free
web stats

Bantahan terhadap Drama Tahajjud Cinta. Tapi Makin Ramai Yang Teruja Tengok

Drama Tahajjud Cinta episod 5 akan ditayangkan esok. makin dibantah. Makin dapat sambutan. Memang lumrah manusia lah kot. Untuk drama ni, kalau kita jenis yang open minded. Tak ada salahnya pun menonton.

Simple je. Mana yang baik, kita ambillah. Mana yang rasanya terpesong, janganlah pandang. Ya, berdosa tetap berdosa. menonton tv tu pun sudah dikira melalaikan kecuali program agama. Itu semua tahu. Tapi, yang membantah Drama Tahajjud Cinta ni boleh confirm ke 100% tak tengok drama tv langsung.

tahajjud cinta 2

Khairul@Apex Dan Aimie Hampir Pasti Putus Tunang

Saya malas dah nak komen perkara ini. Lagi saya bersuara, lagi masing-masing nak tunjuk pandai. Saya bukan tak ada langsung ilmu agama. Sebenarnya ada asas agama. Lagi saya jawab komen, lagi ramai yang hentam pasal Drama Tahajjud Cinta.

Sebenarnya nak komen lagi, tapi sebab dah start rasa annoying dengan sesetengah manusia (sesiapa sahaja yang terasa.hahahahaha) so, better abaikan saja. Ada yang kata saya taksud menonton Drama Tahajjud Cinta. Hello, mesti ramai tak tahu. Saya memang kaki tv. Bukan drama tu je kot. hahahaha!! Whatever.

Pengacara TV3, Ally Iskandar Putus Tunang?

Kita ada minat masing-masing. Biasalah tu. So, mana yang ada tinggalkan komen di entry fanpage bantah tayangan drama tahajjud cinta tu, saya dah penat nak reply komen sebenarnya. hahaha!! Sorry but thanks sebab rajin menulis panjang-panjang. Saya baca. Jangan risau.hehehehe

Dekat entry bila semua nak menang, kita mengalah tapi bukan kalah tu kiranya saya bagi hint yang saya dah penat melayan. wakakakaka!!! Saya bukan producer drama tahajjud cinta pun yang korang nak bertegang urat tapi tak apa. Inilah cabarannya bila jadi blogger. Setiap pendapat kita, mesti ada yang kecam or suka. Biasalah tu.

Sedangkan blogger popular Denaihati pun kadang-kadang kena kritik, inikan pula saya. hahahaha!!! Well, berani ada blog, berani suarakan pendapat, haruslah berani bertanggungjawab. Tapi, saya suka bercakap pasal drama macam drama tahajjud cinta ni bukan bercakap pasal politik. Nasib baik!! Kalau tak, kena SAMAN RM300 macam kes blogger baru-baru ni!!! huwaaa!!

Bantah tetap bantah. Drama Tahajjud Cinta tetap ditayangkan macam biasa. Jangan kata di tv, secara online pun korang boleh layan. Macam ni jelah. Rakyat Malaysia ni bukan seorang dua. Sekali kita suruh bantah, semua nak ikut. Masing-masing ada minat, masing-masing ada rasa ingin tahu, masing-masing ada akal sendiri dan yang pasti tahap ilmu agama kita semuanya berbeza.

Safee Sali & Amirul Hadi Digelar Monyet

Yang pasti, apa yang saya lihat. Ini pendapat saya je lah yek. Jangan nak menyalak tak tentu pasal dekat sini. ahahahaha!! Kontroversi yang sesetengah pihak timbulkan tu ( Bantah Tayangan Drama Tahajjud Cinta) makin buat orang ramai teruja nak menonton. hehehehe.

Sama macam case Filem KL Gangster lah.Mula-mula malas nak tengok, tapi bila semua dah kecoh pasla isu PEKIDA. Semua tak sabar nak tengok kan??? Mentaliti masyarakat kita masih sama. Perkara yang orang canang-canang tak elok tu lah, semua orang nak tengok. Sama macam case drama tahajjud cinta ini.

Faham? hehehehehe. So, dengan ini selamat teruskan bantahan dan kepada yang sekufu dengan saya. Marilah teruskan menonton (iya, saya tahu berdosa. tahu) drama tahajjud cinta ini. Tapi sempena Ramadhan Al-Mubarak ni, saya tengok dekat TONTON or online sini jelah. Terawih. InsyaAllah.

Heh. Siapa kata saya taksub tengok drama tahajjud cinta hoi? Kemain korang hentam iolsss ek. Terawih tetap terawih. pandai-pandailah bahagikan masa. Derr!!! Bye. Eh, salah. Assalamualaikum .

Leave a Reply