free
web stats

Apa yang bagusnya Skim Latihan 1Malaysia SL1M?

Kadar pengangguran di Malaysia boleh dikatakan ditahap membimbangkan. Kalau tidak percaya, cuba lihat sendiri di kalangan keluarga masing-masing, mesti ada di antara kerabat anda sama ada abang, kakak, adik, sepupu, mak saudara, jiran malahan mungkin ibu atau bapa anda sendiri yang tidak bekerja. Kalau ibu tidak bekerja mungkin boleh ditoleransikan lagi kerana peranannya lebih sesuai mengurus rumah tangga, tetapi jika bapa yang “tanam anggur”, macam mana? Dan saya percaya rata-rata yang membaca ini pun mesti tengah menganggur ataupun tengah menunggu jawaban daripada syarikat yang dipohon. Apa kata, sementara tiada kerja buat ini, jom sertai Skim Latihan 1Malaysia.

skim latihan 1malaysia

skim latihan 1malaysia

Jadi, sebenarnya, apa itu SL1M? Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) ini adalah salah satu inisiatif kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia terutamanya para graduan universiti yang masih tidak memperoleh pekerjaan ataupun bekerja dengan jawatan yang setaraf untuk lepasan SPM. Usaha kerajaan ini patut dipuji kerana jika kita melihat statistik pengangguran dunia pun, peratusan bagi negara kita adalah agak rendah iaitu sebanyak 3.5% dan adalah lebih rendah berbanding negara maju lain seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom serta Korea Selatan.

sl1m

Skim Latihan 1Malaysia ini telah agak lama ditubuhkan iaitu semenjak 1 Jun 2011 lagi. Dan sedikit sebanyak telah membantu daripada sudut pencarian kerja rakyat Malaysia. Secara asasnya, skim ini terbahagi kepada 2 fasa.

Pertama adalah fasa kursus latihan kemahiran insaniah selama 2 bulan. Kemahiran asas individu sebagai seorang pekerja akan dimantapkan lagi menerusi kursus ini. Bagusnya, kursus ini anda tidak perlu bayar, malahan anda dibayar elaun minimum RM1,000 sebulan. Kemahiran komunikasi, berfikir, menganalisa data, etika korporat sehingga kepada pemakaian anda akan cuba ditingkatkan diperingkat pertama Skim Latihan 1Malaysia ini.

sl1m 2

Fasa kedua adalah latihan praktikal industri. Ia adalah sebagaimana latihan praktikal kebanyakan graduan universiti harus tempuhi ketika tahun akhir pengajian mereka. Cumanya, elaun yang diberi adalah lebih banyak. Baru-baru ini juga, iaitu 24 Februari 2018 yang lepas, mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Sri Mohd Najib telah mengumumkan penambahan elaun peserta SL1M kepada sebanyak RM2 ribu sebulan. Tempoh masa fasa kedua ini adalah selama 6 bulan sehingga ke 10 bulan. Selepas itu, syarikat terlibat harus membuat pilihan untuk memilih perserta kursus yang akan mereka gajikan. Kebanyakan syarikat yang terlibat juga memberi faedah pekerja yang sama dengan pekerja tetap lain, seperti KWSP, SOCSO dan elaun lain.

Walaupun telah dinaikkan jumlah elaun, hakikatnya, ada banyak syarikat di luar sana yang menyediakan program latihan graduan sendiri, dan ada yang memberi gaji permulaan asas sekitar RM3 ribu kepada graduan universiti yang sememangnya tiada pengalaman. Kebanyakan kes pengangguran bukan berpunca daripada kekurangan pekerjaan. Tetapi, kerana tiada asas pengetahuan tentang mencari kerja.

 daftar sl1m

Jika ditemubual kebanyakan mereka yang tidak bekerja, atau graduan ijazah yang bekerja sebagai juruwang, tukang sapu atau apa-apa jawatan yang tidak memerlukan ijazah ini, kebanyakannya merasa takut atau tidak yakin diri untuk memikul jawatan yang setaraf bagi pemegang ijazah, yang biasanya disiapsediakan untuk memikul tanggungjawab pengurusan dalam apa jua sektor bidang berkait latar belakang pendidikan masing-masing.

Ada juga yang mengecilkan skop permohonan kerja, kepada sekitar kampung halaman sahaja yang sememangnya bukan zon industri, sama ada kerana pilihan sendiri atau permintaan keluarga. Ada juga yang hanya memohon kerja melalui karnival kerjaya yang berlangsung setahun sekali itu sahaja dan terus berputus asa apabila tiga permohonan kerja yang dihantar tiada khabar berita. Padahal, ada beribu syarikat di luar sana yang kekurangan kakitangan dan tidak mengikuti mana-mana karnival kerjaya.

Jadi, dari sisi positifnya, SL1M ini sebenarnya membuka jalan kepada anda yang merasa agak “overwhelmed” dengan langkah pertama anda ke dalam dunia kerjaya.

Bagi yang ingin menyertai Skim Latihan 1Malaysia ini, caranya sangat mudah. Hanya perlu register secara online di https://sl1m.my. Login, dan isi semua maklumat peribadi anda. Pastikan anda meneliti syarat penyertaan dahulu di laman web rasmi SL1M. Di laman web itu juga anda boleh lihat maklumat lain seperti senarai syarikat yang terlibat. Banyak syarikat besar berganding bahu menjayakan program ini seperti syarikat Petronas, KWSP, CIMB, MAS, Khazanah, TNB, Sime Darby, MayBank dan juga Tabung Haji. Jadi, jangan tunggu lama-lama lagi! Mulakan langkah anda!

Leave a Reply