free
web stats

Belajar Untuk Berjaya, Bukan Untuk A !

Sehari atau dua hari sebelum GST bakal diimplementasikan (ceeewah !), aku keluar pergi bandar untuk beli 2 barang komputer yang dah lama aku idamkan, siap dah bajet apa nak buat bila dah beli, iaitu kad grafik dan RAM. Niat di hati nak beli bila dapat duit projek, insya Allah, dalam bulan Mei nanti tapi alang-alang duit dah ada kat tangan, GST pun nak mai dah, terus naik motor, vrrooooooom.

belajar untuk berjaya

belajar untuk berjaya

Tengah bawak motor, bismillah dah pasti pada awal perjalanan.

Gua cilok sini.

Gua cilok sana.

Tak sempat nak kenyit mata kat awek naik motor ego.

Tak sempat nak loncat tayar depan kasi abam polis kejar. Huh.

Sampai di KB Mall, aku usha setiap kedai yang ada kat tingkat berapa entah, untuk jenis dengan harga kad grafik. Mana tak berkenan, aku tolak jauh-jauh. Datang promote yang tu bagus, yang ni baik, aku tolak kalau aku tak suka. Aku bukan bodoh sangat bab komputer ni. Tapi aku tahu, tu kerja dia, tak perlu maki hamun. Haha.

Ok.

Dan tibalah aku kat satu kedai komputer ni, yang jaga kaunter tu awek manis, siap bertudung lemparkan senyuman pulak tu. Ok. Aku tertangkap. Aku masuk kedai tu, teliti setiap kad grafik yang ada tapi malangnya, takde yang aku mahu. Terus ke awek manis.

aku yang kacak
GST ? Hurm. Lantaklah !
“Hmm. Ada kad grafik lagi tak ?”

“Ada”

“Boleh tengok ?”

“Sini bang” sambil tunjuk dengan sopan kat sebelah kaunter.

Aku tercengang. Adeh. Kena lagi. Huhu. Sebelum aku masuk kedai ni, sesetengah kedai lain pun aku dah kena masa duk teliti kad grafik.

….

……

Awek manis tu tunjuk kat satu kotak, hampir-hampir dia nak ambil, aku tolak awal-awal dengan sopan.

Awek tu nak bagi processor.

Adoi.

Salah tuan kedai jugak tak ambil pekerja yang betul-betul tahu pasal komponen komputer nih. Salah awek tu jugak tak belajar pasal komputer bila dah bekerja kat kedai ni. Salah aku jugak sebab tak betulkan apa yang dia tunjuk.

BELAJAR UNTUK BERJAYA !

Tak kira la belajar kat sekolah, belajar dengan mentor, belajar dengan mak bapak, belajar dengan membaca buku. Niat untuk berjaya. Bila berjaya, skop tu luas. Boleh dapat A, boleh jadi pandai, boleh buat mak ayah senyum, boleh buat amal dengan betul, boleh macam-macam lagi. Teringat lagi aku dengan kata-kata seseorang.

“Belajar untuk dapat A buat apa ? Jadi bodoh je lepas dapat A”

Ilmu tu tinggi nilainya. Kalau belajar setakat nak dapat A dalam mata pelajaran, A je lah yang dapat, nilai ilmu tu takda. Belajar pasal bisnes pemasaran, gaban je dapat A+ tapi bila dah abis final exam 2 minggu, tak pun 2 hari, ehhh cam karut je, ok laa 2 minggu.

Atau dah masuk praktikal, masuk kerja.

Hancur. Tak dapat apa dah. A atas sijil, tu je.

Ingat kembali zaman tecik-tecik dulu. Baru nak belajar membaca. Belajar ABC. Belajar alif ba ta. Walaupun dengan tak sengaja, masa tecik kita dah niat untuk belajar membaca sebab untuk baca. Boleh baca al-quran, boleh baca buku teks, boleh baca depan kelas, boleh main teka-teki ejaan dengan kawan, boleh kenal nama binatang, boleh baca benda yang nak menipu, boleh baca komik.

Alhamdulillah.

Belajar untuk berjaya. Insya Allah, berjaya dunia dan akhirat.

Bodoh takpa, belajar tu dapat timba ilmu. Lama-lama jadi cerdik dari yang semalam.

Leave a Reply