tabung

Boleh Kaya Ke Menabung Dengan 3 Tabung Ni?

Hobi saya daripada dulu lagi, suka memerhatikan tingkah laku orang sekeliling. Kadang-kadang, saya boleh duduk berejam dekat sesuatu tempat tanpa berbuat apa-apa kecuali MEMERHATI! Yes, memang itu hobi saya. Buang masa? Tak juga.

tabung
tabung

Saya bukan perhati kosong. Saya nak belajar tentang hidup. Bila di negeri kelahiran saya, Johor Bahru ni tempat lepak saya adalah di pasar raya kelas pertengahan. Johor Premium Outlet tu saya tak suka pergi kecuali ada kawan-kawan yang ajak untuk shopping, barulah saya teman.

Teman, bukan beli sangat pun. Barang-barang terlampau mahal. Handbag yang tahap kucing-kucing saya, kalau nampak diorang buat alas tidur pun dah harga kemain tinggi berbelas-belas ribu. Kalau cantik tak apa, masalahnya tak cantik. hahahahaha! Kosser nak beli.

Ok, berbalik pada cerita tempat lepak saya tadi.

Seronok sebenarnya kalau pergi pasar raya biasa-biasa ni. Rasa macam tenang walaupun dengar suara pakcik-pakcik jual ikan terpekik terlolong tapi saya rasa seronok tengok gelagat masing-masing. Pada saya, walaupun hidup mereka MUNGKIN tak berharta sangat tapi saya rasa mereka bahagia. Mereka bergelak sakan dengan kawan-kawan, mereka bergurau senda dengan kucing jalanan, mereka makan seadanya je yang ada depan mata.

Kalau saya ke Kuala Lumpur pulak, biasanya kami cuma lepak dekat KLCC ataupun Pavillion. Tempat orang-orang kaya katanya. Siapa entah yang cop macam tu agaknya. Saya pernah masuk Pavillion dengan RM2 je dalam poket sebab lupa cucuk duit. hahahahaha!! Tak kaya pun? Caner?

2 tempat ini pun seronok jugak untuk dijadikan tempat belajar tentang hidup. Ada yang baik, ada yang kurang baik. Dekat sinilah kita akan tengok anak-anak orang Islam (mak bapak pun sama) pakai baju macam tak cukup kain, bawak handbag berjenama berpuluh ribu, yang bertudung tapi baju ketat, bila Maghrib ramai anak-anak Islam yang masih lagi tengok movie, eh macam-macamlah.

Saya tak kata saya bencikan individu tu ya. Kan saya cakap, saya memerhati untuk belajar tentang hidup. Sikit pun tidak bencikan mereka yang berhabis duit bershopping sakan pada benda-benda dunia. Cuma, saya berdoa saja supaya Allah pelihara orang-orang kaya ni yang diberikan Allah rezeki melimpah ruah ni daripada menggunakan duit tu pada perkara-perkara keduniaan semata-mata.

Kita bersangka baik saja. Mereka sudah menjalankan tanggungjawab mereka sebagai orang Islam dengan baik termasuk sudah berzakat dan sedekah.

Semua orang nak kaya termasuk saya tapi kaya dalam Islam bukanlah maksudnya kita kaya dengan wang ringgit saja. Definisi kaya dalam Islam, lebih terperinci rasanya. Orang kata, kalau nak kaya kenalah menabung. Maka, kita pun kenalah menabung. kan?

Cuma, saya ada cara saya sendiri bila menabung. Saya ada 3 tabung. Pertama, tabung peribadi untuk saya gunakan duit tu buat beli barang keperluan saya sendiri. Kedua, tabung bisnes untuk saya simpan modal perniagaan bila diperlukan nanti dan tabung ketiga ialah tabung akhirat. Saya tak tetapkan berapa jumlah yang saya perlu masukkan dalam tabung ketiga tu. Kalau dekat tangan saya ada duit dan saya nampak tabung “akhirat” saya ada depan mata, saya masukkan saja. Duit tu nanti saya gunakan bila perlu (tak perlu sebut untuk apa)

Boleh Kaya Ke Menabung Dengan 3 Tabung Ni? Wallahualam. Saya tak kaya lagi dengan wang ringgit tapi yang pasti dengan cara menabung macam ni, hidup saya macam lebih tenang dan santai betul rasanya. Hidup rasa CUKUP. Allah lah kot yang masukkan perasaan merasa cukup ni dalam hati saya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *