Antara YAMAHA Exciter 150, YAMAHA FZ150i Dan Jugak SUZUKI Belang 150R

Aku ni sebenarnya ada jugak teringin nak tukar motor baru. Bukan sebab apa, sebab motor aku ni dah lama sangat dah. Dah mula semput. Mana taknya, hari-hari redah Bukit Beruntung-KL, KL-Bukit Beruntung. Kalau naik unta ni, aku rasa dah nazak dah unta tu aku kerjakan. Dah nama Long Distance macam tu, tak mungkin aku bawak dengan penuh kesopanan dan ketatasusilaan kan? Dah tentu lah aku perah.

Aku sebenarnya dah mula jeling-jeling beberapa model motor yang bagi aku mungkin sedap dan ranum untuk dihenyak. Yamaha Exciter 150, Yamaha FZ150i dan jugak Suzuki Belang 150R. Ini tiga pilihan yang dah aku Shortlisted kan. Aku bukan tak pandang cc yang bawah daripada 150 ni, tapi disebabkan asal aku bawak RXZ dan jugak LC(sekarang), memang aku susah nak Downgrade pulak. Gilo apo. Ibarat dah biasa tunggang Cheetah, tapi tiba-tiba tunggang kijang. Memang terasa sangat dia punya perbezaan. Tak Feel nak pecut. Pakai LC ni pun sebenarnya aku tak berapa Feel time perah. Tak rasa ghairah macam mana aku perah RXZ dulu. Lagi-lagi RXZ tu 2 Stroke. Pergi macam hantu woo.

Ok, aku cuba buat beberapa perbandingan untuk aku jadikan rujukan aku nak beli nanti. Mungkin jugak korang sendiri boleh jadikan rujukan kalau nak beli motor bawah 200cc tapi sedap untuk Long Distance.

Credit – banh.vn

Motor Yamaha Exciter ni mungkin adik kepada Yamaha LC 135 sekarang ni. Kalau tak salah aku, mungkin bulan Mei ni akan keluar kat pasaran Malaysia.

Ok, motor ni memang Rare. Kalau 135LC pun dah sedap, apa lagi Exciter 150 ni. Memang sesuai untuk perjalanan jarak jauh dan sederhana sebab korang boleh pecut mungkin sampai 130km/j-140km/j . Ini mungkin. Sebab aku tak Test rembat lagi.

Dari segi rekabentuk, aku rasakan rekabentuk dia memang menarik dan boleh mencairkan ramai awek-awek rempit kat luar sana. Korang berhenti je kat Trafik Light, buat muka comel sikit, mesti jatuh air mata awek-awek rempit mengenangkan betapa bergayanya korang. Aku memang teringin pasang impian untuk sambar sebijik motor ni nanti. Baru lah kena dengan gaya aku yang memang luarbiasa kacaknya ni.

Dari segi kelajuan pulak, aku rasa memang dia memang laju dan paling penting kuasa pecutan a.k.a Pickup dia memang Power. Kalau LC pun bagi aku dah ok, ni kan pulak Exciter ni kan? Kalau lalu sebelah awek pakai Skirt tu, maunya tertanggal spender dia terus.

Korang rasa dah cukup hebat? Aku rasa belum lagi.

YAMAHA FZ150i

Credit – wemotor.com

Ni pun buat jiwa aku meronta-ronta. Tengok je lah rekabentuk dia. Mengancam. Seksi dan tegap. Macam badan aku yang sado ni.

Model ni baru je keluar kat pasaran. Aku minat pun salah satu sebabnya Cutting dia mirip dengan RXZ tapi lebih tegap dan besar. Cuma bunyi je lah tak semerdu bunyi ekzos RXZ.

Motor ni Fuel Injection. Kalau korang jalan jauh, sesuai sangat. Sebab ia jimat minyak. Tank dia pun besar. Sekali isi penuh, korang boleh henyak sampai 300km. Tak payah isi minyak berkali-kali kan.

Model ni memang menang tang gaya. Lagi-lagi bila si pemakainya mempunyai aura bintang yang tersohor macam aku. Pastinya akan buat awek-awek korporat dan anak-anak orang kaya akan jeling sikit kat korang. Jangan lupa pakai Rayband kalau tunggang motor ni. Ia akan buat korang lebih menonjol!

Cuma kekurangan dia, motor ni tak berapa laju walau 150cc. Motor ni dicipta kan lebih kepada perjalanan jarak jauh dan untuk menjimatkan minyak. Aku rasa senang-senang je Exciter 150 cucuk korang walau korang dah baring dan kulit muka berkocak-kocakan dek angin yang meniup muka korang.

Dan, tak sesuai untuk korang pergi kedai nak beli barang dapur. Sebabnya… Dia tak ada bakul untuk simpan barang.Nak letak baju hujan pun payah. Nak minum air sambil bawak motor pun payah. Korang kena berhenti dulu sambil keluarkan air dari beg korang. Takkan korang nak letak Box? Motor dah nampak ganas dan Sporty, tapi tetiba ada Box. Tak ke akan diejek oleh mat rempit-mat rempit yang lain.

SUZUKI BELANG 150R

Motor ni nampak pelik sikit kan? Macam seekor mentadak jantan gatal yang tengah gedik nak cari pasangan hidup. Tapi korang jangan pandang sebelah mata. Itu yang menjadikan ia unik. Tak sama macam model-model kapcai yang lain. Ini pun salah satu yang aku dok usyar-usyar sekarang ni. Sebab apa?

Mungkin dari segi rekabentuk, dia tak sekacak aku.. eh.. tak sekacak Exciter 150 dan jugak FZ150i, tapi dia sebenarnya ada kekuatan yang tersendiri.

Kalau korang tanya rata-rata manusia yang berkendakkan motor kapcai yang berprestasi tinggi, lasak, dan jugak power dah tentu dorang akan pilih Suzuki Belang 150R ni. Silap-silap Exciter 150 dengan FZ150i boleh kena tapau senang-senang je dengan Suzuki Belang ni. Dia 6 Speed dan jugak berteknologi DOHC. Siapa kaki rempit mesti tau benda ni. Jadi, dari segi kelajuan dan jugak prestasi, memang Suzuki Belang ni boleh terbaik. Boleh dikatakan antara motor kapcai 4 Stroke yang paling Power antara yang lain. Aku dengar 135LC pun tercicir kena dengan Belang ni. Hmm, lebih baik aku menjauhi penunggang-penunggang Belang ni. Boleh menangis aku kalau orang bagi aku makan debu jalan.

Motor ni memang sesuai untuk perjalanan jauh dan jugak sederhana. Ia memang sangat mudah dikendalikan sebab ringan dan Slim.

Cuma, kelemahan dia, nak jual balik nanti tak ada harga. Tulah kelemahan terbesar Suzuki. Jadi kena fikir masak-masak.

Leave a Reply