free
web stats

9 Tips Untuk Pemakai Cermin Mata

Orang yang memakai cermin mata selalunya menghadapi masalah yang tidak dihadapi mereka yang memiliki penglihatan sempurna. Contohnya masalah cermin berkabus, berminyak dan penglihatan yang kabur apabila sedang mandi.

Walaupun cermin mata mempunyai manfaat tetapi ia juga boleh menjadi beban kepada kehidupan harian si pemakainya.

Ya, memang leceh..

pemakai cermin mata

pemakai cermin mata

Dengan penjagaan yang baik, hayat cermin mata juga mampu bertahan lama. Jadi taklah asyik tukar cermin mata baru saja.

Mujur, terdapat beberapa tips dan petua untuk meminimumkan masalah-masalah ini..

Jom kita baca tips sempoi yang boleh membantu mereka yang bermata empat:

1. Tampal pelekat ‘glow in the dark’ pada bekas cermin mata korang bagi memudahkan mencarinya di dalam gelap.

2. Ubah suai fon kepala dengan lapisan span agar tidak terlalu ketat dan lebih selesa headphone.

cm2

3. Lilitkan getah pada botol syampu agar dapat membezakan dengan bahan mandian yang lain. Nanti tersilap guna sabun pulak kat rambut.

botol shampoo

4. Kain microfiber adalah fabrik terbaik untuk memngelap cermin mata. Pastikan mereka ada di mana-mana, dan basuh dengan kerap.

kain microfiber

5. Kaca mata jenis ini mungkin nampak selekeh.. Tapi ianya murah dan boleh dipakai bersama cermin mata anda. Sesuai untuk aktiviti luar seperti di pantai dan bila korang tak mampu beli sunglasses Ray Ban original..

ray ban

6. Laraskan pad hidung dengan meletakkan cermin mata korang di atas permukaan yang rata supaya anda boleh melihat keselariannya antara satu sama lain.

pad hidung

7. Cermin mata korang hilang dan sukar dicari? Bagi mereka yang rabun dekat boleh menggunakan kamera telefon untuk melihat dengan lebih jelas.

phone skrin

8. Gunakan cecair pencuci pinggan mangkuk untuk mencuci cermin mata korang. Elak dari menggunakan pencuci yang mengandungi alkohol, cuka, ammonia dan peluntur. Mereka boleh menghakis lapisan coating cermin mata anda.

dish wash

9. Elakkan menanggalkan kaca mata dengan menggunakan sebelah tangan. Ia mungkin akan menyebabkan kaca mata menjadi longgar ataupun patah. Sebaliknya, gunakan kedua-dua tangan bagi mengelakkan kerosakan pada bingkai dan lensa

Leave a Reply