Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Apakah Niche Blog Pilihan Anda

Berdasarkan apa yang saya perhatikan dan belajar dari laman web mengenai beberapa niche blog tertentu. Terdapat beberapa niche blog yang mempunyai potensi besar menjadi sasaran pembaca, trafik dan pelawat yang tinggi.

niche blog

niche blog

Kriteria penilaian saya berdasarkan cara penulisan, PageRank, AlexaRank, trafik, subscribers, Technorati rank, authoriti, kandungan dan banyak lagi.

Saya senaraikan niche blog yang mempunyai ramai pembaca dan pada saya ada tarikan. Mana tahu anda terfikir untuk menulis niche berlainan, mungkin artikel ini boleh membantu anda membuat pilihan selari dengan kepakaran menulis anda.

Teknologi Dan Gadget

Secara umumnya, blog Teknologi Dan Gadget memberi tumpuan tentang dunia komputer, internet, alat, aplikasi, peranti mudah alih, dan banyak barangan elektronik lain. Memaparkan pelbagai alat terkini dari dunia teknologi. Maklumat mengenai alat terkini, dan semua maklumat tentang produk teknologi terkini.

Maklumat yang ditulis mestilah semasa, cepat dan benar kerana pengguna akan melihat blog Teknologi Dan Gadget sebagai tempat untuk merujuk informasi spesifikasi terkini dan alat-alat yang mempunyai permintaan dan menjadi perhatian dunia.

Blog Tutorial Dan Maklumat

Blog yang menulis tutorial, panduan, isu-isu semasa. Ia mengandungi topik-topik mengenai agama, eBook, blogging, tools, dan semua yang berkaitan.

Fokus hanya kepada topik tertentu. Penulis perlulah seorang yang pakar mengenai topik tersebut dan sentiasa mengemaskini isu-isu semasa yang dibincangkan, pakar dan berpengetahuan luas.

Blog Gossip

Umumnya… blog jenis sebegini cukup mudah untuk mendapatkan perhatian dan mempunyai trafik yang tinggi. Lebih memberitahu tentang selebriti, skandal, berita hiburan, fesyen, gaya rambut, gambar, dan video selebriti kegemaran anda.

Tetapi apa yang ditulis tidak semua benar. Tidak dinafikan jenis blog gossip mampu menarik lebih ramai pembaca dan mendapat rating yang tinggi. Agaknya lumrah dalam hidup manusia suka bergossip hehe.

Blog Politik

Lebih bercerita tentang pembangunan ekonomi, perbahasan, kisah berita politik sama ada pembangkang atau dibangkang, gossip politik antarabangsa. Blog sebegini juga popular dan sentiasa mendapat perhatian.

Konsep lebih kurang sama seperti blog gossip. Mempunyai pengikut tersendiri yang mengikuti perkembangan politik luar dan dalam. Ada positif dan negatif menulis blog politik ini lebih-lebih lagi jika melibatkan isu yang sensitif yang bertujuan mempengaruhi keadaan dan orang ramai.

Blog Fesyen Dan Kecantikan

Blog Fesyen Dan Kecantikan digemari oleh semua peringkat umur dari muda sehingga tua. Terdapat tahap kelas tertentu dari yang rendah, pertengahan dan atasan.

Contoh pakaian, fesyen, peralatan kecantikan, rawatan badan, aksesori, ulasan produk berjenama dan sebagainya.

Pada saya menulis tentang fesyen dan kecantikkan jika mampu menarik pembaca yang ramai, seeloknya ambil peluang membuat perniagaan secara online. Anda boleh membuat duit dengan hanya meletakkan produk orang lain sambil selang selikan dengan penulisan tentang fesyen dan kecantikkan.

Bentuk, tema, gambar dan grafik mesti mampu menarik pembaca untuk duduk lebih lama dan tidak keluar tanpa membuat apa-apa pembelian.

Blog Kesihatan Dan Kecantikkan

Niche Blog Kesihatan, Kecantikkan dan Pemakanan adalah menulis tentang kesihatan dan kecergasan, tips penjagaan badan dan kulit, diet dan pemakanan seimbang, vitamin dan supplement.

Pembaca selalunya ramai di kalangan wanita. Sama seperti blog Fesyen Dan Kecantikan sebaiknya masukkan bisnes online seperti menjual produk dan perkhidmatan.

Blog Travel Dan Food

Niche travel juga sangat popular. Apabila seseorang mahu mencari informasi, tip-tip travel mereka akan melayari internet untuk mencari destinasi tempat-tempat menarik, kemudahan pengangkutan, tempat makan dan sebagainya.

Rata-rata yang gemar bercuti akan melakukan perkara yang sama. Tidak mustahil untuk blog travel mampu target visitor dalam niche ini. Untuk mendapatkan trafik yang tinggi adalah sangat mudah.

Menulis niche travel tidak semestinya anda perlu ke satu destinasi ke destinasi yang lain. Tanpa kemana-mana juga anda boleh menulis niche travel.

Bagaimanapun penulis harus mengkaji mengenai tarikan pelancongan, hotel, tips perjalanan, informasi, tempat makan menarik, cuaca dan banyak lagi dan informasi yang anda tulis haruslah tepat dan benar.

Blog Perniagaan

Ini niche blog yang paling saya minati. Kebanyakkan blog perniagaan yang saya baca cara penulisan mereka tidak sama walaupun tajuk dan maksud sama.

Sebab itu saya suka baca, skop penulisan tentang perniagaan sangat besar, boleh dikatakan mereka yang menulis tentang perniagaan terlibat dalam bidang bisnes.

Bukan sahaja menulis tentang tip-tip perniagaan, mereka juga peka dalam keadaan ekonomi semasa. Idea topik perniagaan paling banyak anda boleh menulis mengenainya, tetapi kepakaran perlu ada juga.

Blog Peribadi

Blog yang mengandungi perkara-perkara seperti jurnal harian, kisah hidup dan peribadi.

Blog peribadi bergantung kepada spontan seseoran blogger tersebut. Maklumat terbaru ditulis oleh blogger sama ada secara kerap atau tidak masih mempunyai “sesuatu” yang diberikan melalui blog.

Blog peribadi ni saya kategorikan ada dua jenis…

  • Kategori pertama – Penulis yang benar-benar menulis tentang kehidupan harian mereka dan ibaratkan blog sepenuhnya sebagai diari online. Mereka gemar menulis jurnal, aktiviti harian dan peribadi.
  • Kategori kedua – menulis artikel yang pelbagai, topik yang bercampuraduk; contoh tentang peribadi, isu semasa, politik, travel dan sebagainya mereka masukkan dalam satu blog. Blog saya jenis sebegitu.

Skop penulisan sangat luas dan blogger boleh dianggap sebagai storyteller. Cuma cara dan kreativiti perlu ada untuk anda menyampaikan sesuatu supaya jadi lebih menarik.

Setiap blogger mempunyai tujuan tertentu. Apa jua jenis blog dirujuk sebagai peniup wisel, anda mula menulis, menilai dan mengkaji. Semua atas kepakaran penulis itu sendiri untuk mencorakkan niche blog.

Jika anda baru mula menulis blog, jenis niche blog yang bagaimana menjadi pilihan anda?

Baca juga:
Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

Leave a Reply