free
web stats

Bisnes Kereta Sewa – Panduan Berniaga Kereta Sewa

Saya petik kata-kata pujangga “jika anda gagal untuk merancang, maka anda merancang untuk gagal”, frasa ini adalah releven dengan situasi anda yang ingin mencaburi bidang perniagaan.

Ia adalah sangat penting untuk difahami bahawa anda perlu melakukan penyelidikan anda – dan saya harap artikel ini menjadi titik permulaan yang baik untuk anda!

Dengan penyelidikan yang teliti, ia tidak mustahil untuk anda menjana wang dan keuntungan yang baik dengan menyediakan satu perkhidmatan yang akan sentiasa berada dalam permintaan iaitu perkhidmatan kereta sewa!

bisnes kereta sewa
bisnes kereta sewa

Pertimbangkan jenis operasi sewaan yang akan anda jalankan. Terdapat 2 jenis operasi sewaan iaitu pertama sewa kontrak (di mana pelanggan anda – biasanya sewa untuk perniagaan, kenderaan pajakan untuk sesuatu masa yang panjang), atau sewa harian (di mana pelanggan – biasanya sewa individu, sewa kenderaan untuk tempoh masa yang lebih singkat).

Kumpulkan bala tentera (kereta) anda. Pertimbangan penting di sini ialah sama ada anda secara terang-terangan membeli kereta anda dalam jumlah yang banyak (boleh jadi mahal) atau sebaliknya mulakan dengan 1 ke 3 buah kereta.

Pada mulanya tentera anda tidak perlu menjadi besar untuk membolehkan anda menjalankan bisnes kereta sewa, tetapi adalah diingatkan bahawa lebih besar jumlah tentera anda semakin besar pendapatan anda. Sebagai panduan, sentiasa meletakkan diri anda dalam kasut pelanggan anda – kereta anda perlu diselenggara dengan baik agar dapat menikmati perolehan yang tinggi.

Untuk menggaji kakitangan penyelenggaraan kereta anda sendiri belum sesuai untuk bisnes yang baru bermula dan boleh menyebabkan anda mengeluarkan kos mahal, jadi sebagai permulaan amat penting sekali untuk anda mengingati dan membuat perkiraan dengan kedai membaiki kereta berhampiran tempat anda.

Pilih Lokasi Operasi PerniagaanKereta Sewa Anda

Ini adalah langkah utama yang wajib anda pertimbangkan. Buat beberapa penyelidikan tentang jenis pasaran di kawasan anda. Antara lokasi pilihan yang sesuai adalah berhampiran dengan lapangan terbang, hotel dan stesen kereta api.

Jangan lupa untuk menyelidik keselamatan lokasi anda, melabur dalam kamera CCTV dan sistem penggera adalah satu idea yang baik untuk awasi lokasi anda.

Ada Lesen Pendaftaran Syarikat dan Insuran

Insuran merupakan perkara yang paling penting bagi syarikat-syarikat sewa kenderaan. Adalah menyalahi undang-undang menjalankan perniagaan kereta sewa tanpa mempunyai insuran dan lesen.

Jadi sila daftar syarikat dan lakukan kajian syarikat insuran untuk mencari perlindungan yang berbaloi dengan harga yang terbaik.

Pengurusan Operasi Harian Kereta Sewa Yang Cekap

Pada masa lalu menjadi kebiasaan untuk kebanyakan perniagaan melakukan catatan operasi bisnes seperti keluar masuk wang dalam satu kertas besar dan buku log.

Tidak dinafikan kaedah manual ini amat berhasil dalam jangka masa pendek, namun kelemahan sistem manual ini akan nampak jauh lebih besar untuk kegunaan jangka masa yang lama. Sistem catatan manual dapat mengurangkan produktiviti dan melambatkan aktiviti anda lalu mengakibatkan ketidakcekapan operasi perniagaan.

Anda boleh kehilangan masa dan menghadapi masalah kertas kerja sering hilang. Keadaan ini menjadi anda keliru apakah kenderaan yang sebenarnya keluar dan masuk, dan buat pengetahuan anda menguruskan invois sering menjadi mimpi ngeri.

Jadi untuk meningkatkan kecekapan aktiviti perniagaan anda dan mengelakkan dari terjebak dalam situasi tersebut, adalah sangat penting untuk anda melabur untuk mendapatkan perisian pengurusan bisnes anda.

Mempunyai Laman Web

Memiliki laman web khas perniagaan anda adalah satu kemestian jika anda mahu menerima aliran wang masuk yang baik daripada perniagaan kereta sewa anda.

Dengan adanya kemudahan internet pada zaman ini telah memberikan ruang kepada pelanggan anda untuk menemui perniagaan anda dengan lebih mudah, dan ramai di kalangan pengguna internet termasuk saya sendiri menggunakan pencarian Google apabila ingin membeli-belah produk atau perkhidmatan.

Dengan adanya laman web akan membolehkan orang ramai untuk melakukan aktiviti tersebut 24/7, dan ianya berkesan melanjutkan waktu perkhidmatan perniagaan anda.

Fakta mudah yang saya ingin kongsikan, terutama bagi anda yang baru (syarikat baru) yang ingin menubuhkan syarikat: Jika anda TIDAK ADA laman web, pelanggan yang berpotensi akan pergi kepada perniagaan yang ADA laman web.

Pelanggan pada abad ke-21 ini kebanyakannya tidak sabar dan mereka selalu melakukan tempahan dan membayar secara atas talian kerana ianya mudah untuk mereka. Jadi adalah penting sekiranya anda bina selengkapnya laman web anda dengan memiliki sistem kemudahan tempahan online yang sepatutnya.

Pelanggan anda juga dapat menerima pengesahan tempahan automatik melalui peringatan e-mel, secara tidak langsung mengurangkan kerumitan anda.

Pasarkan Perniagaan Anda

Pada masa kini wujud satu cara bisnes baru bagi pemasaran yang dinamakan USP (Unique Selling Point). Dalam bahasa mudah, kalau cara berbisnes kebiasaan anda menjual sahaja ataupun jual kemudian bina hubungan jangka panjang dengan pelanggan agar pelanggan sentiasa datang kepada anda dan bawa pelanggan baru lain ke kedai anda.

Tetapi dengan menggunakan konsep USP dapat menjadikan perniagaan anda unik yang tiada pada pesaing anda. Kaji dan ketahui seberapa banyak yang boleh tentang persaing anda kemudian gunakan pemasaran unik bagi mengatasi mereka.

Antaranya jadikan jenama anda diingati pelanggan sepanjang hidup mereka, di mana pabila sebut nama perniagaan anda, maka mereka akan ingat kelebihan anda berbanding pesaing anda yang lain, contohnya bila sebut Air Asia kita akan ingat “tambang murah penerbangan” dan begitulah sebaliknya.

Selain itu kepelbagaian produk anda juga boleh menarik pelanggan, sebagai contoh, syarikat Ali keluarkan produk A sahaja dengan 1 saiz, syarikat Abu pula ada keluarkan produk A, B dan C dengan pelbagai saiz dan warna. Pendek kata: Unik dan ada nilai tambah.

Demikianlah antara tips dan panduan bisnes kereta sewa yang perlu anda ketahui, gunakanlah perkongsian ini sebaiknya untuk menjayakan perniagaan anda.

Servis Sewa Kereta Terbaik Di Kuala Lumpur

Purata rakyat di Malaysia mempunyai kenderaan sendiri. Tetapi apabila kita ke satu-satu destinasi, kita rasa malas untuk memandu jauh lebih-lebih lagi yang duduk di luar bandar.

Masalah utama adalah duit minyak, tol, tidak mahir dengan jalan dan sebagainya. Masih ramai yang suka menyewa kereta apabila sampai ke satu destinasi atau negeri.

Saya juga ketika bercuti ke Langkawi semestinya akan menyewa kereta untuk mudah berjalan kemana-mana.

Malah ramai juga pelancong luar yang menetap atau bekerja di Malaysia menggunakan perkhidmatan sewa kereta untuk jangkamasa yang lama.

Kebetulan saya ada beberapa kali mendapat email dan komen bertanyakan tentang tempat sewa kereta.

Jadi, suka saya untuk kongsikan kepada anda maklumat ringkas sebuah syarikat sewa kereta terbaik di Kuala Lumpur.

KLezCar Rental Services

servis sewa kereta
servis sewa kereta

KLezCar Easy Car Rental Kuala Lumpur Malaysia adalah syarikat yang menyediakan perkhidmatan kereta sewa berpatutan dan harga terbaik di Kuala Lumpur.

Menyediakan kenderaan untuk disewa mengikut bajet, keperluan dan keselesaan anda. Pelbagai jenis jenama kereta sewa dari dalam dan luar negara.

KlezCar memiliki 53 wakil cawangan di sembilan (9) buah negeri di Malaysia antaranya Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor Baharu, Terengganu, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang.

Orang utara dan pantai Timur juga boleh dapatkan khidmat kereta sewa dari mereka. Anda boleh menyewa untuk kegunaan persendirian, kumpulan atau untuk syarikat.

Perkhidmatan Terbaik KlezCar

Terdapat kategori sewa kereta mengikut bajet dan keselesaan anda. Pilihan atas tangan anda.

Tersedia pelbagai jenama kereta Malaysia yang lebih kecil dan jimat minyak seperti Perodua Viva Elite 1.0, Perodua MyVi 1.3 dan Proton Saga FLX (Compact Sedan).

Inginkan lebih keselesaan KLezCar juga memiliki pelbagai jenis MPV dan SUV bagi mereka yang suka melancong dalam kumpulan seperti Toyota Alphard 2.4, Honda Odyssey RB1 2.4 auto, Honda Freed 1.5 auto, Toyota Avanza 1.5, dan Estima L.

Selain itu KLezCar juga mempunyai beberapa pickup point. Anda boleh mengambil terus kereta sewa KLezCar di pickup point tersebut.

Memudahkan pelanggan dari KLIA, LCCT, Sepang, Putrajaya atau Cyberjaya. Tidak perlu tercari-cari di pusat bandar.

Untuk mengetahui lokasi pickup point anda boleh lawati laman web KLezCar untuk melihat sendiri lokasi pickup point yang disediakan.

Selain itu, KLezCar yang juga menawarkan perkhidmatan penghantaran di kawasan Kuala Lumpur.

KLezCar memberikan perkhidmatan menghantar terus kereta yang anda sewa di mana-mana Hotel di kawasan Kuala Lumpur, Bukit Bintang, KLCC, Menara KL, Putrajaya dan Cyberjaya.

Jadi anda tidak perlu bersusah payah menaiki kenderaan awam dan merentasi kesesakan lalulintas di bandar Kuala Lumpur untuk mengambil sendiri kenderaan yang anda sewa.

Cara untuk menyewa kenderaan di KLezCar sangat mudah. Anda hanya perlu membuat 4 langkah mudah.

*Pilih Tarikh, Masa dan Lokasi.
*Pilih kategori kereta sewa sama ada Ekonomi, Sedan, SUV dan lain-lain.
*Memulangkan kembali kenderaan yang anda sewa.
*Selesai…

  • Choose Your Desired Date, Time and Location.
  • Choose Your Car (Economy, Sedan, SUV, etc)
  • Pick an Extras (Optional)
  • And Checkout. KLezCar Your Easy Car in KL.

Bagaimanapun tempahan tertakluk pada terma dan syarat dimana kenderaan sewa KLezCar juga terhad. Anda hendaklah membuat tempahan terlebih dahulu terutama pada cuti hujung minggu, cuti sekolah dan cuti umum.

Jika anda ingin menyewa kereta dan mendapatkan maklumat lebih lanjut, anda boleh lawati;

Laman Web : KLezCar.com
Klezcar all Branches Hotline Number : 1300 88 4040

Atau anda juga boleh menghubungi wakil cawangan KLezCar yang terdekat.

KLezCar Rental Branches

Mudahkan, bukan satu dua cawangan yang ada. Tidak mustahil kemana pun anda pergi pasti anda akan jumpa KL Easy Car Rental Services | Kuala Lumpur Ez Car Rental Service ini.

Jangan lupa simpan maklumat ini didalam telefon bimbit atau tab supaya memudahkan anda untuk menghubungi mereka terus nanti sekiranya anda memerlukan khidmat sewa kereta KLezCar.

Tidaklah saat akhir baru hendak tercari-cari hehe.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *