Apa Yang Menarik Di Busan

Sudah lama bagi saya teringin hendak bercuti ke luar negara terutama apabila melihat ramai rakan-rakan merakamkan percutian mereka di blog dan laman media sosial.

Siapa tidak mahu pergi berjalan-jalan sambil melihat keindahan dan budaya tempat orang lain. Lebih-lebih lagi negara yang terletak di Benua Asia iaitu negara Korea. Sebuah negara maju dan banyak mengeluarkan produk berteknologi tinggi. Dan yang paling penting banyak selebriti Korea yang dikenali oleh orang ramai di negara kita ini.

persembahan tarian
persembahan tarian

Saya masih belum berpeluang untuk melawat ke Korea. Saya hanya mengetahui tentang keindahan, masyarakat dan budaya orang Korea melalui TV dan Internet sahaja.

Jika dapat merasai sendiri pengalaman melancong ke Korea pasti lagi seronok terutamanya pergi mengunjung ke negara ini pada musim sejuk. Dengar kata di Busan walaupun winter tetapi cuaca tidak berapa sejuk. Memang terbaik untuk pergi melancong ke tempat ini pada musim sejuk.

Kebanyakan orang Korea nampak sama saja seperti orang Jepun dan China. Mereka juga merupakan jenis yang kuat bekerja, cepat dan disiplin juga. Kulit mereka putih melepak dan wanita Korea memang cantik-cantik.

Jikan hendak bezakan orang Korea bukan sesuatu perkara yang susah sangat juga. Kita boleh tahu sama ada mereka orang Korea atau tidak melalui percakapan mereka. Bahasa Korea memang mempunyai percakapan yang unik di mana jika kita terdengar kita sudah boleh tahu mereka adalah orang Korea. Lagipun sekarang ini terdapat ramai orang Korea yang tinggal di Malaysia.

Busan, Korea Selatan

Busan Korea Selatan

Busan (Pusan) terletak bersebelahan dengan Selat Korea dan Jepun yang menghubungkan Asia, Eropah, dan Amerika Utara. Sebuah negara yang penganutnya majoriti beragama Buddha.

Busan adalah bandar kedua terbesar dan merupakan pelabuhan nombor satu Korea dan boleh dikatakan kawasan perairan yang besar dan maju. Berbeza dengan Seoul sebuah pusat bandar kosmopolitan.

Mula dikenali dunia setelah banyak menjadi tuan rumah acara antarabangsa seperti Sukan Asia 2002 ke-14 dan perlawanan akhir Piala Dunia Korea vs Jepun. Setiap tahun menjadi tuan rumah menganjurkan acara Pusan International Film Festival.

Selain itu acara BEXCO – Busan Exhibition and Convention Center yang membawa ramai orang luar dari seluruh dunia untuk acara konvensyen dan pameran.

Pantai Busan

Apa Yang Menarik Di Busan Korea

Keunikkan di Busan biasanya dikelaskan kepada dua, iaitu pantai yang menarik dan tanah pedalaman yang mempunyai pelbagai sejarah.

Semestinya pusat pelancongan yang paling menawan di Busan adalah pemandangan laut dan kawasan pantai dimana terdapat pelbagai bentuk batu-batu dan pulau-pulau yang menakjubkan dan harus dilihat.

Antara pantai-pantai terkenal adalah di Haeundae, Gwangalli, dan Songjeong yang sentiasa penuh dengan pelancong luar dan dalam. Sering diadakan aktiviti-aktiviti air seperti berperahu, jet skies, dan banana boats.

Keindahan alam semulajadi Busan juga boleh dinikmati dengan menaiki bot-bot pelayaran di pelabuhan atau melihat sendiri panorama seluruh Busan di Amnam Park, Igidae dan Haean Park yang menawarkan pemandangan alam semula jadi yang begitu indah dan mampu menawan hati sesiapa sahaja.

Setiap kali musim panas pelbagai perayaan diadakan hampir disetiap pantai.

kuil-kuil

Juga terdapat banyak tarikan dan keunikkan yang mempunyai sejarah tersendiri terutama di pusat bandar Busan, kawasan bersejarah seperti kuil-kuil, Dongnae Shrine, Stadium Piala Dunia Busan dan BEXCO Pusat Pameran dan Konvensyen.

Pasar besar Jagalchi dan Yongdusan Park antara kawasan yang paling popular untuk pelancongan. Jagalchi Market Fish sering diadakan festival kebudayaan untuk pelancong asing.

The Nakdong Estuary Seasonal Bird Migration pula menjadi spot utama pelancong apabila tiba musim sejuk. Sebuah tapak penghijrahan burung bermusim yang terbesar di Asia. Terletak di muara Sungai Nakdonggang, Pulau Eulsukdo.

Untuk tujuan membeli-belah kawasan popular dan sering dikunjungi pelancong antaranya Lotte Department Store, Choryang Arcade, Nampo-dong Street, Gukje Market dan Seomyeon yang terletak di tengah-tengah bandar.

Busan meriah dengan pelbagai tempat untuk menjamu selera. Terdapat satu jalan yang dipenuhi dengan gerai menjual Dongnae Pajeon iaitu Korean pancakes dan restoran makanan laut.

Selain itu, beberapa muzium berdekatan termasuk Muzium Marin Busan, Muzium Bokcheon, Muzium Seni Metropolitan Busan, Muzium Busan dan banyak kemudahan kebudayaan lain.

Tarikan Utama Pelancong Di Busan:

  • Haeundae Beach
  • Gwangalli Beach
  • Sonjeong Beach
  • Dadaepo Beach
  • Beomrosa Temple
  • Haedong Yonggungsan Temple
  • Haedong Dalmaji Walk
  • Oryukdo Island
  • The United Nations Memorial Cemetery Park
  • Yongdusan Park
  • Amnam Park
  • Nakdonggang Estu Seasonal Bird Migration Site
  • Busan Aquarium
  • Jagalchi Fish Market
  • Nampo-Dong Street

Tempat-tempat diatas merupakan kawasan yang sering menjadi tarikan pelancong dan pasti akan ada dalam list perjalanan setiap mereka yang melancong ke Busan.

Imaginasi menulis tentang Busan Korea mungkin berbeza dari pengalaman melihat sendiri.Dari pembacaan saya, tidak dinafikan sebuah negara yang sangat menarik dan penuh dengan warna warni budaya dan agama mereka.

Baca juga:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *