Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Anda Blogger, Anda Menulis Blog Untuk Siapa

Apabila datang kepada topik penulisan, kita perlu menulis untuk diri kita terlebih dahulu, kedua adalah pembaca blog dan yang ketiga adalah untuk pengiklan.

Asalnya saya hanya berkongsi perkara biasa dan blogging sebagai mengisi masa lapang. Menulis blog hanya sebagai sebuah diari harian tanpa memikirkan siapa yang membaca.

blogging

blogging

Secara sedikit demi sedikit, saya mula menulis sesuatu untuk berkongsi dengan orang lain dan semakin lama ianya menjadi hobi yang menarik dan blogging menjadi kerjaya kecil saya.

Menulis Untuk Diri Sendiri

Menulis untuk diri sendiri perlu bijak. Tulis sesuatu yang menarik dibaca dan realiti bukan cliche atau yang membosankan.

Dengan meletakkan diri kita yang pertama, dapat memberi kepuasan dengan hasil artikel yang kita tulis. Kita tidak akan dapat menulis dengan baik sekiranya kita menulis untuk orang lain atau kerana terpaksa.

Dalam penulisan, kita perlu ada rasa seronok untuk menulis. Ini adalah blog kita, laman kita, perkataan kita dan kita harus ingat, menulis apa yang boleh membuatkan kita gembira dan bangga.

Didalam blog ini, cara penulisan saya lebih gemar menggunakan Bahasa Malaysia penuh, agak tertiblah juga tetapi santai. Sebabnya saya mahu informasi yang ditulis selesa dibaca.

Kita dapat lihat perubahan yang ketara sekarang, ramai blogger yang mula menulis menggunakan Bahasa Malaysia penuh, tidak seperti dahulu yang kadang-kadang susah nak faham bahasa yang mereka gunakan.

Menulis Untuk Pembaca

Dua tiga kali anda menulis sesuatu yang tidak mempunyai makna. Tidak mustahil pembaca akan lari dan tidak akan masuk ke blog kita lagi.

Tanpa pembaca juga tiada gunanya. Harus juga memastikan pembaca selesa dan suka dengan apa yang kita tulis. Disamping itu mesej atau informasi yang kita tulis sampai kepada pembaca.

Menulis Untuk Pengiklan

Saya berpeluang bekerja dengan beberapa syarikat dan individu. Dari situ saya banyak belajar untuk menulis dengan lebih baik.

Memang agak lumayan menulis review dan advertorial ni. Kita dibayar untuk tujuan promosi atau perkongsian.

Tetapi sebaiknya tidak main tangkap muat sahaja, terlebih dahulu kita harus memilih dengan teliti, menyemak produk yang dipercaya, sahih, halal dan tidak memudaratkan pengguna.

Tugas sebagai penyampai maklumat amat berat. Salah memilih boleh memudaratkan ramai orang dan diri kita sendiri. Selalunya saya akan menolak dengan memberi alasan yang munasabah supaya pengiklan tidak berkecil hati.

Hubungan antara pengiklan juga harus kita jaga. Ini melibatkan nama baik pemilik blog juga.

Bagaimana Jika Ingin Menulis Niche Berlainan

Kadang-kadang menulis dengan satu niche membosankan juga.

Contoh; niche blogging, walaupun niche blogging ini besar tetapi kaitan tu tetap sama. Lebih-lebih lagi saya ni tidak suka menulis topik yang sama berulang kali.

Berikut adalah tiga perkara yang saya lakukan untuk mula menulis niche berlainan.

Menjadi Penulis Jemputan

Tentunya anda mempunyai rakan dikalangan blogger. Anda boleh cuba menjadi penulis jemputan mengikut niche blog rakan blogger anda.

Saya pernah menjadi penulis jemputan di beberapa blog rakan bloggers. Cara begini bukan sahaja saya boleh menulis sesuatu yang baru tetapi juga mempunyai peluang untuk mendedahkan blog.

Kita juga dapat melihat skop pembaca yang berbeza di blog orang lain. Faedah lain, Google suka pautan balik dari blog yang mempunyai authoriti tinggi.

Kebanyakkan blog luar sudah lama bergerak aktif membuat laman untuk penulis jemputan ini. Malah di Malaysia juga.

Memberi Peluang Penulis Jemputan Di Blog Sendiri

Anda boleh juga membuka ruang penulis jemputan di blog anda. Ini satu aktiviti yang bagus untuk blog. Disamping kita juga mendapat informasi berguna perkongsian dari penulis jemputan.

Sekurang-kurang ada cara penulisan yang berbeza-beza di blog anda. Pembaca juga tidak akan merasa bosan.

Membuka Blog Niche

Rata-rata blogger di Malaysia ni mempunyai lebih dari satu blog. Saya sendiri juga mempunyai blog yang lain.

Buka satu blog niche yang baru dan berbeza dengan yang sedia ada. Ikut kemampuan anda, jika banyak blog tetapi tidak terurus susah juga.

Apa yang penting jangan ikut orang, menulis ikut kemahiran yang kita ada. Kita tidak akan tertekan dan rasa terpaksa.

Jangan menulis sesuatu yang anda tidak pasti dan tidak sahih, ini boleh memakan diri anda sendiri.

Pelbagaikan Topik Artikel

Setiap kali menulis blog kita sering berfikir topik atau tajuk yang perlu ditulis dan diberikan tumpuan. Selalunya ia menjadi satu cabaran untuk seimbangkan keinginan kita sendiri dengan apa yang dikehendaki oleh pembaca atau mengikut isu semasa.

Saya juga ada beberapa kali menulis niche education didalam blog Bahasa Inggeris. Sedangkan itu bukan bidang saya, tetapi saya mencuba sebaik mungkin untuk melihat sejauh mana kebolehan menulis yang ada.

Banyakkan membaca, bukan semata-mata membaca tetapi memahami isi butir kandungan yang anda baca. Dengan cara begitu dengan mudah kita mendapat idea menulis untuk artikel yang pelbagai.

Bagaimanapun, penulisan kita haruslah relevan, berhemah dan kreatif. Salah satu perkara yang terbaik yang boleh kita lakukan sebagai penulis adalah untuk menambah dan pelbagaikan sebanyak boleh cara penulisan yang sesuai.

Kini tiba giliran anda pula, apa topik lain yang anda ingin tulis? Dan jika anda menulis di luar niche blog anda, bagaimana anda ingin melakukannya?

Entri kaitan:
3 peringkat blog: blog anda di mana?

Leave a Reply