free
web stats

Bencikan Warga Indonesia, Tapi Majoriti Bangunan di Malaysia Mereka Yang Bina

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Mungkin pepatah inilah kot yang paling sesuai untuk menggambarkan maksud tajuk entri saya kali ni. Entah kenapa, terpanggil pula nak sembang pasal isu warga Indonesia ni. Mungkin sebab setiap hari mata asyik pandang pekerja buruh yang buat rumah dekat kawasan perumahan saya kot.

Tetiba saya rasa macam kita ni tak adil sungguh. Mungkin betul, ada golongan warga Indonesia yang tinggal dan kerja dekat Malaysia ni berperangai macam….ah lebih baik saya tak teruskan ayat yang ini. Faham-faham sudahlah. Tapi, kadang-kadang kita terlepas pandang perkara lain.

warga indonesia

Golongan yang berperangai sedikit jelek tu, kita nampak silap diorang. Lepas tu, mulalah kita cop macam SEMUA warga Indonesia yang tinggal dan bekerja dekat Malaysia ni jahat. Sebenarnya, kita silap kalau berfikir macam tu. Cuba tengok manusia-manusia yang sanggup panjat bangunan tinggi-tinggi dekat Malaysia ni, siapa?

Warga Indonesia, bukan?

Orang kita? Saya tak rasa ramai yang nak buat kerja ni. Kita masih ada pilihan untuk kerja yang lebih baik, dan tidak menggadaikan nyawa demi sesuap nasi. Warga Indonesia ni jugalah yang akhirnya siapkan bangunan-bangunan tinggi dekat negara Malaysia!

Kesian. Rakan senegara diorang yang buat palat, tapi diorang yang betul-betul nak mencari rezeki pun kena tempias. Saya pernah berborak dengan salah seorang warga Indonesia yang buat rumah jiran saya. Macam saya sebutkan di atas, dia mengaku kecil hati juga bila dipandang serong oleh orang kita.

Dia cakap, kalau tak ingat anak-anak dan isteri dekat kampung…memang tak sanggup duduk negara orang. Asyik kena maki saja. Yang buat salahnya, orang lain tapi diorang yang tak ada kaitan pun kena juga makian dan sindiran. Ahah! Sedihlah juga dengar dia cakap macam tu.

Jadi, berhentilah dok menyindir orang ya. Kalau marah sekalipun dengan warga Indonesia yang buat hal dekat negara kita, janganlah dihukum SEMUA sekali kaum mereka. Tak adil rasanya. Daripada menyibuk nak sindir orang tak tentu pasal, ada faedahnya fikir macam mana nak kumpul duit banyak-banyak dan beli rumah 200K sesenang macam ini!

Leave a Reply