free
web stats

Bacalah, Supaya Anda Tidak Tertipu di Thailand!

Hakikatnya, di mana tempatnya ada manusia, di situ adanya cobaan. Walaupun negara Thailand merupakan negara beragama Buddha, terdapat juga detik di mana sifat manusia yang susah diduga.

thailand scene

Panduan Sewa Kenderaan

Dalam bab sewa kenderaan di Thailand, adalah dikatakan sukar dinilai, silap-silap anda mungkin akan menemui penipu. Oleh itu, dinasihati agar berwaspada selalu agar tidak dijadikan mangsa penipuan.

thailand traffic

1. Adakah wajib untuk menanya sama ada teksi adalah yang bermeter?

Walaupun naik teksi yang bermeter tidak bermakna dapat menghindarkan diri daripada tercekik dengan sepenuhnya. Namun kebanyakan yang naik teksi tidak bermeter turut merasakan bahawa teksi tidak bermeter lebih mahal.

2. Jangan memulangkan resit kepada pemandu teksi

Jangan memulangkan resit kepada pemandu teksi sepanjang perjalanan anda dari lapangan kapal terbang ke hotel. Jika anda bercadang untuk naik teksi dari Lapangan Terbang Don Muang, pekerja kaunter akan terus maklumkan destinasi anda kepada pemandu. Selepas itu, anda akan menerima dua keping resit yang berlainan saiz (sekeping besar dan satu lagi kecil). Jangan sesekali bagi pemandu kepingan yang besar kerana kepingan tersebut tercetak nombor telefon aduan yang berfungsi untuk aduan pemandu. Pada masa yang sama, harus anda ingat agar bertanya kepada pemandu sama ada kenderaannya bermeter. Jika pemandu enggan menggunakan meter, anda boleh memberikan amaran kepadanya bahawa anda akan membuat laporan.

3. Selain daripada aspek meter, anda mesti teguh dengan pendirian anda berkenaan dengan destinasi anda. Jangan dengar apa-apa cadangan pemandu. Jika detinasi anda tidak rela dihantar oleh pemandu itu, carilah pemandu yang lain. Jika anda memilih untuk menuruti cadangan pemandu, apa yang anda bakal “dicekik darah”.

4. Teksi yang disambut di tingkat satu lapangan terbang perlu bayar bayaran tambahan sebanyak 50 Baht, tingkat empat pula tidak perlu. Kalau datang dengan bilangan banyak, anda boleh mempertimbangkan untuk menyewa kereta, perkhidmatan sewa kereta boleh didapati di tingkat 1 atau satu lagi cara, adalah anda boleh memilih untuk naik tren BTS di satu tingkat yang bawah. Jika anda ingin pergi 1 tingkat ke bawah, dicadangkan naiklah lif yang menegak untuk turun kerana terdapat pelbagai limitasi bagi eskalator. Dimaklumkan bahawa lif tidak akan berhenti di tingkat 2. Anda perlu bergerak ke tingkat 3 atau 1. Terdapat lif di dua sisi bangunan.

5. Jika percutian anda di Bangkok melibatkan dua orang ke atas, perkhidmatan teksi adalah jauh lebih berbaloi daripada menaiki Sky Train dan Subway. Tapi… syaratnya adalah keadaan trafik yang tidak sesak. Pola trafik Bangkok adalah: Hari Minggu (Isnin-Jumaat) semestinya sesak, khususnya petang dan malam, manakala Sabtu, bergantung kepada perwatakan diri, Ahad semestinya lancar.

Langkah Panduan Bagi Mengelakkan Caj Melangit Sewaktu Naik Tuk Tuk

kereta tut tut

1. Secara jujur, Tuk Tuk adalah kenderaan yang lebih mahal berbanding dengan teksi di Bangkok.Oleh itu, dicadangkan bahawa motif pemboncengan hanya jadikannya sebagai pengisi pengalaman. Anda sememangnya lebih senang dicekik harga.

2. Semasa di atas lorong, perhatikan mereka yang sangat mesra, besar kemungkinan bahawa mereka rakan yang bersuhabat dengan pemandu Tuk Tuk. Contohnya, jika ada yang memberitahu anda bahawa muzium /istana besar tidak buka hari ini atas sebab Upacara Kerabat Diraja, tiada kapal dan sebagainya. Kemudian memberikan anda cadangan untuk melawat tokong atau destinasi yang lain, dan membantu anda untuk tawar menawar dengan pemandu, orang- orang sebegini biasanya akan menggelarkan diri sebagai guru Bahasa Inggeris yang bersara, berketurunan Cina dan sebagainya. Ternyata sekali, merekalah rakan kepada pemandu Tuk.

3. Lelaki dan perempuan bujang dicadangkan agar menaiki teksi dan bukannya Tuk Tuk.

Teknik Elak Tipu di pondok henti bas dan jeti

bus pelancongan

Orang Thailand biasanya akan berdiri di pondok bas atau jeti dan bertegu-sapa dengan pelancong, mereka biasanya akan menarik minat pelancong dan membimbing mereka untuk berkunjung ke kedai pemata Oleh itu, berhati-hatilah. Jika tidak ingin melihat wang kertas anda melayang dengan cepat , usah hiraukan mereka. Ingat tu.

Teknik Elak Tipu dalam Kenderaan Awam

boat pelancongan

Biasanya, muatan kenderaan awam Bangkok hanya seramai 40 orang, tidak kira darat mahupun air. Jika ada yang menawarkan tiket dengan harga,100-200 atau 400-600 pun berkemungkinan besar bahawa merekalah yang akan cuba mengambil kesempatan ini untuk “menyembelih”mu. Jika tidak ingin melihat diri sendiri tertipu,anda boleh mencari kenderaan bermeter, di Bangkok, 100 B sudah memadai.

Teknik Elak Tipu Motorsikal

thailand motorsikal

Jika anda ingin menyewa motor, anda mesti tangkap gambar keadaan asal motorsikal yang jelas di depan mata pemilik. Bahagian yang rosak mesti ditangkap sejelas-jelasnya untuk mengelakkan “disembelih”.

Teknik Elak Tipu Semasa Makan dan Membeli-belah

beli belah

1. Disebabkan ada sesetengah barang yang popular dalam kalangan pelancong, oleh itu banyak benda yang cetak rompak akan mengerumuni anda. Contohnya restoran yang dibuka oleh Orang Thailand yang beretnik Cina-Restoran Somboon seafood. Kedai ini mempunyai populariti yang tinggi . Oleh itu, banyak pemandu akan membawa anda untuk mengunjungi ke kedai versi “cetak rompak”. Sehubung dengan isu ini, disarankan agar buatlah kajian selidik dengan mengakses ke laman web rasmi, carikan cawangan yang ada (kesemuanya 5 buah), dengan ini anda akan lebih senang untuk berkomunikasi dengan pemandu teksi. (Tips: Biasanya, kebanyakan kedai beroperasi pada pukul empat, hanya Sam Yan yang buka pada tengah hari.)

thailand pasar malam

2. Terdapat juga mi segera tom yam goong dan jenama lain yang ciplak banyak didapati di sana.

3. China Town(khususnya mencekik darah orang cina)Tempat ini dikhususkan untuk “menyembelih” Kaum Cina,cetak rompak pada asalnya pun kepakaran orang negara China, oleh itu jika anda mengunjungi sana, pastikan anda mempunyai daya untuk menilai barang.Jika anda tidak mempunyai kebolehan sebegini, di mana atau dengan siapa pun anda berurusan, anda akan “disembelih”.

Belajarlah daripada perkongsian ini agar tidak diperbodohkan semasa melancong di Thailand.

Baca juga:

Leave a Reply