free
web stats

Bekerja Makan Gaji Atau Kerja Sendiri

Apa yang kita faham definisi bekerja makan gaji atau kerja sendiri.

Kerja makan gaji tentunya bekerja dengan sesebuah syarikat samaada sektor swasta atau kerajaan. Kerja lapan jam sehari, paling kuat kerja lebih masa berbayar dan mengikut pengkhususan kerja yang ditetapkan. Setiap bulan gaji kita tetap.

makan gaji vs kerja sendiri

makan gaji vs kerja sendiri

Small Business IdeasKerja sendiri pula lebih kepada berniaga dengan modal sendiri, maksudnya kitalah bos dan kitalah kuli. Sendiri kerja, sendiri bayar gaji.

Bila bisnes sendiri kadang-kadang boleh untung banyak, boleh untung sedikit dan boleh tiada untung langsung. Itulah cabarannya kepada mereka yang digelar usahawan.

Bekerja Makan Gaji

Ada yang menyatakan makan gaji tidak boleh kaya. Salah tu, ada yang mampu hidup mewah dengan hanya makan gaji. Cuma bezanya kita bekerja dibawah orang dan menerima arahan.

Dalam bab makan gaji ini, saya tidak bersetuju bila ada yang beranggapan jangan memilih kerja. Pada saya anda harus memilih kerja mengikut kapabiliti, kelulusan bidang yang kita pelajari, kemahiran yang kita ada dan minat. Ianya penting untuk membina kerjaya.

Bukan dengan main redah sahaja, akibatnya nanti tidak akan bertahan lama sekiranya sesebuah pekerjaan itu kita tidak sesuai atau tidak minat.

Kita kena gembira dengan pekerjaan kita. Melainkan tiada pilihan langsung. Saya rasa di Malaysia ni peluang pekerjaan sangat banyak.

Apa-apa pekerjaan pun mesti ada tekanan dan masalah. Cuma kita kena harus sentiasa sabar, sentiasa terbuka minda, jangan ikut perasaan, buat kerja seperti biasa dan bekerja dengan lebih baik lagi.

Pada yang sudah berkeluarga fikirkan satu sahaja, anda mencari rezeki yang halal untuk menyara dan memberi nafkah kepada keluarga anda.

Kerja Sendiri

Untuk menjadi usahawan berjaya, bukan sahaja sekadar minat tetapi kena mempunyai kekuatan mental.

Disamping itu kena kaji kemampuan kita, sanggup tanggung risiko, kaji pesaing kita, kena ada pelan peniagaan yang betul dan berusaha dengan gigih. Sentiasa belajar tip-tip usahawan sekiranya ingin berjaya dan mampu menahan godaan duniawi.

Ramai yang saya lihat mempunyai minat berniaga. Saya puji sangat, tetapi bukan semua orang berjaya sebagai peniaga, berkemahiran dan berjaya. Kenapa ada yang berjaya dan kenapa ada yang kecundang.

Minta maaf saya katakan, ianya banyak terjadi dikalangan orang kita sendiri. Mereka tidak membuat pelan peniagaan yang baik, lupa diri, bersaing secara tidak sihat, sering dengki sesama sendiri dan macam-macam lagi contoh yang tidak baik.

Ada juga apabila sudah berjaya sedikit; mereka mula lupa diri, tukar kereta mewah, rumah mewah, handphone mewah dan cara hidup semua mewah kemudian perniagaan terabai.

Dikalangan remaja juga ramai yang mula berminat menjadi usahawan muda. Itu satu permulaan yang baik.

Sekarang banyak peluang disediakan untuk menjadi usahawan kecil di Malaysia. Pada yang berminat berniaga pelajari dahulu tip-tip usahawan dengan lebih mendalam supaya ianya menjadi mudah untuk anda apabila mengendalikan sesebuah perniagaan.

Berniaga bukan sesuatu yang mudah. Menuntut kita memberikan komitmen yang tinggi, motivasi, masa yang lebih, kerja keras, kena rajin, berani, sabar, tanggung risiko untung rugi dan macam-macam lagi cabaran yang kita kena hadapi.

Saya percaya semua usahawan tahu betapa peritnya untuk memastikan satu-satu perniagaan itu berjaya dan stabil. Nampak senang tapi cabarannya sungguh besar. Itulah gunanya kesabaran, kalau kita tidak sabar memang tidak boleh bertahan lama dalam bidang perniagaan ni.

Banyak perbezaan antara berkerja makan gaji vs kerja sendiri ni. Tetapi tujuannya tetap satu iaitu berkerja untuk mencari nafkah dan menyara keluarga. Kalau tidak bekerja, bagaimana mahu menyara keluarga; makan, minum dan pakai. Betulkan…

“Ada Kerja Ada Gaji, Takde Kerja Takde Gaji”

Yang paling penting carilah nafkah secara halal… InsyaAllah akan sentiasa berkat.

Leave a Reply