free
web stats

Apa Perlu Dibuat Bila Kucing Terkena Demam Kuning

Kucing pun macam kita manusia juga. Ada masa dia sangat sihat dan ada masa dia akan jatuh sakit. Sakit yang dia mengalami pun lebih kurang sama dengan sakit manusia juga.

Ada yang terkena kucing demam kuning, ada yang terkena batu karang, ada yang terkena serangan strok dan ada yang terkena serangan jantung. Jangan pula anda gelak sebab apa yang dikatakan ini semua adalah benda yang betul dan benar-benar berlaku pada kucing.

Kucing Demam Kuning

Bagaimana nak mengetahui kucing demam kuning?

Beberapa bulan lepas, kucing kesayangan aku pun pernah diserang oleh penyakit demam kuning ni. Patutlah masa tu aku tengok dia berperangai lain macam saja.

Kucing saya biasanya selalu aktif lompat sana sini. Tiba-tiba ada satu hari tu dia lain macam saja. Dia jadi sangat pasif dan macam tidak minat langsung dengan apa-apa yang berlaku di sekelilingnya.

Dia jadi macam lelaki yang ditinggalkan oleh kekasihnya. Apa yang tambah memelikkan aku adalah dia asyik nak sembam kepala dia ke ketiak aku saja. Dengan kelakuan yang pelik daripada kucing itu, aku sudah mula musyhkil. Nak kata ketiak aku wangi, tak pulak aku bau wangi. Masam macam biasa saja.

Kucing Demam Kuning

Selidik Kucing Aku

Aku mula selidik dia. Aku ingin cari keluar apa yang tidak kena dengannya. Aku tengok dia semakin jadi terlalu pasif dan juga jadi pendiam sangat.

Dia asik suka cari port yang gelap-gelap dan aku ada perhatikan bibir dia dan kelopak mata dia. Kedua-dua tempat ini nampak kekuningan.

Mula-mula aku ingatkan dia ni keracunan sebab aku memang selalu bagi kucing aku makan rumput. Aku ingat dia makan rumput yang ada racun.

Jadi aku mula untuk merawat dia. Malam tu aku terus cari kelapa kat kedai mamak. Aku beli air kelapa dan aku minta mamak tu jangan letak sebarang gula dalam air kelapa tu.

Taukeh mamak tu tanya bermacam-macam soalan. Aku cakap aku tak nak gula sebab aku nak bagi kucing minum maka taukeh mamak tu terus bergelak.

Tengok dia macam tidak percaya, aku tukar cakap aku nak bagi kawan aku minum dan dia ada kencing manis, jadi tidak boleh ada gula di dalam. Sambil cakap tu aku buat muka serius baru mamak tu laju buat kerja.

Lepas bungkus air kelapa aku teru balik rumah dan bagi kucing aku minum air kelapa tu setengah cawan. Aku sumbat air kelapa tu pakai alat yang selalu kita guna untuk bagi makan ubat kat baby.

Malam tu nampak dia agak aktif sikit lepas kencing. Esoknya aku terus suruh adik dengan bapa aku bawa kucing itu ke klinik veterinary. Tapi klinik veterinary itu cakap dia tidak dapat buat apa-apa. Dia suruh hantar ke UPM Serdang sebab UPM Sedang ada hospital veterinary di dalam.

Kucing Masuk Wad

Di UPM Serdang, doktor cakap kucing aku kena tahan kat wad. Bila aku dengar, aku tergelak besar. Terbayang-bayang aku kat satu bilik tu ada banyak katil. Ada kucing yang terlantar baring bersepah-sepah wayar kat badan. Lepas tu tuan dia duduk kat sebelah melawat dia. Macam kat hospital tu.

Tapi bila doktor bagi tahu bahawa kucing aku terkena jangkitan kuman akibat demam kuning, aku terus goyang.

Doktor cakap ni penyakit kritikal dan peluang untuk  hidup adalah 50-50. Terdengar ini aku sudah mula risau dan mula cemas.

Bila tanya doktor agar berapa kos untuk merawat kucing aku, doktor cakap lebih kurang RM600. Disebabkan sayang dengan kucing itu, kami sekeluarga setuju untuk berkongsi kos itu.

Jadi tak terasa sangat mahalnya bila kos dikongsikan keluar oleh ahli sekeluarga. Kucing aku kena masuk wad lebih kurang seminggu. Lepas seminggu, aku sudah boleh bawa balik dia.

Lepas pulih daripada penyakit demam kuning tu, dia makin manja dengan kami sekeluarga. Hari-hari dia nak tidur dengan aku.

Jadi, kalau anda rasa ada yang tidak kena dengan kucing kesayangan anda tu, anda perlu berhati-hati dan selidiklah dia. Kalau anda nampak ada tanda-tanda bibir dia dengan kelopak mata dia berubah jadi kuning, memang sah dia terkena demam kuning tu.

Apa yang perlu anda buat adalah cepat-cepat bawa dia pergi ke hospital veterinary. Sebab apa yang aku dengar adalah kalau lambat bawa kucing pergi hospital veterinary untuk mendapatkan rawatan, kemungkinan untuk dia hidup adalah amat tipis. Kucing aku mungkin bernasib baik sebab aku hantar awal dan juga aku bagi dia minum air kelapa untuk buang bisa-bisa dalam badan dia tu.

Tanda-Tanda Kucing Terkena Demam Kuning

  • Jadi amat pasif dan langsung tak aktif
  • Suka duduk tempat yang gelap
  • Kelopak mata jadi kuning
  • Bibir jadi kuning

Cara Merawat Kucing Yang Terkena Demam Kuning

  • Bagi minum air kelapa sebanyak yang mungkin
  • Terus hantar pergi hospital veterinary. Yang ni penting. Jangan tunggu lagi dan anda perlu terus hantar dengan segera.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *