Buffet Ramadhan Hotel New York Johor Bahru

Buffet Ramadhan Hotel memang jadi rebutan pada bulan puasa. Senarai Buffet Ramadhan Hotel Di Johor Bahru ini saya sediakan untuk diri sendiri sebenarnya. Tapi, hanya Buffet Ramdhan Hotel sekitar Johor Bahru sahaja ya. Al-maklum, bulan puasa ni cabaran nafsu makan lebih daripada biasa.

Jadi, sebagai pamanas senarai Buffet Ramadhan Hotel sekitar Johor Bahru ni, saya mulakan dengan pakej yang disediakan di Hotel New York, Johor Bahru. Ya Allah terliur sudah tengok gambar. hahahaha! Tengoklah gambar promosi sempena Ramdhan yang saya jumpa di blog Herneenazir ni betul-betul.

Ramadhan Buffet New York Hotel

Silalah lap air liur ya tengok gambar Buffet Ramadhan Hotel New York Johor Bahru ni. Alahai tolonglah cepat sikit Ramadhan. semoga dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan untuk kita semua berpuasa dan lepas itu bolehlah berbuka puasa sama-sama dengan keluarga kan???

Senarai harga Buffet Ramadhan Hotel New York ni agak mahal sikit sebab memang hotel ni pun banyak sikit bintangnya. hahaha! Biasalah kan, hotel-hotel ni kan dinilai pada bintangnya. Lagi banyak bintang, lagi mahallah harga servis, makanan dan lain-lain. Sendiri mahu ingatlah bak kata mat saleh.

Tapi, untuk setahun sekali, apa salahnya keluarkan sikit duit untuk nikmati buffet ramadhan hotel mana-mana pun tak kisah sebenarnya, kemudian niatlah untutk bersedekah. Jadi, perut rasa kenyang dan pahala pun bertambah. Berganda lagi!

Tapi, jangan lupa berterawih ya. Janganlah pula kemain ambil pakej buffet ramadhan hotel mewah tapi pakej ramadhan yang besar sangat pahalanya iaitu solat terawih kita buat-buat lupa. Dunia, dunia juga. Tapi, akhirat jangan dipandang remeh. Kan ke lebih elok kalau kita imbangkan keduanya.

Ya, inilah masa yang dinanti-nantikan, durian goreng hahaha. Tapi tahun depan macam berdebar sikit nak pergi berbuka kat New York hotel. Fuhhh, kenangan berbuka tahun lepas kat sini masih teringat-ingat lagi. berdebarnya!

Oklah, harapnya entry berkenaan buffet ramadhan hotel sekitar Johor Bahru akan diteruskan lagi. Kalau saya jumpa lagi senarai pakej buffet ramadhan yang harga boleh tahan, saya akan kongsikan lagi. Tapi, seram sejuk juga nak janji. Bulan-bulan puasa nanti mesti sibuk sikit, takut tak tersentuh blog je.

Leave a Reply