free
web stats

Agro Farmstay Tarikan Baru Tempat Pelancongan Di Melaka

Perkataan “agro“, “farm” dan “stay” sememangnya merupakan perkataan biasa yang selalu kita guna dan dengar, tetapi jika digabungkan ketiga-tiganya menjadi Agro Farmstay, mungkin kita jarang dengar dengan perkataan ini lagi.

Jadi, hari ini saya nak bongkarkan kepada anda semua tentang apa itu Agro Farmstay dan apa yang menariknya tentang Agro FarmStay ni. Dalam artikel ini juga saya akan kongsikan serba sedikit pengalaman yang saya ada semasa bercuti dengan ahli keluarga saya di Agro FarmStay.

Agro Farmstay Melaka

Tempat Pelancongan Yang Agak Unik

Agro FarmStay ni boleh dikategorikan sebagai sebuah tempat pelancongan yang agak unik dan menarik. Ia merupakan satu tempat yang terletak di Durian Tunggal, Melaka.

Kawasan ini mempunyai keluasan tanah lebih kurang 30 ekar yang akan membuatkan pengunjung tidak jemu berada di sini kerana kawasan yang dimiliki oleh pemilik di sini dipenuhi dengan tumbuhan hijau beraneka jenis. Di samping itu, boleh juga anda dapati bahawa terdapat haiwan-haiwan ternakan dan haiwan unik seperti lembu, ayam kapan, burung merak, landak, kuda, arnab, itik dan banyak lagi.

Penginapan Yang Seronok dan Selesa

Penginapannya pula memang tip top!! Saya dan suami saya ditempatkan di Villa bersama beberapa kawan-kawan yang lain. Susun atur yang sangat menarik dengan hiasan perabot kayu jati memang memberikan ketenangan kepada kami.

Villa yang disediakan mempunyai pelbagai kelengkapan asas seperti dapur, peti sejuk, seterika, microwave, TV yang dilengkapi dengan Astro pakej penuh dan banyak lagi. Jadi, kalau nak masak pun memang tidak jadi masalah langsung.

haiwan eksotik

Antara haiwan eksotik yang terdapat di Agro Farmstay!

Sepanjang percutian kami berada di Agro FarmStay adalah selama 2 hari 2 malam. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah kami lakukan.

lembu yang banyak

Banyak Aktiviti Yang Boleh Lakukan Di Sini

Apa yang menariknya adalah semua kelengkapan untuk aktiviti disediakan oleh pihak Agro FarmStay. Di antara aktiviti yang kami sempat lakukan semasa hari pertama adalah sukaneka yang melibatkan beberapa permainan “lejen” seperti boling kelapa, tiup belon sampai pecah, kepit buah kelapa, tiup tepung, baling belon berisi air dan banyak lagi!

Di sebelah petang pula, kami dibawa melawat sekitar kawasan Agro FarmStay. Rupa-rupanya banyak lagi kemudahan yang saya tidak tahu yang berada di Agro FarmStay ni seperti bilik karaoke, Surau terapung, bilik meeting, kolam renang dan banyak lagi!

swimming pool

Swimming pool melengkapkan lagi percutian di sini! Amat seronok sekali!

Untuk pengetahuan umum, di Agro FarmStay terdapat 2 buah dewan iaitu dewan terbuka dan dewan tertutup yang boleh memuatkan 70 orang dalam satu-satu masa, terdapat bilik berkembar, bilik 8 katil (Dorm), chalets, bilik latihan, kelengkapan audio visual dan banyak lagi. Senang cerita memang serba lengkap la di Agro FarmStay ni kalau nak lakukan apa-apa aktiviti.

kayak sampan

Kayak dan naik sampan. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di tasik.

Di Agro FarmStay ini juga terdapat beberapa buah kolam/tasik yang mana salah satunya dijadikan tempat rekreasi. Kelengkapan seperti kayak dan juga bot disediakan kepada pengunjung yang hadir. Di tasik itu juga dibenarkan untuk memancing ikan kerana terdapat banyak ikan-ikan air tawar.

Cumanya, peralatan pancing kena lah bawa sendiri. Di tasik ini juga selalu diadakan aktiviti “water confident” yang mana ianya dikendalikan oleh staf berpengalaman dan berkelayakan dari Agro FarmStay.

Rekomendasi – Agro FarmStay sememangnya tempat yang sangat menarik dan mempunyai kelainan tersendiri. Di sini sesuai untuk mengadakan aktiviti seperti Program Motivasi, Kem Jati Diri, Team Building, Hari Keluarga atau tempat percutian berkumpulan.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi:

AgroFarmStay @ Skill-Tech
Lot 453, Batu 13, Jalan Tebong Machap
Durian Tunggal, Melaka

En. Bari – 012-211 8246
Facebook : https://www.facebook.com/agrofarmstay (tengok banyak lagi gambar menarik disini)
Website : http://agrofarmstay.my/ (rujuk sini untuk keterangan lanjut)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *