BR1M20

BRIM 2013 Layakkah Kita Untuk Menerima?

BRIM 2013 Layakkah Kita Untuk Menerima? Hah, sebenarnya saya tak suka sangat bersembang isu politik dan adik beradik dengan politikus ni tapi sebab nak beralih angin dan bagi tidak berasa bersalah kerana tak sempat lagi nak sambung entry Siri Jana Pendapatan Melalui Blog 1, saya terpaksa taip entry BRIM 2013 ni.

Hahahahaha!! Jujur tak? kikikikiki. Ok, macam ni Sabtu lepas saya pergi ke 1 sesi ceramah Maulidur Rasul dekat kawasan rumah kami dan penceramahnya pergh malas nak puji sangatlah tapi terpaksa puji juga. Ustaz Pahrol, ya beliaulah yang jadi penceramah malam tu dan saya sedikit pun tak rasa rugi pergi walaupun dekat taman sebelah ada artis kontroversi baru-baru ini, Shila Amzah tengah buat mini concert. hikss!

BR1M20
BR1M20

Tapi, saya bukan nak cerita pasal kehebatan Ustaz Pahrol mengendalikan sesi ceramah terbaik pernah saya pergi. Tak, tapi saya nak kongsi pendapat beliau tentang isu BRIM 2013 2.0 ni (Bantuan Rakyat 1 malaysia) yang tengah heboh orang perkatakan tu. Kebetulan, malam tersebut ada yang bertanya isu ini.

“layakkah kita semua menerima BRIM tersebut? Ustaz rasa ada tak maksud tersirat pihak tertentu?”

Itu soalan daripada penanya. Saya rasa beliau orang PAS kot. hahahaha!!! Agaknya lah sebab cara dia bertanya kemain tak puas hati betul. Tapi, wallahualam. Ok, jawapan ustaz Pahrol agak panjang tapi saya pendekkan ya.

Ustaz Pahrol kata “apa salahnya kita ambil BRIM tersebut kalau benar kita layak. Ambil saja hak kita. Soal niat pihak yang memberi tu samada niat yang baik atau tidak itu bukan hak kita untuk menilai sebab soal niat, tiada seorang pun yang boleh tahu kecuali Allah. Jadi, tidak ada salahnya. Kalau saya pun, orang beri dan saya layak terima BRIM tersebut saya akan ambil cuma kita jangan jadi manusia yang tidak boleh berfikir secara rasional. Terpulang pilihan kita, kalau rasa pilihan kita adalah parti A yang lebih baik daripada parti B, kita jangan terperangkap dengan isu BRIM itu. FIKIR DAN PILIH”.

Pada saya apa yang Ustaz Pahrol kata tu tersangatlah betul. Isu pihak tertentu nak pancing undi ke apa itu hak mereka. Kalau niat mereka jahat, mereka akan dapat bahagian mereka oleh Allah. Kita, tidak perlu tahu yang itu. Untuk kita pula, tak semestinya kita wajib ikut sahaja apa yang pihak yang memberi BRIM itu mahukan sedangkan kita ada otak untuk berfikir dan kita ada hak untuk buat pilihan. BRIM itu pada saya, mungkin salah satu usaha oleh pihak tersebut. MUNGKIN sebab saya sendiri tidak tahu niat sebenar mereka.

Selesai. Jadi tak payah nak ego sangat konon tak akan terima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM 2013 2.0) tu kalau korang benar-benar layak. Alah, ambil saja, Kalau tak nak, meh bagi saya. hahahahaha!!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *