokasi rumah lelong tu, strategik ke tidak dengan tujuan anda tu. Lepas tu, kalau rasa betul berkenan dengan rumah tu, barulah dapatkan maklumat tentang pengishtiharan jualan dari pelelong asal rumah tu. Lepas tu, bila dah selesai bahagian tu anda boleh sediakan duit tunai atau bank draf ke atau apa-apa dokumen yang berkaitanlah sebagai pra-syarat nak beli rumah macam biasa.

Cuma, saya nasihatkan pada sesiapa yang belum ada pengalaman membeli rumah lelong ni lebih baiklah guna orang tengah. Caru agen jual beli rumah yang anda kenal dan arif bab ni. Takut juga kalau tersilap langkah, nanti duit anda lesap tapi rumah tak dapat. kan?

Jadi, pastikan sebelum anda ambi keputusan nak beli rumah lelong tu anda dapatkan sikit ilmu cara beli rumah lelong. Bila dah khatam ilmu ni, bolehlah cari agen pulak sebab agen pun bukan boleh percaya 100% sebab ada juga yang kaki kencing juga. Senang cakap, dapatkan ilmu dulu!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *