free
web stats

Barang Apa Yang Orang Selalu Lupa?

Lupa adalah salah satu sifat yang ada pada manusia. Sifat yang mana menyebabkan seseorang itu hilang ingatan seketika dan perlu mencari sesuatu agar dapat mengingati apa yang dihajatinya itu. Diusia muda kebanyakkan orang tidak mengalami masalah ini kerana daya ingatan mereka masih kuat tetapi apabila usia manusia meningkat menjagkau dewasa terutama mereka yang menjengah umur empat puluhan kebanyakkan mereka mengalami satu sindrom yang menyebabkan mereka mudah lupa.

lupa barang

Aku pun kekadang apabila sedang membuat kerja, aku terlupa dimana aku letak skrew driver atau benda-benda yang kebiasaannya aku guna. Walhal benda-benda itu berada berhampiran saja dan kekadang terlindung dengan bahan-bahan yang simple saja.

Satu hari aku memandu kereta untuk ke suatu tempat ditengah bandar, apabila aku sedar aku telah mengikut laluan yang tidak betul. Ermm…rupa-rupanya laluan tersebut ialah laluan untuk ketempat kerja isteri aku. Tersentak pula aku, kerana kebiasaannya diwaktu pagi aku menghantar isteri aku ke tempat kerja, jadi hari tu entah macam mana aku nak ketempat lain tetapi ikut laluan ke tempat kerja isteri aku pula.

Pelanggan yang selalu lupa?

Ini lagi la satu hal yang kekadang memeningkan kepala aku. Dalam tempoh aku bekerja sebagai juruteknik komputer yang dah lebih dua puluh tahun ini, ramai sangat pelanggan aku yang mudah lupa. Ada yang berminat nak belajar, aku akan ajarkan mana yang patut, tetapi selepas satu dua bulan abis lupa. Dalam banyak-banyak pekerja aku dulu yang belajar dengan aku pun rasanya tak sampai sepuluh orang saja yang boleh bekerja dibidang komputer seperti aku. Yang lain dah tak mampu nak teruskan disebabkan malas nak menggunakan akal fikiran mereka mengharungi cabaran dunia komputer. Dan yang paling baru bila ramai yang terlupa password Windows 7. Ini la yang merisaukan ramai pengguna komputer bila mereka meletakkan password lepas tu bila tak digunakan komputer tersebut untuk satu jangka waktu yang lama menyebabkan mereka terlupa.

Apa caranya untuk mengatasi masalah lupa?

Kalaulah kita diserang penyakit sering lupa, kita hendaklah melakukan sesuatu agar ia tidak menjadi kronik kelak. Ada juga mengesyorkan kita memakan buah kismis untuk menguatkan daya ingatan, bagus juga kalau dicuba. Tapi bagi aku lah kalau kita nak beramal dengan sesuatu tentulah kena ada ilmu. Jadi kalau kita buat secara membabi buta begitu tentulah akhirnya kita belum tentu mendapat kan hasilnya yang terbaik. Atau kita akan terhenti amalan kita itu ditengah jalan kerana kita mudah putus asa.

Jadi dari penelitian aku mungkin ebook Minda Genius – Mengangkat Minda Ke Dimensi Baru boleh membantu meningkatkan daya ingatan kita. Tip-tip dan rahsia yang diceritakan didalam ebook ini boleh kita amalkan dengan berkesan. Ya ilmu yang kita dapat jika kita amalkan inshaAllah akan memberikan manafaat kepada kita jua.

Anda pernah terjerumus didalam peristiwa lupa? Apa yang lucu dengan peristiwa itu, cer ceritakan sikit…

Entri kaitan:
Cara dan petua mudah mengingat

Leave a Reply