free
web stats

Berus Gigi Systema Spiral Yang Menarik

Apabila kita sebut tentang pemilihan berus gigi dan penjagaan gigi, sudah tentu ramai orang yang cerewet dan berhati-hati di dalam memilih berus gigi yang terdapat di pasaran kerana ia terdapat pelbagai jenis dan harga pun banyak berbeza antara satu sama lain.

Mana tidaknya, untuk mendapatkan kebersihan dan juga kesihatan gigi yang baik, pemilihan berus gigi juga mengambil peranan yang penting di mana kita perlu pilih satu berus gigi yang sesuai untuk gigi kita.

Dengan erti kata lain, ia juga merupakan salah satu keperluan yang paling asas dan utama di dalam aspek penjagaan gigi dan gusi agar kelihatan sihat, segar dan menarik selalu.

systema berus gigi
systema berus gigi

Berus Gigi SYSTEMA

Untuk itu , pada kali ini saya ingin memperkenalkan salah satu produk berus gigi yang terbaru. Iaitu berus gigi jenama SYSTEMA 0.02mm SPIRAL yang dikeluarkan dari Southern Lion Sdn. Bhd.

Di sini saya ingin berkongsi bersama anda tentang sedikit maklumat mengenai berus gigi Systema 0.02mm Spiral ini. Keistimewaannya adalah seperti berikut:

  • Hujung berus tirus 0.02mmnya adalah 1/20 saiz hujung berus biasa ,ini membolehkannya ia menembusi dengan lebih ke dalam garisan gusi dan celah-celah gigi.
  • Untuk pengetahuan semua , berusnya diperbuat daripada sumber bukan haiwan.
  • Berus yang berpaten dari teknologi Lion Jepun.
  • Ia juga merupakan berus gigi Nombor 1 yang popular di Jepun.
  • Berus gigi ini Diperakui oleh ISO 9001.
  • Menembusi lebih dalam terutama di sepanjang garisan gusi dan di celah-celah gigi.
  • Menanggalkan lebih 80% plak untuk 9 kali lebih bersih.
  • Mempunyai Filamen yang berbentuk hexagon yang dipintal menjadi spiral yang membolehkan 6 sisi tajamnya membersihkan plak dengan lebih berkesan.
  • Keistimewaan berus gigi Systema 0.02mm Spiral ini ialah ia tidak memerlukan tekanan yang kuat pada gigi dan gusi , jadi anda boleh memberus gigi dengan lebih selesa.

berus gigi

Berus gigi ini juga terdapat 6 jenis iaitu:-

1. Spiral

Filamen yang berbentuk hexagon yang dipintal menjadi spiral yang membolehkan 6 sisi tajamnya membersihkan plak dengan lebih berkesan .

2. Sensitive

Ia direka khas untuk mengawal dan mengurangkan tekanan untuk individu yang mengalami gigi sensitif . Ia juga sesuai untuk pemberusan gigi yang selesa secara menyeluruh .

3. BI Level

Mempunyai bulu berus dwi-lapisan untuk memberus permukaan , di celah-celah dan garisan gigi dengan sempurna .

4. Full Head

Untuk yang ini , ia mempunyai kepala berus gigi yang besaiz besar untuk jankauan yang lebih luas

5. Comfort

Manakala jenis Comfort pula , ia mempunyai kepala berus gigi yang bersaiz biasa untuk kebersihan yang selesa dan menyegarkan .

6. Compact

Mempunyai kepala berus gigi yang bersaiz kecil yang direka khas untuk prestasi dan pembersihan yang sempurna.

Untuk maklumat yang lebih lengkap , boleh lihat di laman webnya di sini .

Secara keseluruhannya , ia amat sesuai digunakan oleh semua golongan dan yang paling penting menjamin keselesaan yang terbaik dan menyerluruh ketika memberus gigi .

Pengalaman Guna Berus Gigi Systema 0.02mm Spiral

systema lion 1

systema lion 2

Pertama sekali , saya amat tertarik dengan rekaan berus gigi ini kerana ia mudah dipegang dan tidak memerlukan tekanan yang kuat ketika memberus gigi dan di celah-celah gusi.

Secara keseluruhannya , ia memberikan pengalaman yang berbeza serta nampak lebih bersih dan berseri selain mengekalkan kesegaran gigi.

Pada pendapat saya, ia merupakan salah satu produk yang terbaik dari Southern Lion Sdn. Bhd. dan akan menjadi pilihan utama kepada mereka yang inginkan kesihatan, kesegaran dan kebersihan gigi yang ekstrim.

Cara Memilih Berus Gigi

Ketika memilih berus gigi, kebanyakan orang tidak banyak berfikir dan memilih salah satu yang kita lihat menarik atau yang menangkap mata kita. Walau bagaimanapun, terdapat banyak perkara yang perlu diperhatikan untuk memilih berus gigi kerana ia bertujuan untuk membersihkan gigi dan itu adalah satu aspek yang sering diabaikan dalam keseluruhan proses pemilihan.

Bagaimana Cara Memilih Berus Gigi Yang Betul:

Berikut adalah cara untuk memastikan anda memilih berus gigi yang betul untuk keperluan kebersihan pergigian dan mulut anda.

  • Sentiasa pilih berus gigi dengan bulu lembut. Jika anda memilih satu dengan bulu yang keras, dalam jangka masa panjang anda akan mengalami penderitaan akibat kemelesetan gingiva. Bulu-bulu lembut lebih lentur dan dapat membersihkan di bawah margin gingiva tanpa sebarang kesulitan. Di samping itu, mereka tidak merosakkan atau menyebabkan kerosakan pada tisu gusi.
  • Pastikan kepala berus gigi adalah kecil supaya ia dapat mencapai dan membersihkan kawasan yang sukar untuk dicapai.
  • Pemegang berus gigi harus selesa untuk digenggam supaya anda dapat gosok gigi dengan mudah.
  • Walaupun banyak pengeluar mengatakan bahawa bentuk leher dan pemegang berus gigi memainkan peranan penting dalam membersihkan gigi, tetapi sebenarnya ia tidak. Oleh itu, pemilihan anda tidak harus berdasarkan pada kriteria ini.

Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang berus gigi ini bolehlah ke :-

Laman web rasmi Southern Lion Malaysia : http://www.southernlion.com.my

Maklumat yang terperinci mengenai produk berus gigi Systema :
http://systema0.02mm.com.my/

Jika ada masalah gigi atau sakit gigi, mesti anda pergi jumpa doktor di klinik pergigian juga.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *