free
web stats

Bina Fanpage Percuma Tapi Dapat Pulangan Berbaloi

Saya bukanlah pakar buat duit dengan facebook sangat pun tapi alang-alang ada pengalaman sikit, saya rasa apa salahnya berkongsi. Tapi kalau anda semua cuba dan gagal buat duit dengan facebook janganlah salahkan saya pula.

Ok, jadi macam mana agaknya dengan bina fanpage percuma tapi dapat pulangan berbaloi sampai ada sifu facebook yang boleh jana duit beribu-ribu, beratus ribu pun ada rasanya cuma saya tak pernahlah dapat sampai jumlah sebesar ini. Setakat ini alhamdulillah beribu dengan fanpage facebook tu adalah.

facebook fanpage

facebook fanpage

Tapi, sebelum itu perlu diingatkan juga. Saya sembang ini dengan menganggap anda semua dah tahu cara bina fanpage sendiri, dah tahu teknik nak dapatkan like secara beribu-ribu dengan pantas dan murah, lepas tu saya juga anggap dah tahu sikit teknik yang samseng facebook biasa guna untuk dapatkan trafik percuma daripa fanpage ok. Kalau ada yang masih tak tahu, boleh klik saja pada pautan saya beri tu dan belajar dulu mana yang patut.

Dekat bawah ini saya sembanglah sikit cara saya dapat duit daripada fanpage percuma di facebook:-

Sumber trafik ke blog. Untungnya bila kita blogger dan kita ada fanpage yang boleh tahan beribu-ribu juga jumlah like adalah kita memang boleh tarik trafik facebook tu masuk ke dalam trafik blog kita. Setiap kali ada update terbaru di blog, saya akan promosikan link artikel saya tu dekat fanpage milik saya. Kalau bukan milik saya pun, saya boleh promosikan dekat fanpage milik orang lain yang saya merupakan salah seorang admin nya. Kalau ada 300K like, paling sikit pun lekat juga 3k trafik. Cuma sekarang saya dah tak jadi admin sebab tak sempat nak jaga fanpage banyak-banyak.

Sekiranya anda ada sertai mana-mana program Affiliate, kewujudan fanpage ini sangat-sangat membantu. Macam saya, boleh dikatakan hampir 70% sumber pendapatan Affiliate saya adalah hasil daripada jasa baik fanpage ni. hehehehe! Kalau anda masih belum daftar mana-mana program Affiliate, saya sarankan anda join Jom Niaga sebab ini merupakan platform Affiliate terbaik pernah saya sertai setakat ini di Malaysia. Then, bolehlah buat promosi link Affiliate di fanpage percuma yang anda sudah bina tu! Tunggu dan lihat hasilnya 🙂

Nota ringkas: Dalam masa tak sampai 2 minggu (promosi main-main di fanpage), alhamdulillah saya dapat juga kumpul lebih kurang RM800 lebih untuk program E-Qurban. Fanpage dan blog bergabung. hehehe

Jual produk program dropship. Yang ini memang saya tengah buat sekarang. Saya merupakan agen dropship untuk beberapa jenis produk Islamik, salah satunya Al-Quran Pelangi yang menjadi kegilaan ramai sekarang ni. jadi dengan adanya fanpage percuma nilah saya jana pendapatan. Setiap produk, ada 1 fanpage. 1 fanpage ni taklah banyak mana like nya setakat ini cuma ada dalam 3-4 ribu like tapi dalam seminggu dapatlah beribu juga bila dikumpul-kumpul jumlah keuntungan. Sikit-sikit lama jadi bukit. Ada yang tak tahu apa itu dropship? Google please.

Jual beli fanpage. yang ini pun saya suka. Saya bina fanpage, saya beli like sikit dengan servis-servis yang lubuknya saya kena rahsiakan lepas tu bila jumlah like dah beribu-ribu, saya jual dan dapat balik modal dan sedikit untung dekat situ. Tapi, tunggulah saya betul-betul jadi samseng facebook berjaya, bolehlah saya jual fanpage dengan harga 4-5 ribu. hohohoho!

Cukuplah perkongsian tak seberapa ni ya. Eh nanti kejap, masa saya tengah taip-taip artikel bina fanpage percuma ni tiba-tiba dapat 1 email daripada Maybank2u yang beritahu saya dapat duit makan free untuk program job di rumah. Rezeki rezeki, alhamdulillah

Leave a Reply