detox water jar

Buat Minuman Detox Sendiri Lagi Best!

Adakah anda pernah cuba untuk membuat air minuman detox sebagai minuman sendiri? hahahaha! Ok berlagak-berlagak ni, Allah murka nanti. Ok, kembali ke situasi normal sekarang. Macam ni, di atas kesedaran sendiri sebab badan macam kena pam dengan angin apa ntah. Saya telah membuka hati untuk cuba resepi minuman detox ini.

detox water jar
detox water jar

Ayat tak boleh nak menahan. hihihi. Cakap saja tak ada duit nak minum dekat kedai selalu kan senang? Oklah, malas nak tulis panjang tapi malam ni saya cuma nak kongsi bersama anda semua cara macam mana saya buat air minuman detox untuk minum sendiri tanpa buang-buang duit nak lepak mamak!

Sebelum tu, untuk apa nak ngada-ngada sangat buat minuman detox homemade ni? Saja. Badan macam banyak toksin je, macam berat, malas (tapi, ini memang penyakit semulajadi ni), lepas tu macam kurang cergas kebelakangan ini. Kebetulan, saya ada follow account twitter seorang mat saleh yang selalu jaga kesihatan dan selalu berkongsi cara-cara penyediaan makanan dan minuman yang dia buat untuk mengukulkan kesihatan badan beliau.

Dipendekkan cerita, saya rembat resepi mudah merekalah ni untuk hasilkan minuman detox sendiri! hehehehe. Murah, mudah dan tidak buang sebarangan masa langsung. Anda mungkin minat dan ingin tahun macam mana nak buat? Sebenarnya kalau di rumah anda ada lemon, daun pudina/mint dan timun macam dalam gambar dekat atas ni sudahlah cukup semua bahan yang diperlukan untuk membuat minuman detox tu. Bagi saya, saya tak suka timun sangat. Jadi, saya buat sebijik sebijan macam gambar bawah ni.

detox water
detox water

Minuman detox lemon campur daun pudina/mint saja! Hiris buah lemon nipis-nipis, lepastu masukkan dalam jag air tapi saya miskin. Jag tak ada, guna botol kaca yang mak dapat masa pergi kenduri kahwin (kahkahkahkah). Lepas tu, tuangkan air masak, ambil pulak daun pudina/mint tadi tu masuk jelah dalam air tu. Terus masukkan dalam peti ais. Esoknya pagi-pagi, tinggal minum! Bestnya!

Air lemon juga boleh diminum dengan kerap sebab ia boleh kurangkan berat badan kita juga. Boleh rujuk ke artikel ini untuk mengetahui macam mana anda boleh menyediakan minuman air lemon ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *