free
web stats

Berbahayakah Kolesterol Tinggi?

kolesterol tinggi

kolesterol tinggi

Sememangnya ramai yang mengetahui bahawa mempunyai paras kolesterol yang melebihi normal adalah berbahaya. Kolesterol secara amnya adalah bahan berlemak di dalam badan. Ia diperlukan oleh badan untuk jalani kehidupan seharian. Kebanyak kolesterol dibentuk oleh badan kita sendiri seperti hati. Sebahagian lagi didapati daripada makanan yang kita makan. Kolesterol diperlukan untuk menghasilkan hormon dan vitamin D sel-sel badan. Ia berlegar di dalam salur darah menggunakan protein sebagai pengangkutan. Gabungan kolesterol dan protein ini dipanggil lipoprotein.

HDL

Terdapat tiga jenis lipoprotein yang memberi kesan kepada badan terutamanya salur darah iaitu lipoproetin berjisim berat HDL, lipoprotein berjisim rendah LDL dan lipoprotein berjisim sangat rendah VLDL . Sejenis lemak iaitu triglyceride TG yang dihasilkan oleh badan juga diangkut

lipoprotein

Kolesterol boleh terbahagi kepada kolesterol yang baik dan bahaya. Kolesterol baik seperti HDL berfungsi untuk menjaga dinding salur darah supaya lebih kuat dan mengelakkan masalah penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung dan strok terjadi. Ia digelar juga kolesterol baik juga kerana ia akan menghantar kembali lemak badan ke hati untuk disimpan. Ia juga boleh mengelakkan kolesterol bahaya daripada melekap di dinding salur darah seterusnya menyebabkan salur darah rosak dan tidak sihat.

LDL

Manakala kolesterol bahaya iaitu LDL,VLDL dan TG meninggikan risiko seseorang terhadap banyak penyakit kardiovaskular dan juga kekebalan insulin seperti kencing manis dan sindrom metabolik. Kolesterol bahaya akan bergabung dengan lemak, kalsium dan bahan-bahan lain dalam badan membentuk plak yang akan melekap di dalam dinding salur darah yang setersunya menyebabkan penyempitan salur darah. Secara perubatan keadaan ini dikenali sebagai atherosclerosis. Plak ini yang kebanyakan terdiri daripada gabungan kolesterol berjisim rendah. Ia adalah tidak stabil dan senang untuk bergerak lalu menyumbatkan salur darah di lain-lain tempat.

sakit jantung

Proses ini adalah punca berlakunya serangan jantungn dan strok yang tiba-tiba.

Mengapa paras kolesterol tinggi?

Faktor-faktor yang meningkatkan paras kolesterol melebihi normal adalah seperti :

junk food

1. Makanan yang mengandungi lemak tepu dan lemak trans akan meningkatkan paras LDL sementara makanan yang mengandungi lebih karbohidrat akan meninggikan paras TG dalam badan.
2. Paras kolesterol yang tinggi boleh terjadi sekiranya keluarga yang terdekat juga mengalami masalah yang sama.
3. Paras TG adalah lebih tinggi dalam kalangan orang yang gemuk.
4. Kurangnya aktivit fizikal
5. Peningkatan umur
6. Penyakit diabetes
7. Merokok
8. Peminum alkohol mempunyai paras TG yang lebih tinggi

Bagaimana paras kolesterol yang tinggi boleh diturunkan?

makanan nutrisi

1. Paras kolesterol yang tinggi boleh diturunkan menjadi normal sekiranya puan dapat mempraktikkan cara hidup yang lebih sihat.
2. Kurangkan pengambilan telur dan daging merah. Ambil makanan tinggi serat
3. Pengambilan ikan seperti ikan selar, kerisi atau beberapa ikan laut dalam seperti salmon
4. Kurangkan menggoreng. Lebihkan merebus atau mengukus
5. Riadah boleh menurunkan paras LDL dan meningkatkan paras HDL.
6. Supplemen yang mengandungi Omega3 (EPA dan DHA) boleh menurunkan paras LDL dan TG

Leave a Reply