free
web stats

Akhirnya Tukar Theme Blog Baru, Semangat Lain Sikit

Alhamdulillah… blog saya dah bertukar wajah. Theme dan setting semua dah baru. Harap-harap mesra alamlah blog ini nanti selepas tukar theme baru.

I Love WordPress

I Love WordPress

Cantik tak Theme WordPress baru ni? Kalau cantik angguk kepala ya, kalau tak cantik diam sahaja haha. Lama juga saya ambil masa untuk tukar theme blog ini. Mengambil masa empat (4) tahun jugalah.

Sayang sangat Theme lama tu sebab custom made menggunakan Thesis Framework. Theme custom made ini, value dia lain sikit kerana ia hasil tangan sendiri bukan beli dari pereka theme professional.

Theme lama saya adalah hadiah dari rakan saya Azuan Razi. Begitu juga theme baru ini masih menggunakan sentuhan dari Azuan Razi. Saya bukan pandai sangat nak setting theme ni. Kalau saya buat sendiri silap haribulan tonggang terbalik blog ni nanti.

Dari segi design, macam lebih kurang sama dengan theme Thesis yang saya gunakan sebelum ini. Cuma ada sedikit pengubahsuaian dan penambahbaikkan.

Azuan Razi kira pakar servis blog dan design blog juga cuma dia tidak buat servis untuk blogger.

Baru-baru ini entah kenapa datang angin rajin, dia ada offer servis percuma untuk blogger. Hendak asah balik skill yang dah berkarat tu kot haha. Kepada yang tidak berapa pandai tentang servis blog, jangan lepaskan peluang abang Azuan Razi tengah mood baik tu hendak bagi percuma sahaja hehe.

Oh ya, servis percuma tu tertakluk kepada terma dan syarat. Tapi dia offer utk blogger perempuan sahaja!

Tentang theme blog, saya bukan jenis suka tukar theme selalu. Banyak sebab yang diambil kira. Lagi satu saya ni cerewet sikit memilih theme.

Konsep yang saya pilih berkenaan Theme WordPress ni mestilah nampak kemas! Design modern dan tampak profesional. Theme juga mestilah responsive dan loading laju. Maklumlah, sekarang ni ramai yang browse blog guna SmartPhone. Nanti dalam seminggu, barulah pasang balik plugin W3Total Cache untuk tambahkan lagi speed loading.

Ingat hendak guna thesis, tapi bukan senang nak buat, ambil masa juga untuk customade. Genesis pula saya dah cuba pakai di blog yang lain. Saya tak berapa suka features Genesis, rasa macam tak best, jangan marah ya peminat Genesis hoho.

Tapi, kedua-dua Framework Thesis dan Genesis masih lagi terbaik dan ramai blogger menggunakannya.

Rasanya ada beratus dah Theme WordPress premium yang saya tengok. Tidak ada satu pun menawan hati saya lagi, sehinggalah terjumpa theme premium ini.

wordpress pumpkin

wordpress pumpkin

Ciri-ciri Theme Baru Ini

Saya cerita sedikit ciri-ciri theme WordPress premium baru blog saya ni.

  • Theme premium ini adalah profesional WordPress theme untuk blog atau magazine yang diubahsuai oleh Azuan Razi.
  • Sesuai untuk personal blog, niche blog, corporate blog, marketing blog, authority blog atau apa-apa jenis blog kreatif atau blog magazine.
  • Sebuah theme multi-purpose juga. Reka bentuk moden, responsive, typografi yang lebih fokus kepada pembacaan.
  • Saya suka theme yang fokus kepada kekemasan, terang dan mudah untuk dibaca.
  • Tersedia juga ciri-ciri SEO dan yang paling utama fast loading dan mempunyai ciri-ciri keselamatan.
  • Theme Option yang mempunyai pelbagai features.

Satu lagi, saya tidak berapa suka theme yang nampak sama dengan blog lain. Kalau boleh biarlah lain dari yang lain, baru best nak berblogging hehe.

Beribu theme yang anda boleh pilih, takkan nak yang sama juga dengan theme blogger lainkan. Pemilihan theme ini penting juga. Memainkan peranan untuk melancarkan blog. Bukan setakat pandangan luaran untuk keselesaan pembaca sahaja.

Sebolehnya jangan ikut orang. Jika tidak ianya seperti tiada originality, ibarat seperti kita copy. Ikut keselesaan kita dan sedap mata memandang.

Yang paling utama lihat dahulu ciri-ciri yang disediakan. Cantik sahaja tidak berguna jika banyak kekurangan dalaman. Perlu ada ciri-ciri yang loading yang cepat, mudah, responsive, selamat, moden design dan banyak lagi yang perlu diberi perhatian.

Apa yang saya mahu ada dalam Theme premium baru ini. Apabila lihat sahaja live preview, hati terus berkenan. Pada saya ianya terbaik dan sedap mata memandang. Tak tahulah dimata korang huhu.

Harap-harap ramai yang suka dan memudahkan pembaca setia blog saya. Jika ada kekurangan bagitahu sahaja nanti ya. Kepada semua pembaca dan rakan bloggers…

Selamat Datang Ke Blog lizarazak.com Berwajah Baru

*Gambar yang dekat entri lama tak berapa kemas sebab saiz kecil, kesilapan masa awal-awal dulu. Jadi, kalau nak betulkan semua gambar memang makan masa. Biar jerlah dulu…

**Theme Thesis masih terbaik. Dia punya Framework memang sesuai utk Advanced User. Fahami kod-kod, In Syaa Allah boleh design macam-macam theme dengan Framework Thesis. Tunggu Thesis Version 3.0 pula tengok macam mana nanti.

Baca juga:
Review Ikhlas Untuk Yes 4G

Leave a Reply