free
web stats

Bagaimana Nak Hilangkan Rasa Marah Dan Stress

Petang tadi, saya belek-belek keyword yang masuk dalam blog lizarazak.com ni. Terjumpalah 1 keyword yang pada saya nak gelak pada mulanya tapi bila difikirkan balik tak baik pulak nak gelakkan orang.

Mungkin pada saya hal ini macam sangat remeh, mungkin tidak ada orang yang akan mencari keyword seperti itu di Google kan?

Bagaimana nak hilangkan rasa marah dan stress?

TAK PUAS HATI MARAH BOSAN DAN MELUAT

Hah, walau bagaimanapun, itulah keyword yang masuk ke dalam blog saya dan saya terus tersenyum saja sebab dalam otak saya memang sudah ada jawapan. hehehehe!

Dekat bawah ni saya akan senaraikan antara cara bagaimana nak hilangkan rasa marah dan stress yang melampau ok.

Ini adalah cara peribadi saya yang saya selalu menggunakan apabila saya rasa marah atau stress. Jadi mungkin cara ini juga sesuai untuk orang lain dan mungkin juga tidak. Tapi, tak salah lah untuk mencuba cara-cara yang diberikan.

1. Latih hilangkan rasa marah melalui solat
Cara ini saya dapat melalui majlis ilmu oleh Ustazah Norhafizah Musa. Beliau kata, orang yang cepat marah ni biasanya ada sifat kurang sabar sikit dalam diri dia. Bagaimana nak didik sifat sabar ni ialah dengan melakukan setiap rukun dalam solat dengan perlahan-lahan. Senang cerita, jangan sembahyang macam carca marba macam tulah. Saya dah buat dan memang sangat berkesan!

2. Sentiasa beristighfar baik secara lisan mahupun hati
Dulu, saya tak pernah percaya (jangan tiru sebab waktu ni saya terlampau jahiliyah tentang agama) yang bila kita berzikir, beristigfar memang hati kita akan tenang. Cubalah, tak kira masa. Tak perlu tunggu bila dah marah baru nak beristighfar. Saya lakukannya bila-bila termasuk waktu basuh pinggan! Hilang stress semuanya.

3. Sentiasa lawan godaan syaitan
Semua orang tahu kot, marah dan stress ni kerja syaitan sebenarnya. Jadi, cuba lawan dengan baca doa-doa yang korang tahu untuk halang godaan syaitan tu.

4. Sentiasa senyum
Hahahaha! Cara yang disebutkan ini macam kelakar sebab susah juga bila tengah marah tiba-tiba nak senyum tapi cubalah buat. Korang akan rasa kesan yang aummmmm!!

5. Baca buku-buku motivasi
Akhir sekali, biasanya bila saya marah dan stress saya suka paksa diri untuk baca buku-buku motivasi. Dalam buku-buku macam ni penulis biasanya akan beri kata-kata positif kawkaw ok. Jadi, secara tak langsung akan buat kita lupa perkara yang kita dok marahkan sangat tu.

6. Memahami Kenapa Anda Stres dan Marah
Untuk berjaya mengatasi tekanan dan kemarahan, anda perlu terlebih dahulu memahami apa yang sebenarnya berlaku dan bagaimana ia dicetuskan. Tekanan dan kemarahan biasanya datang bersama-sama.

Semasa keadaan tekanan anda lebih mudah marah dan marah menyebabkan tekanan. Ringkasnya, apabila anda tidak dapat menanggulangi situasi tertentu, anda mungkin akan menganggap anda adalah mangsa dalam situasi ini dan mengalami tekanan.

7. Biar Rasa Relaks Selalu
Menguruskan dan mengurangkan kesan tekanan adalah penting untuk sesiapa sahaja untuk belajar. Sebaik sahaja anda dilengkapi dengan alat yang betul anda boleh menjadi pakar dalam bidang bagaimana untuk menghilangkan tekanan dan kemarahan.

Mengetahui cara menggunakan teknik relaksasi untuk melawan tekanan dan kemarahan akan menjadikan anda seorang individu yang lebih bahagia dan sihat. Walaupun anda tidak mempunyai tekanan dalam kehidupan anda pada masa ini, dengan menggunakan relaksasi dengan betul akan meningkatkan dan menguatkan kesihatan dan semangat anda.

Relaksasi adalah salah satu senjata paling kuat yang boleh anda perolehi dalam memerangi tekanan dan kesan fizikal yang dicipta olehnya.

8. Mengakui Kelemahan Anda Dan Dapatkan Bantuan
Mengakui bahawa anda memerlukan bantuan dan anda benar-benar sedang mencari bantuan. Anda boleh mendidik diri sendiri dan mengubah gaya hidup anda untuk menjadikannay lebih sihat dan gembira. Ini adalah cara yang betul untuk menghilangkan tekanan dan kemarahan.

Mendapatkan bantuan yang betul akan membantu anda memahami apa yang sebenarnya tekanan dan kemarahan anda. Ini akan dapat membantu anda dalam mencapai kawalan atas tekanan dan kemarahan yang anda alami. Tidak lama kemudian, anda akan melihat masalah anda sudah jadi semakin kecil dan bukan gunung yang tidak dapat diatasi. Dengan itu, tekanan dan kemarahan anda mungkin akan hilang tidak lama kemudian.

9. Beberapa Aktiviti Yang Boleh Anda Buat Untuk Kurangkan Tekanan dan Kemarahan
Aktiviti-aktiviti seperti meditasi, senaman pernafasan yang mendalam, mendengar muzik yang tenang atau hipnosis audio yang relaks dan lain-lain semua ni boleh membantu untuk kurangkan tekanan dan kemarahan anda.

Boleh anda lakukan aktiviti-aktiviti Ini dan akhirnya mereka akan membawa anda keadaan fikiran yang tenang di mana usaha anda untuk menghilangkan tekanan dan kemarahan akan berjaya.

Mungkin ini hanya sikit saja cara bagaimana nak hilangkan rasa marah dan stress daripada saya. Kalau ada yang sudi berkongsi cara lain, bolehlah kongsi. Sebenarnya kalau rajin cari dekat internet ni memang dah banyak sangat entri berkaitan tips hilangkan rasa marah dan stress cuma tinggal rajinkan diri sahaja. Peace!

Baca juga:
Punca Symptoms Penyakit Kayap

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *