Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Bahaya! Jangan Pandang Ringan Sakit Kepala Sebelah Kiri dan Kanan

Sakit kepala adalah suatu kesakitan yang dirasakan dimana-mana bahagian kepala termasuklah telinga dan leher. Sakit kepala sebelah kiri dan kanan bermaksud sakit yang terasa di bahagian sisi sebelah kiri atau kanan atau kedua-dua sisi kepala dan kesakitan itu boleh merebak sampai ke mata. Penyakit itu pernah, sedang atau mungkin akan dirasakan hampir kesemua orang. Yang membezakannya antara kita semua ialah tahap kesakitan, simptom dan penyebab penyakit tersebut.

Masa Sakit Kepala

Ia adalah penyakit yang selalu dipandang mudah dan paling terbiasa dibiarkan tanpa rawatan yang sewajarnya. Ada yang berlaku dalam masa yang sangat singkat seperti sakit yang berpunca daripada “brain freeze” iaitu ketika memakan dengan laju dan banyak makanan sejuk atau beku pada satu masa. Ada yang berlaku sampai lebih daripada sehari lamanya. Ada yang berulang. Ada yang sakitnya ringan dan tidak menganggu. Dan ada juga sakitnya tidak tertanggung, terasakan bagai dicucuk-cucuk kepala sehingga menjejaskan aktiviti seharian.

sakit kepala

Sakit kepala biasanya bermula hanya setelah seseorang itu mencapai umur akil baligh. Walaupun begitu tidak dinafikan sesetengah kes yang mana bayi juga ada dikesan mengalami penyakit ini. Jika anda mempunyai saudara yang mempunyai sakit kepala kronik ataupun biasa, kemungkinan anda mendapatkannya juga sangat tinggi. Di negara membangun, sakit kepala jenis tegangan dialami oleh satu per tiga lelaki dan satu per dua wanita.

Menurut Organisasi Kesihatan Sedunia atau lebih dikenali sebagai “World Health Organization” (WHO) – secara amnya, purata penyakit migrain, yang kadang-kadang dikenali juga sebagai sakit kepala sebelah kiri dan kanan, menyerang sekurang-kurangnya 1 daripada 7 orang dewasa di seluruh dunia. Daripada kajian GSK Consumer Healthcare pada 2014 pula mendapati sakit kepala adalah kesakitan paling biasa dialami 85 peratus rakyat Malaysia, dengan nisbah 8 daripada 10 rakyat Malaysia memilih untuk menahan sakit daripada mendapatkan rawatan segera.

Primer dan Skunder

Pakar perubatan telah mengkategorikan sakit kepala kepada 2 bahagian yang utama iaitu primer dan sekunder. 90% daripadanya ialah jenis primer. Sakit kepala primer walaupun kadang-kadang menyerang setiap hari dan menganggu gugat kehidupan seharian, ia tidak merbahaya. Jenis sekunder biasanya disebabkan masalah atau penyakit lain seperti jangkitan kuman, kecederaan kepala, gangguan vaskular, pendarahan otak atau tumor. Ia boleh jadi tidak merbahaya atau sangat merbahaya. Kemudiannya, daripada 2 bahagian itu ia boleh dikelaskan kepada lebih daripada 200 jenis. Sesetengahnya tidak merbahaya, manakala sesetengah yang lain boleh mengancam nyawa. Yang paling biasa kita dengar ialah migrain, sinus, klaster dan tegangan. Ada juga yang mengkategorikan sakit kepala berdasarkan kepada tempat yang sakit. Iaitu sakit kepala sebelah kiri, kanan, atas, depan dan belakang. Sakit kepala sebelah kiri dan kanan boleh jadi jenis primer atau sekunder. Manakala, daripada jenisnya juga boleh diklasifikasikan di bawah jenis berlainan seperti migrain atau kluster.

Salah satu ciri bagi sakit kepala sebelah kiri dan kanan yang berkaitan dengan migrain ialah fasa prodrom. Ini berlaku sekitar 2 jam sehingga 2 hari sebelum fasa kesakitan menjengah. Anda akan merasa letih, senang marah, murung, mengidam sesetengah makanan, merasa sensitif kepada cahaya, bunyi atau sukar menumpukan perhatian. Gangguan pada emosi ini boleh menjejaskan perhubungan anda dengan keluarga, sahabat dan rakan sekerja. Ia boleh menganggu produktiviti anda dan akhirnya mengrisikokan pekerjaan dan kebahagiaan keluarga anda. Apabila kerja anda terjejas dan merasa tidak bahagia, kemurungan akan bertukar daripada berpunca dari fasa prodrom migrain kepada sesuatu yang berpunca daripada luaran, sehingga menjadikan kemurungan semakin parah. Namun tidak semua yang menghidapi sakit kepala ini mengalaminya. Namun, usah terlalu risau, simptom prodrom ini berlaku kepada cuma 60 peratus penghidap sakit kepala.

Kemudian, pesakit akan memasuki fasa aura, di mana akan terdapat gangguan pada penglihatan sebelum sakit itu menyerang. Gangguan penglihatan ini ialah seperti kehilangan sebahagian daripada penglihatan secara sementara, dan kelipan cahaya seperti garisan zig-zag. Anda harus berhati-hati jika anda mempunyai sakit kepala begini kerana ianya akan menganggu kebolehan seseorang untuk membaca dan memandu. Pastikan anda memberhentikan kenderaan jika sedang memandu kerana fasa aura ini boleh berlaku dalam seminit sehingga sekitar 60 minit. Disusuli dengan fasa kesakitan yang akan terus menghalang anda daripada berfungsi seperti biasa. Situasi ini sangat merbahaya dan boleh membawa kepada permasalahan yang lebih besar seperti kemalangan maut. Aura yang mempengaruhi deria juga wujud. Biasanya rasa seperti dicucuk-cucuk, tidak hanya di kepala, tetapi juga di tangan. Gangguan pertuturan, pada sistem motor dan juga halusinasi juga adalah antara yang boleh dimasukkan dalam fasa aura.

Sebab-sebab

Penyebab bagi penyakit ini ada banyak. Salah satunya adalah daripada segi gaya hidup. Gaya hidup ini pun anda boleh perhatikan daripada pelbagai sudut. Pertama, dari sudut pandang permakanan. Makan yang tidak teratur, selalu lambat makan daripada kebiasaan, ataupun daripada waktu makan semalam. Berpuasa yang terlampau lama dan tidak berbuka dengan makanan yang cukup nutrien dan zat untuk menggantikan balik nutrien yang telah hilang sepanjang hari. Terlebih makan secara tiba-tiba juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ada beberapa makanan yang harus dipantau pengambilannya. Seperti buah-buahan sitrus, kafein (kopi,teh), makanan yang mengandungi tyramine (keju, yogurt, kacang, minuman alkohol dan sebagainya.

makan lampau

Foto kredit kpd: Sinar Harian

Kedua, daripada segi waktu tidur. Waktu tidur yang afdal untuk manusia ialah 5 hingga 7 jam. Jika waktu tidur anda kurang daripada ini, anda akan berisiko menghadapi sakit kepala. Jika anda terlebih tidur juga boleh mengundang sakit kepala. Kadang-kadang postur tidur yang tidak elok juga boleh menjadi penyebabnya. Ini kerana sesetengah postur akan menyebabkan kurang oksigen sampai ke kepala. Antara punca sakit kepala yang biasa ialah kerana kekurangan oksigen di kepala. Selain itu, apa yang kita boleh lihat daripada segi gaya hidup, sekarang ini mudah mendapat akses untuk perubatan. Jadi, jika anda terlampau biasa mengambil ubat sakit kepala, ia juga boleh menjadi penyumbang kepada sakit kepala anda! Oleh itu, sila pastikan anda tidak terlalu banyak mengambil perubatan yang tidak perlu.

waktu tidur

waktu tidur

Ada banyak lagi penyebab yang berpunca daripada segi gaya hidup kita semua. Ini agak mudah untuk diatasi ataupun dirawat. Ia cuma memerlukan anda mengubah gaya hidup anda yang tidak sihat dan cuma perlu anda mengambil ubat-ubatan seperti yang disarankan doktor pada kadar dos yang tidak berlebihan. Jika anda kurang pasti apa yang tidak kena dengan gaya hidup anda, silalah merujuk kepada doktor anda.

Sekiranya anda mengalami sakit kepala sebelah kiri dan kanan yang agak tiba-tiba tanpa anda pernah terlibat dengan mana-mana aktiviti tidak sihat, dan tiada masalah kesihatan lain yang setelah diperiksa sebelum itu, maka anda perlulah menjalani pemeriksaan badan sekali lagi untuk memastikan tiada penyakit berbahaya lain seperti tumor. Bahagian yang akan terasa sakit akibat tumor akan bergantung kepada lokasi tumor berkenaan. Jika ia disebelah kanan, maka sebelah kanan kepala anda akan sakit dan sebagainya. Kalau dibiarkan terlalu lama, maka rawatannya, anda tiada pilhan lain kecuali dengan pembedahan pembuangan tumor. Oleh itu, pastikan anda memantau sakit yang dialami badan anda supaya penyakit itu tidak melarat menjadi semakin serius dan menyebabkan rawatannya semakin sukar.

Leave a Reply