Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Cantik Luaran Belum Tentu Dalamannya Juga Cantik

Kita boleh saja memakai make up berkati-kati untuk kelihatan cantik. Tidak salah untuk mencantikkan diri sendiri. Cuma, pada saya tidak perlu berlebihan untuk kelihatan cantik itu. Pada saya, begitulah.

inner beauty

inner beauty

Setiap manusia, memang Allah sudah jadikan dirinya tersedia cantik. Cuma, cantik kita mungkin berbeza-beza. Kecantikkan yang ada pada kita tidak mungkin sama. Hidung, mata, bibir dan apa saja yang telah dianugerahkan Allah tidak mungkin ada 2 bentuk yang sama di muka bumi ini.

Orang lain yang memandang pada kita juga berbeza. Sesetengah orang, memandang kita dengan ciri-ciri kecantikkan yang mungkin pada dia itu sudah begitu cantik sedangkan ada orang lain pula, akan melihat kita dengan ciri-ciri kecantikkannya yang lain. Mengikut “level-level” dan citarasa mereka sendiri.

Jadi, pada saya buat apa nak puaskan hati semua orang. Lagi kita berusaha kelihatan cantik dengan memakai make up tebal-tebal, lagi terserlah habis kot kekurangan dalaman kita. Maksud saya, keyakinan diri kita pada Anugerah Allah.

Cantik Luaran Belum Tentu Dalamannya Juga Cantik. Ramai yang berusaha nak kelihatan cantik di luar. Tapi, tak ramai yang sedar bahawa kecantikkan sebenar adalah ada lahir daripada dalaman kita. Hati kita, senang cerita. Pernah tak nampak wanita yang cantik sangat kulit wajahnya, putih dan senang cerita perfect!

Tapi, bila kita senyum pada dia. Haram. Jangan kata nak senyum balik, memalingkan muka lagi adalah. Inilah yang saya maksudkan Cantik Luaran Belum Tentu Dalamannya Juga Cantik. Muka memang dijadikan Allah cantik, sempurna tapi hatinya belum cukup cantik untuk melahirkan aura “cantik” yang sebenar-benarnya.

Kesian. Tapi, memang wujud orang macam ni. Luaran kita boleh menipu tapi hati tak ada sesiapa yang boleh “jaga” kecuali Allah. Cubalah menipu dengan apa cara sekalipun, tapi air muka kita tidak mungkin boleh cantik kalau hati kita tidak bersih. Tak mungkinlah kan kita nak pakaikan make-up dekat hati kita.

Cuba buat!! Tengok lepas letak make up pada hati, kita ada dekat mana lepas tu. hahahaha!!! Tanah perkuburan. hihihihi.

Ok, cakap memang senang. Cantik Luaran Belum Tentu Dalamannya Juga Cantik. Aah, memang senang je tapi bagaimana nak dapatkan kecantikkan dalaman tu? Hmm, susah saya nak jawab sebab soal hati ni bukan kita sendiri yang pegang. Tapi, kalau nak juga tips mudah. Bolehlah saya kongsi. Senang. Jangan dengki dengan kelebihan orang lain sebab bila kita dengki, automatik hati kita tak tenang. Syaitan tepuk tangan, tambahkan lagi busuk hati kita tu. Kalau hati dah busuk, pakai make up sekilo pun, terserlah juga pada wajah. Itu sahaja. Good luck!!

Eh, nak lagi tips paling mudah untuk “cantikkan hati” tak? Hah, senang. Pergi je dekat Youtube, search lah koleksi-koleksi zikir pengubat hati ke, ceramah-ceramah agama atau apa saja. Nak lagi tenang, pergi dengar Lagu Lau Kana Bainana Habib. Jangan asyik sangat layan Adnan Sempit 2, video-video berunsurkan agama ni perlu juga sekali sekali untuk kita hayati bersama. hihihi.

Leave a Reply