free
web stats

Bersedekah Untuk Penuhi Segala Hajat

Kenyataan tersebut memang ada kebenarannya. Kebetulan pula dalam bulan Ramadan yang mubarak ini adalah masa terbaik untuk melipatgandakan sedekah kita. In shaa Allah dengan niat yang lurus dan semata-mata kerana Allah sudah pasti sedekah itu sebagai medium terbaik untuk memenuhi segala hajat.

bersedekah
bersedekah

Saya beberapa kali mengikuti kuliah Youtube dari Ustaz Yusuf Mansur dan Motivator Mas Ippho Santosa. Mereka berulang kali menegaskan bahawa bersedekah boleh mempercepatkan hajat kita baik urusan dunia maupun akhirat. Tidak keterlaluan bersedekah secara luarbiasa dan konsisten akan membawa perubahan yang drastik dalam hidup.

Apa yang menariknya bersedekah bukan mengurangkan apa yang kita ada. Bersedekah akan membawa penambahan sehingga berlipat kali ganda. Menurut Ustaz Yusuf Mansur, sekiranya kita bersedekah RM10 maka diganti menjadi RM100 dengan konsep asas ganda 10. Yang pasti ia adalah minima. Sedangkan ada yang diberi ganti oleh Allah 70 kali ganda ataupun 700 kali ganda maupun tidak terhingga.Walaahualam.

Ayuh pembaca sekalian.Mari kita bertekad dan sungguh-sungguh untuk bersedekah. Berilah sedekah yang ekstrem atau sedekah yang tak masuk akal. Sebab apa yang kita beri kepada Allah adalah penanda aras keyakinan dan ketakwaan terhadap kekuasaanNya. Allah SWT Maha Adil dan Maha Mengetahui. Lagi sulit dan lagi sukar keadaan kita maka lagi afdal untuk bersedekah.

Andainya ada pembaca yang sekarang tengah diuji dengan belenggu hutang jadi sebaiknya mulakan langkah penyelesaian dengan bersedekah. Selain beransur-ansur membayar hutang adalah lebih elok juga ketepikan juga duit untuk bersedekah setakat yang mampu. Buat secara sungguh-sungguh dan serius giler kata orang sekarang. Sudah pasti pertolongan Allah tiba. Jangan pula lupa untuk solat fardu,solat malam dan solat sunat dhuha.

Begitu juga kepada pembaca yang berimpian untuk menjadi kaya dan berkah. Jadikan amalan bersedekah duit. Sebab kita bagi duit maka Allah akan ganti duit. Namun itu perkiraan manusia. Sedangkan Allah Maha Mengetahui keperluan kita pada masa dan ketika yang sesuai. Bak kata orang, sebaik manapun perancangan kita sudah pasti perancangan Allah jauh lebih baik.

Kepada pembaca yang ada hajat besar tentunya Saya sarankan kalian bersedekah secara besar-besaran juga. Misalnya hajat nak ketemui jodoh yang terbaik atau hajat nak berpoligami kerana Allah SWT. Sebab bab berpoligami adalah hak Allah yang akan diberikan kepada lelaki yang terbaik menurut sunnatul alam. Pada pandangan manusia biasa memang berpoligami seperti nak menganiaya perasaan wanita yang berkongsi suami. Hakikat yang jelas ialah poligami adalah rahsia jodoh manusia yang menyingkap 1001 hikmah ketakwaan. Kalau tak baik mengapa para nabi dan para solehin ada mengamalkan poligami. Itu sahaja dan tak perlu kita berpolimik tentang rahsia jodoh.

Mudah-mudahan bersedekah boleh memenuhi segala hajat kita yang baik. Jika belum percaya sila cuba dulu. Dah cuba baru tahu.

Saya sedar dan faham bersedekah akan menjadi satu tabiat yang hebat jika sudah dilatih. Atas alasan tersebut Saya tengah mengikuti Segmen Sukses Kedua In shaa Allah hasil kejayaan nanti akan terus dipanjangkan dalam modul latihan peningkatan potensi diri. Sama-sama kita berdoa kejayaan tersebut.

Sindiket Peminta Sedekah Jalanan

Pernah tak anda tengah duduk makan dekat kedai, tiba-tiba datang seseorang yang pakaian agak lusuh, bentuk fizikal macam betul-betul daif, bawa beberapa jenis kitab atau buku agama? Rasanya mesti pernah bukan? Saya dah biasa nampak situasi macam ini.

Sekali lagi, saya berada dalam situasi yang “menyeronokkan” ini. Kenapa saya kata seronok? Saya suka orang datang minta sedekah pada saya sebab saya percaya Allah yang gerakkan dia untuk datang minta duit saya tu.

Ada orang marah saya, katanya jangan teruskan lagi perangai suka beri duit pada sindiket peminta sedekah jalanan macam itu. Tapi, entahlah pada saya tak rugi apa-apapun. Saya sudah diajar oleh ibu kesayangan saya sejak daripada kecil lagi untuk “memberi” rezeki yang ada.

Kalau betul pun yang meminta sedekah tu merupakan ahli sindiket peminta sedekah jalanan ke apa, rasanya kita tak terlibat kot kan? Lagipun, kita bukannya beri sampai beratus-ratus. Setakat 2-10 ringgit tu memadailah. Yakinlah, 1 yang kita keluarkan Allah akan gandakan dengan 10. Saya yakin, anda bagaimana?

Kalau macam saya ni, yang duduk mengadap komputer riba untuk cari rezeki teknik tarik rezeki macam ini pada saya sangat membantu. Bukanlah saya suruh anda bersedekah dengan niat semata-mata nak kaya tapi sebenarnya anda memang boleh kaya dengan bersedekah. PERCAYALAH!

Siapa-siapa yang dah daftar program Job di rumah tu, bolehlah cuba formula sedekah ni. Mana tahu, rezeki semakin bertambah.

Macam saya, sekarang ni saya nampak sangat hasilnya berkat bersedekah ni (walaupun nilainya ciput.hahaha). Saya sertai macam-macam program affiliate di Jom Niaga iaitu 1 platform affiliate yang sangat berjaya menambat hati saya setakat ini. Kalau harapkan usaha saya guna taktik samseng facebook lah apalah, memang tak mungkin saya boleh dapat income terus menerus dari program affiliate. Saya mengaku, setiap hari saya keluarkan duit setiap pagi sebagai penarik rezeki 🙂

Ok, berbalik berkenaan sindiket peminta sedekah jalanan seperti yang saya ceritakan di atas, saya langsung tak ada masalah dengan mereka. Saya rasa happy pulak kalau mereka ni ada. hahahaha!!! Kalau mereka menipu saya, merekalah yang tanggung dosa kan? Saya buat kewajiban saya sahaja. Apa pendapat anda yang lain ya?

Dalam sindiket peminta sedekah ini memang benar cheq pun tak kisah. Niat kita cuma mahu membantu dengan sedekah duit kan. Tetapi kalau boleh sindiket2 macam ni sebaik-baiknya cepat-cepat bendung macam dekat padang kota penang tu banyak sangat budak-budak jadi mangsa.

sindiketFoto kredit kepada: Kosmo

Pada pendapat saya pulak, nak bagi tak salah. Tapi kalau selalu sangat orang yang sama mintak itu dah jatuh haram beri. Pernah satu ketika seorang sahabat nabi berjumpa Rasulullah mengadukan sahabat ini suka meminta-minta, Rasulullah kata kali pertama takpe, tapi kalau berulang-ulang jatuh haram pulak kita beri.

Kalau dekat Mekah/Madinah memang selalu jadi macam ni. kena serbu. kena hati2, kalau sampai bahayakan kita elok jangan beri. tapi, kalau selamat mmg biasanya saya beri jugak walaupun terang2 diorang menipu. kot2 Malaikat. rugi pahala.

Sangat berjaya sebenarnya kalau btol2 sindiket haram. tapi aku malas nak fikir, yang aku tahu nak beri je mana yg aku mampu.

Jangan Jadi Peminta Sedekah

Ya, jangan jadikan diri anda sebagai seorang peminta sedekah tetapi cubalah untuk menjadi golongan pemberi sedekah. Kita memang ada rezeki dan takdir hidup masing-masing. Ada yang ditakdirkan hidup senang, ada pula yang memang sudah ditakdirkan hidup sedikit susah.

Tapi, itu bukan alasan untuk anda jadi peminta sedekah sekiranya takdir hidup anda kurang senang.

peminta sedekah
peminta sedekah

Saya bukanlah orang yang berharta macam jutawan. Ada masa saya kesempitan wang juga. Ada juga kes di mana seluk-seluk poket, yang ada cuma RM 5.00 sahaja. Ya, saya tak tipu. Memanglah bukan sekarang, tapi suatu ketika dulu. Tapi, dalam kes saya bukanlah keluarga tidak mampu beri wang tapi kes RM5.00 tu kes tak sengaja. Dompet tertinggal (suspen kan? hahahaha)

Tapi, saya tetap percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmah.

Waktu duit saya cuma ada RM5.00 sahaja, saya betul-betul buntu. Minyak kereta nak kena isi, tapi duit tak cukup. Saya malu nak pergi isi minyak dengan RM5.00. Bukan malu apa, malu menyusahkan diri sendiri. hehehehe! Belum fikir bab nak makan lagi. Mana ada lauk tengahari harga RM5.00. Tak ada!

Ok, walau dalam keadaan sesak. Saya tetap dengan prinsip hidup “jangan jadi peminta sedekah”.

Tak mungkin saya nak pergi minta duit orang. Pada saya, dalam keadaan apa sekalipun, saya tak nak minta-minta duit orang. Saya ada FORMULA PENARIK REZEKI saya sendiri. Formula yang rasanya kalau anda yakin sahaja, anda akan berjaya buat. Formula “memberi walaupun kita susah”.

Dengan wang RM5.00 saya tu, saya tawakal. Saya cari cleaner ditempat saya kerja tapi bukan cleaner yang kenal saya dan saya kenal dia. Saya cari cleaner yang bila saya beri duit, dia tidak akan mampu balas, malah nak puji pun tak sempat. Dipendekkan cerita, saya berjaya korbankan duit RM5.00 saya tu.

Sekarang duit saya tinggal RM0. Hahahahaha! Magic kan?

“Jangan jadi peminta sedekah”, ada suara yang terngiang-ngiang dalam kepala waktu tu. Ya, saya tahu dan saya memang tidak akan minta sedekah. Saya yakin rezeki dari Allah. Saya yakin dengan FORMULA PENARIK REZEKI. Saya cuma perlu tunggu sahaja. Sampai waktu rehat.

Kawan saya tiba-tiba telefon saya dan offer untuk belanja saya makan. Dia kata, hari itu turn dia untuk belanja saya. Saya tak fikir panjang, terus terima TAPI saya langsung tidak ingat yang saya memang tak ada duit sesen pun!!! hahahahaha. Rezeki Allah pasti datang seperti yang dijanjikan

Selesai 1 bab. Masalah tak ada duit untuk makan tengahari saya dah selesai. Sekarang tinggal masalah macam mana nak isi minyak kereta? Duit tak ada. Hati risau, tapi ada suara yang kata “Allah akan tolong. Tunggu”. Saya sambung buat kerja dan macam tadi juga saya terlupa tentang masalah saya.

Telefon berbunyi. Abang saya telefon. Dia tanya boleh tak pinjamkan kereta pada isterinya, dia minta saya balik naik kereta dia je. Saya senyum. Masalah saya sudah selesai!!! hahahahaha! Allah, indahnya hikmah sedekah. Jangan takut memberi walaupun anda cuma ada sedikit dan jangan sesekali meminta dengan manusia walau anda sesak sekalipun. Minta direct dengan Allah ya. InsyaAllah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *