Bagaimana Untuk Membina Blog Terbaik

Kini blog merupakan medan informasi dan rujukan terpenting yang paling banyak memenuhi ruangan internet.

Jika anda ingin tahu tentang apa-apa berita, informasi, subjek atau topik, anda hanya perlu Google dan akan keluar semua maklumat melalui interwebs sahaja.

bina blog
bina blog

Contoh jika anda taip dalam kotak search engine Malaysia Best Blog 2015. Anda akan dapati ada banyak blog yang menulis Informasi tentang blog terbaik. Itulah kekuatan kata kunci.

Jika anda masih tidak mempunyai blog, inilah masanya anda perlu membuka blog sendiri. Sama ada blog mengenai kreativiti dan peribadi atau buat duit dari blog seperti blog perniagaan, E-commerce dan sebagainya.

Internet adalah satu platform yang sangat luas untuk anda keluarkan idea anda atau pasarkan sesuatu.

Bagaimana Mencari Niche Blogging

Mencari niche yang terbaik untuk blog adalah kunci utama untuk mulakan. Anda perlu tahu niche blog bagaimana yang anda pilih dan sudah tentu anda perlu pakar tentang niche tersebut.

Semangat dan minat adalah cara yang paling sesuai memilih tentang apa yang ingin anda tuliskan. Anda mesti menghidupkan minat terarah kepada sesuatu yang orang akan cari dan mahu baca. Ini melibatkan cara bagaimana membuat blog anda menonjol lebih dari yang lain.

Jika anda menulis blog untuk suka-suka, gunakan minat dan semangat yang ada pada diri anda dengan baik.

Jika anda menulis dengan harapan untuk membina pendapatan, maka ia sedikit sukar dan banyak teknik-teknik yang perlu anda pelajari. Buat masa ini kita tumpukan basic dahulu.

Setelah anda mempunyai idea tentang niche yang anda ingin tulis, mula melakukan beberapa penyelidikan. Pergi ke enjin carian dan lihat apa soalan yang biasanya orang tanya tentang niche yang anda pilih itu.

Contoh mungkin anda berminat untuk menulis tentang niche blogging. Banyak forum dan blog bercerita mengenai blogging.

Dari forum dan komen juga anda boleh mendapat idea untuk menulis. Satu topik yang sangat luas untuk ada tuliskan didalam blog.

Ada pelbagai niche yang boleh anda jadikan rujukan. Klik dan skodeng apa yang mereka lakukan dalam blog mereka. Itu adalah salah satu cara untuk anda belajar cara blogging yang baik.

Blogger Perlu Menjadi Unik

Ini satu lagi teknik yang perlu anda tahu. Permulaan membuka blog anda perlu sentiasa update blog dari masa ke semasa. Kadang-kadang idea menulis ini tidak menentu. Sebab itu mengapa anda perlu memilih niche yang sesuai dan pakar mengenainya supaya anda tidak kekeringan idea.

Pastikan sentiasa ada entri standby didalam draft sekurang-kurangnya lebih dari lima (5) entri untuk update blogpost. Ini bertujuan supaya blog tidak ditinggal lama.

Ketika saya mula-mula membuka blog boleh dikatakan setiap hari pasti ada entri terbaru dalam blog saya. Walaupun tiada orang yang sudi masuk dan baca. Apalagi komen, hendak dapat satu komen pun susah. Anda kena sabar dan jangan lemah semangat.

Hasilnya, sehingga sekarang entri-entri yang saya tulis ketika mula-mula membuka blog masih ada lagi yang masuk dan baca.

Proses inilah yang akan membuatkan blog ada lebih mesra pembaca. Dari situ pelawat yang sesat masuk ke blog anda akan bertukar menjadi pembaca setia. Malah search engine juga suka blog yang sentiasa di update untuk rankingkan sesebuah blog itu di enjin carian.

Kita tolak ketepi dahulu teknik blogging yang lebih mendalam seperti bagaimana optimasi blog, SEO, backlink, social media dan sebagainya. Tak payah hendak peningkan kepala, semua itu kemudian baru fikir secara berperingkat. Kalau semua masuk sekali mahunya jammed otak korang nanti.

Tumpukan pada penulisan blog terlebih dahulu. Amalan kerap menulis mampu membuat seorang blogger itu menjadi lebih kreatif dan unik. Jika anda amalkan sedikit demi sedikit akan menjadi biasa dan dengan mudah anda boleh menulis apa sahaja niche blog dengan bersahaja.

Mungkin terasa berat untuk dilakukan jika anda seorang blogger baru. Untuk membentuk sesebuah blog anda tidak perlu rasa tertekan, beban dan takut.

Apa yang penting usaha dan minat perlu ada untuk membina sebuah blog dan tidak mustahil blog anda juga mampu duduk sebaris dengan Malaysia Best Blog yang ada.

Menarikkah Blog Anda?

Menarikkah blog anda? Ok, saya bukan tanya anda semua sebenarnya. Saya tepuk dada, dan tanya diri sendiri. Al-maklum kan ada blog sendiri. Kenalah sesekali tengok cermin, lepas tu tanya diri sendiri. hihihi!

blog headlines tips
blog headlines tips

Kenapa sesekali para blogger perlu tanya pada diri sendiri soalan “menarikkah blog anda”? Oh senang je jawapannya ialah untuk memperbaiki kualiti blog kita sendiri lah. Pada saya, buat apa hasilkan blog 20 jenis niche tetapi kualitinya “out”.

Pada yang ada hobi memang suka hasilkan blog banyak-banyak tapi bukan untuk tujuan komersial tetapi lebih kepada saja syok sendiri untuk kegunaan dan kepuasan diri sendiri tu tak apalah. Tak terlibatlah untuk entri ini ya.

Blogger yang saya maksudkan disini ialah blogger yang hasilkan blog bertujuan untuk komersialkan atau untuk menambahkan pendapatan ke apalah. Biasanya bila ada tujuan untuk komersialkan ni, mestilah ada “hubungan” dengan orang lain. Tak bolehlah main bantai je hasilkan blog cincai boncai kata omputeh.

Macam saya, tujuan asal saya hasilkan blog memang sekadar hobi saja. Saya suka menulis. jadi saya hasilkan 1 blog dan berceloteh. Sikit pun saya tak kisah komen orang pasal blog saya buruk ke apa. hahahaha! Tapi, bila dah lama-lama dalam dunia blogging ni. Mulalah income passive datang menjengah. hehehehe!

Bila dah pernah dapat duit hasil blogging pertama tu, saya dah mula ambil berat pasal blog saya. Mulalah saya ubah template blog, saya design sikit-sikit walaupun hakikatnya saya ni buta seni. Tapi, saya usahakan juga. Saya upah orang buat banner, saya upgrade daripada guna platform blogger percuma ke platform berbayar WordPress.

Lagi, saya mula fikirkan apa yang pembaca suka dan apa yang pembaca kurang gemar bila datang baca artikel diblog saya. Saya mula buat survey. Keputusan survey tu saya jadikan sebagai kayu pengukur untuk blog saya. Hasil survey, saya buang semua widget yang tak penting dekat blog, saya mula susun atur layout blog ikut citarasa pembaca dan macam-macam lagilah.

Tapi, itu dulu. Dah lama saya tak tanya pada diri sendiri soalan “menarikkah blog anda?”. Hari ini baru tertanya balik. hahahaha!! Dah tak ada kerja. Sambil-sambil ambil order Al-Quran Pelangi Murah saya tu, saya dok tanyalah diri sendiri.

Tapi, saya dah dapat jawapan. Pada saya untuk setakat ini, saya yakin (kemain aku) blog saya masih dalam kategori BLOG BOLEH TAHAN MENARIK. kakakakaka!! Konpiden jawab. Eh mestilah kena yakin. Saya selesa dengan theme blog saya ni sebab simple, warna pun saya suka, widget yang penting-penting je saya letak. So far, belum ada komen negatif untuk blog Lizarazak.com. Alhamdulillah.

Blog anda pula bagaimana? Biar saya tanyakan ya. Menarikkah blog anda?

Baca juga:

1 thought on “Bagaimana Untuk Membina Blog Terbaik”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *