Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Anak Bukannya Untuk Didera

Sayang anak ditangan-tangankan, bukannya didera. Begitulah berita terbaru tentang 3 beradik didera oleh ibu kandung dan bapa tirinya. Anak-anak malang itu didera, dikurung, dicucuh api rokok dan disimbah dengan air panas.

kanak didera

kanak didera

Ya Allah… Memang zalim sungguh.

Kasihan betul tengok keadaan mereka. Salah seorang daripada kanak-kanak malang tu kedua-dua kaki dan badan melecur teruk.

Banyak kes penderaan mental dan fizikal terhadap kanak-kanak sekarang ni.

Saya tak faham apa perasaan orang yang melakukan penderaan ni. Tidak ada langsung ke perasaan kasihan dan sayang terhadap kanak-kanak yang didera tu.

Yang menyakitkan hati, pelakunya adalah orang melayu. Mana letak akal, agama dan fikiran mereka sebagai manusia yang waras.

Memanglah kadang-kadang kita sebagai ibu bapa naik angin juga dengan kenakalan anak-anak kita. Walau senakal manapun takkan sampai pukul dan dera macam tu sekali.

Saya cukup geram bila baca atau tengok kes sebegini. Hati saya cepat tersentuh dan tak sanggup nak tengok keadaan kanak-kanak yang didera ni.

Pengalaman Melihat Kes Penderaan

Saya pernah lihat kes penderaan didepan mata saya sendiri. Kes ini berlaku dikawasan kejiranan saya semasa saya masih di tingkatan satu.

Ada sebuah keluarga rakan saya mengambil upah menjaga anak orang.

Saya selalu perhatikan budak-budak jagaan jiran saya itu tidak dijaga dengan baik; diherdik dan dipukul tanpa belas kasihan.

Kadang-kadang hanya hal kecil sahaja, tapi dipukul macam buat salah besar sangat.

Dalam banyak-banyak budak yang jiran saya jaga tu, ada seorang budak kecil yang baru berumur 1 tahun.

Budaknya memang comel. Saya selalu main dengan dia, bawa pergi jalan-jalan dan bawa balik kerumah saya. Saya masih ingat lagi nama budak tu, dah besar agaknya dia sekarangkan ??

Seingat saya budak tu anak angkat seorang jururawat yang bekerja di Hospital Universiti. Yang sedihnya budak tu paling selalu kena dera.

Satu hari saya ternampak lagi budak tu dipukul dengan teruk, ditampar dan dilempar ke lantai. Saya yang kebetulan ada disitu terkejut tengok budak tu diperlaku sebegitu.

Sampaikan saya bertekak dengan jiran saya tu. Saya ugut dia, kalau dia pukul lagi saya akan bagitahu ibubapa budak ni.

Dia berhenti tapi mulut tak berhenti maki hamun saya. Nasib baik saya budak lagi kalau dah besar mahunya saya tumbuk sahaja mak cik tu.

Saya terus bawa adik tu lari balik kerumah saya. Tersedu-sedu adik tu menangis dan menahan sakit. Sedih saya bila lihat dia seperti takut sangat dan asyik peluk saya macam tak mahu lepaskan saya.

Saya ingat lagi saya mengadu dengan arwah mak saya, kononnya nak suruh mak saya jaga dan jangan bagi jiran saya tu jaga lagi.

Mak saya ada pesan “jangan campur hal orang”.

Yang peliknya jiran saya tu buat tak tahu sahaja budak tu kat rumah saya. Tak ambil kisah langsung. Bila dah lama sikit baru saya hantar balik.

Selang beberapa hari saya tak nampak lagi budak tu. Agaknya arwah mak saya bagitahu ibubapa dia kot.

Dan sejak itu jugalah jiran saya tu tak bertegur sapa dengan arwah mak saya. Lantaklah dia nak benci saya dan keluarga saya pun, makin lama budak tu tinggal disitu makin teruk lagi nanti dideranya.

Nasib baik tak lama selepas tu, arwah mak saya membeli rumah di Wangsa Maju. Jadi kami pindah kesana dan tidak pernah tahu apa yang jadi dengan jiran saya tu.

Harap-harap dia berubahlah.

Peranan Masyarakat

Kisah itu saya masih ingat sampai sekarang. Sejak itulah saya mula tak boleh tengok langsung kanak-kanak kena pukul. Saya jadi fobia, sedih hati dan perasaan hiba tu tinggi sangat.

Kadang-kadang bila tengok anak buah saya Adam kena cubit sikit dengan mummy dia sebab nakal sangat pun saya sedih…

Cepat-cepat saya bawa dia lari huhu.

Tu ada pepatah melayu berkata “Sayang Anak Ditangan-tangankan, Sayang Isteri Dimadu-madukan” erkkk… Pepatah penyambung yang belakang tu jangan pakai ya huhu.

Kita jangan duduk diam atau buat tidak tahu jika kita melihat kejadian seperti ini. Kalau nampak kes penderaan sebegini, serta merta buat report dan jangan ada rasa takut.

Bukan nak jaga tepi kain orang, tapi supaya hal begini kita dapat cegah dan tidak berulang lagi. Biar bagi pengajaran kepada orang yang melakukan penderaan tu.

Dalam hidup bermasyarakat, kita kena peka dengan persekitaran kita. Zaman sekarang manusia suka buat hal sendiri. Kadang-kadang jiran sebelah rumah pun kita tak kenal.

Saya sendiri pun tidak kenal jiran saya. Tetapi kalau saya nampak kes dera sebegini berlaku, saya memang saya tidak akan duduk diam sahaja.

Anak Harta Paling Berharga

Ada pasangan yang mahu anak tetapi tidak memilikinya. Ada pasangan yang mudah mendapat anak tetapi tidak dijaga dengan baik.

Kalau rasa anak tu menyusahkan atau tidak mahu menjaganya; janganlah didera sebegitu, berikan pada orang yang benar-benar memerlukan dan boleh beri kasih sayang.

Kepada ibubapa yang menghantar anak ke nursery atau tinggalkan kepada pembantu rumah, janganlah bagi 100% kepercayaan kepada mereka, sentiasa pantau.

Pernah terjadi kepada rakan saya kehilangan anak kesayangan beliau akibat tersedak susu ketika dibawah jagaan nursery.

Anak adalah ciptaan Allah SWT yang paling sempurna dan paling berharga. Cuba kita lihat bayi yang baru lahir, bersih dan comel sangatkan.

Kita cuma perlu curahkan kasih sayang sepenuhnya sahaja. Itulah nyawa kita, itulah harta kita. Jadi, kita jagalah sebaik-baiknya.

Sekiranya korang prihatin dan dengan hati yang ikhlas tulislah satu artikel “Mencegah penderaan terhadap kanak-kanak” ni di blog korang.

Semoga penyebaran kita ini menyedarkan si pelaku yang zalim diluar sana.

Leave a Reply