free
web stats

Buffet Ramadhan Casa Ombak

Adakah anda suka makan buffet terutamanya pada masa ramadhan. Saya memang suka pergi makan buffet di merata restoran untuk cuba sendiri mana satu yang paling sedap pada bulan ramadhan dengan membawa semua ahli keluarga saya semua.

Minggu lepas, saya terjumpa dengan satu restoran yang membekalkan buffet ramadhan yang saya rasa amat sedap dan sepadan dengan selera saya, iaitu Buffet Ramadhan Casa Ombak.

Ya, Buffet Ramadhan Casa Ombak pastinya merupakan salah satu pakej berbuka puasa yang terbaik. Buffet ini merupakan buffet yang disediakan oleh pihak Ombak Creative iaitu syarikat yang berada di bawah pengurusan oleh syarikat Casa Ombak Sdn. Bhd.

Promosi Buffet Ramadhan Casa Ombak Kuala Lumpur

Buffet Ramadhan Casa Ombak ini InsyaAllah mesti akan dapat memuaskan hati anda pada bulan mulia ini. Dengan berkunjung ke restoran ini, tidak perlu lagi bagi anda risau dan waswas dengan kecekapan pihak mereka kerana untuk pengetahuan anda, syarikat Ombak Creative ini sudah mempunyai lebih dari 10 tahun pengalaman dalam pengurusan event termasuk menguruskan catering, majlis-majlis perkahwinan, koperat dan persendirian. Jadi, rasanya anda tak perlulah kan nak ragu-ragu dengan mereka. Kan?

Buffet Ramadhan Casa Ombak
Buffet Ramadhan Casa Ombak

Tengok sajalah gambar BUFFET RAMADHAN CASA OMBAK di atas ini. Nampak sungguh unik sekali, bukan? Cara makanan yang dihidangkan oleh restoran itu pun sudah boleh buat kita rasa tak sabar nak menjamah makanan. hahaha!!

Mesti tunggu waktu berbuka puasa tu macam 1 penyeksaan sikit kalau anda datang ke tempat ini. Tapi, saya pasti dan yakin penyeksaan anda itu akan jadi sangat berbaloi bila anda sudah mula untuk jamah setiap hidangan. Memang rasa sedap sekali dan berbaloilah dengan harga yang anda bayar untuk buffet yang enak ini.

Kenapa Anda Perlu Pilih Buffet Ramadhan Casa Ombak

Agak-agaklah kenapa anda mesti pilih Buffet Ramadhan Casa Ombak ni? Okay, saya akan berikan sedikit gambaran kepada anda dan biar anda tahu kenapa anda harus pilih buffet di restoran ini.

Pertamanya, anda akan dihidangkan makanan juadah berbuka puasa dengan ala “garden concept” yang sangat santai sekali. Pihak Ombak Creative akan sediakan “buffet stall”. Akan anda rasa sungguh best sekali dengan sunsunan sedemikian untuk sekeluarga anda yang berkunjung untuk makan makanan ramadhan di tempat ini.

Kalau anda berada dekat di Johor Bahru, restoran ini ada juga buat concept buffet stall tapi dalam bangunan yang tertutup saja.

Jadi, kalau anda nak rasa berbuka puasa ala garden, anda WAJIBLAH cuba buffet Ramadhan Casa Ombak di restoran ini. Boleh anda cuba cari di lain tempat dan anda akan susah untuk dapatkan satu tempat makan seperti ini.

Menu makanan pun tidak perlu anda risau langsung. Kita memang semua tekak orang kampung walaupun (konpiden betul) tinggal dekat bandar. hehehehe!

Makanya, pihak Ombak Creative dah janji akan hidangkan kita semua dengan lauk pauk kampung yang sedap dengan cita rasa yang unik! Siap ada instant stall corner lagi. Weeeee!!!

Buffet Ramadhan Casa Ombak 2
BUFFET RAMADHAN CASA OMBAK – Menu Makanan

Oklah, saya tahu mesti macam sakit hati sangat kalau saya sudah buat anda bayangkan lauk pauk yang menggoda dekat Buffet Ramadhan Casa Ombak ni tapi lupa nak bagi tahu di mana tempat lokasi untuk restoran ini. ye dak?

Sebenarnya lokasi untuk resotran ini pun bukan jauh sangat. Tempat ini adalah terletak di Casa Ombak Banglo, No. 22 Jalan Damai off Jalan Ampang.

Kalau anda sudah sampai dekat ke kawasan ini, boleh anda cari-cari dan jika ternampak tempat yang ala-ala garden tu, itulah memang sudah betul bagi anda cari tempatnya!

Kalau anda masih tidak pasti dan ingin nak tahu tentang details map untuk lokasi restoran ini, maka adalah lebih afdol untuk anda tengok dekat FACEBOOK OMBAK CREATIVE sendiri. Tetapi saya tahu anda tetap suka kalau saya letak map untuk lokasi restoran itu dekat sini. Kan?

Peta Lokasi Buffet Ramadhan Casa Ombak

peta lokasi
peta lokasi

Kalau anda rasa nak cuba sahut cabaran saya iaitu pergi rasa semua lauk pauk yang disediakan di restoran ini, anda kena cepat-cepat buat tempahan ya. Sebab kalau lambat, memang tak harapan nak dapat tempat.

Kalau anda nak tengok dulu suasana meriah ke tidak dekat sini, sebelum buat tempahan BUFFET RAMADHAN CASA OMBAK ni, anda boleh tengok video majlis akad nikah Lina & Hambali sebab mereka pilih Casa Ombak untuk majlis pernikahan mereka. Lepas tu, kalau dah teruja tengok video tu barulah tempah okay. Tempahan boleh dibuat melalui:

Call/Whatsapp : Akma Omar 013 2680001
Tel : 03 21818750
Call/Whatsapp : 013 624 1417
Call/Whatsapp : 012 662 1062
Facebook page : Ombak Creative

Baca juga:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *