Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Bagaimana Saya Menghadapi Sesuatu Ujian Atau Masalah

Setiap orang ada masalah masing-masing. Allah dah tetapkan bahagian untuk setiap hamba Dia. Si A dapat begini, Si B pula dapat begitu. Allah sendiri sudah nyatakan perkara ini secara jelas di dalam Quran. Bahkan Dia memberi jaminan yang jelas kepada hambanya agar kita tidak berputus asa dari rahmat-Nya.

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” Al-Baqarah 286

Suka untuk saya kongsikan beberapa kata-kata hikmah yang selalu memberi semangat kepada saya, selain dari sumber Al-Quran dan Hadis itu sendiri.

Captain saya pernah berkata, masalah utama kita ialah sikap kita bila berhadapan dengan masalah/ujian. Kita kadang-kadang over react dengan sesuatu situasi sehingga kita membuat keputusan dan tindakan luar dari titik rasional kita. Nah, musibah yang lebih besar telah ditempah oleh kita sendiri!

“If your life has no problem, you are not really living it”

Hidup mana pernah tak ada masalah/ujian, Kan? Bahkan secara fitrah manusia ini hidup dalam ujian. Ujian seorang mukmin dalam memilih untuk memberatkan diri kepada tarikan dunia atau tarikan akhirat.

Kita tak akan dapat lari dari apa-apa masalah/ujian. Bersiap sedialah untuk gempur dan tackle masalah-masalah tersebut dengan penuh macho dan bergaya. Hah!

Saya masih ingat lagi secara jelas detik-detik terakhir saya bersama dengan Mama saya. Bagaimana saya mengusung beliau masuk ke dalam kereta. Bagaimana saya membisikkan kalimah syahadah di telinga beliau. Bagaimana saya berjaga malam menanti perkembangan kesihatan Mama saya di dalam ICU. Bagaimana saya terpaksa bersetuju dengan “no active resuscitation” (NAR) setelah 3 kali CPR diberikan kepada Mama saya.Bagaimana saya melihat angka denyutan nadi Mama saya turun dengan perlahan sehingga mencecah angka kosong. Dan pasti tidak saya lupa detik saya meraung seperti orang gila di luar ICU.

Mungkin itu ujian terbesar dalam hidup saya buat setakat ini. Wallahi, banyak perkara saya telah belajar sepanjang ujian ini. Mungkin saya akan kongsikan serba sedikit pada post yang lain, insyaallah.

“Sometimes life knocks you on your ass… get up, get up, get up!!! Happiness is not the absence of problems, it’s the ability to deal with them.”

Charlie Chaplin

Charlie Chaplin

Bagaimana Menghadapi Ujian

1) Duduk bertenang terlebih dahulu. Saya akan mencari masa dimana point of focus dan rasional saya sudah tertumpu. Distract diri dengan menyibukkan diri dengan aktiviti yang saya suka. Makan, tengok movies dan TIDUR!

2) Saya tidak akan berfikir dan membuat keputusan sejurus berlaku apa-apa masalah atau ujian. Masa ini emosi sangat tidak stabil dan kebiasaannya apa yang terlintas ketika itu ialah perkara yang GILA.

“Arief, aku rasa nak bunuh diri dah ni. Besar sangat masalah ni!”

“Haha..”

“Dah kenapa kau gelak?”

“Aku banyak kali dah terfikir nak bunuh diri. Asal ada masalah je terlintas. Kalau aku ikut lintasan tu, darjah 5 dulu dah aku mati.”

“Bapak awal kau fikir nak bunuh diri!”

“Wakakaka…”

3) Consult orang yang lebih berpengalaman dan lebih arif dalam isu yang saya sedang hadapi.

4) Pilih jalan penyelesaian.

5) Doa.

6) Redah dan tidak toleh ke belakang!

Ya, sebesar mana pun masalah dan ujian kita, diluar sana ada lebih ramai manusia yang menanggung perit yang lebih dahsyat. Besarnya nikmat yang kita ada berbanding anak-anak yatim di luar sana. Ibu-ibu tunggal. Fakir dan miskin. Kecilnya ujian dan masalah kita ini. Rujuk artikel INI

Sebelum saya akhiri post ini, saya ingin kongsikan satu video yang saya selalu ulang, ulang dan ulang berpuluh puluh kali. Addicted! Dah jadi macam drug pulak. Heh! Sekian post pujuk diri dari saya.

Leave a Reply