free
web stats

9 Perkara Yang Paling Berbaloi Dibuat Sebelum Ketibaan SST

Walaupun langkah pemansuhan goods and services tax(GST) dikatakan sebagai langkah persediaan bagi pengenalan sistem pencukaian sales and services tax(SST) yang bakal diwujudkan pada 1hb September yang akan datang.

Sistem baharu masih lama di belakang dan kini, dalam 3 bulan ini, sepatutnya menjadi masa untuk kita kesenangan dan kebaikan hidup yang seumpama masa berbulan madu dengan zon masa 0% GST ini.

zero gst
zero gst

Genggamlah Peluang Keemasan dalam Pembelian Kereta Dengan Harga Lebih Rendah

Untuk pengetahuan anda, kebanyakan peniaga kereta telah menurunkan harga jualan kenderaan demi menarik perhatian pengguna.

Pengguna bukan sahaja dapat membeli kereta yang sesuai dengan bajet mereka, malah turut dapat meringankan poket dengan penjimatan beribu-ribu ringgit. Contohnya, rata-ratanya setiap model keluaran Perodua telah murah sebanyak 5.6% daripada harga jualan semasa GST.

Menurut Pengerusi Persatuan Industri Automobil(FMCCAM)Datuk Tony Khor Chong Boon, harga kereta terpakai turut akan menjadi lebih murah.

1. Inginkah anda membeli kereta?

beli kereta

Jadi ini adalah masa yang amat baik untuk anda beli atau bertukar kereta sekiranya anda sedang bercadang untuk membuat demikian. Sebab dengan ketiadaan sebarangan tax, anda akan dapat jimat dengan banyak.

Harga jualan kereta terbaru Toyota (0%GST) yang telah disenaraikan turn harga sebanyak RM30 ribu.

Harga jualan Honda (0%GST) City RM68 ribu, HR-V RM89 ribu, manakala Civic, hanya RM103 ribu diperlukan.

Perodua turut tiada GST dan anda akan dapat jimat GST yang dikenakan ke atas harga kereta Perodua sebelum ini.

2. “Selama ini, inginku makan makanan restoran…”

restoran

GST diturunkan sebanyak 6% dan kebanyakan restoran telah pun mula menukar harga jualan masing-masing, ini merupakan berita baik dan peluang keemasan bagi mereka yang kuat atau suka makan.

Banyak restoran akan caj dengan kurang sebab tiada GST dan anda akan dapat menikmatan makanan di restoran kegemaran anda dengan harga yang lebih rendah. Maka jangan lepaskan peluang ini dan pergilah makan di restoran kegemaran anda sekarang.

Cuma ingat jangan makan terlalu banyak di mana nanti badan jadi gemuk dan perlu fikir untuk turunkan berat badan pula.

3. Beli tiket wayang untuk filem terbaru

tiket wayang

Dalam masa tiada GST dan SST, harga filem wayang juga akan turut menjadi lebih murah. Jadi jikan anda ingin dapatkan dirimu masa eksklusif untuk tonton filem yang anda suka, inilah masa yang paling baik untuk anda tonton wayang.

Terdapat 14 buah filem yang tertunggu-tunggu untuk menceriakanmu pada bulan Jun! Antaranya termasuk Jurassic World dan filem aksi Donny Yan. Banyak filem-filem hebat yang sedang tunggu anda di panggung wayang.

4. Jayakan semua transaksi perbankan

transaksi perbankan

Berita baik! Seluruh bank dalam negara Malaysia sedang melaksanakan servis dan produk kewangan dengan kadar 0% GST. Oleh itu, bukannya alasan lagi bagi anda membayar semua bil-bil anda buat masa ini.

5. Beli handset baharu

handset baru

Adakah anda ingin memberikan diri anda satu telefon pintar baru? Adakah anda ingin tukar telefon pintar yang terbaru tetapi tidak mempunyai duit yang cukup. Sekarang, tanpa GST, anda tunggu apa lagi, inilah masa yang paling sesuai untuk anda pergi pilih telefon pintar kegemaran anda dan angkat balik rumah!

Boleh anda semak dengan kedai-kedai menjual telefon atau buat semakan secara online unutk mendapati harga telefon pintar terbaru, Dengan itu adalah senang untuk anda tahu mana tempat yang jual phone dengan harga yang lebih murah dan anda boleh terus beli dari kedai atau buat tempahan secara online.

6. Turut merupakan masa yang paling sesuai untukmu berhenti merokok

berhenti merokok

Walaupun kebanyakan barang telah mengalami penurunan harga, Kementerian Kesihatan Malaysia tetap kekalkan harga pasaran rokok. Ini mungkin merupakan berita yang kurang baik bagi perokok di Malaysia.

“Kami tidak akan turunkan harga rokok, ini merupakan sebahagian daripada janji kami, supaya harga ini menjadikan salah satu sebab rakyat berhenti merokok.” kata Menteri Kesihatan Malaysia Dr Dzulkefly Ahmad semasa sesi temu bual dengan wartawan akhbar ‘Star’

7. Membekalkan rumah anda ubat-ubatan yang diperlukan

ubat-ubatan

Sejak GST diturunkan sehingga 0%, farmasi-farmasi tempatan turut turunkan harga barangan masing-masing. Diimbas kembali ke fasa awal perlaksanaan GST, kebanyakan orang berpendapat bahawa GST tidak akan banyak mempengaruhi bidang perjagaan kesihatan (healthcare). Namun hakikatnya, impak GST amat ketara dalam bidang ini, khususnya terhadap ubat-ubatan mahupun peralatan perubatan.

8. Dapatkan diri anda pakej data mobil yang paling baik

pakej data mobile

Kebanyakan syarikat pembekal talian telefon mudah alih telah mengumumkan bahawa mereka akan menurunkan harga pakej. Oleh itu, anda hanya perlu bijak memilih pakej data yang paling berbaloi.

9. Menambah aset hartanah

aset hartanah

Semasa menerima temu bual akhbar StarBizWeek,KPMG BERPENDAPAT bahawa harga rumah baharu dijangka turun akibat harga perkhidmatan pembinaan dan bahan pembinaan yang bebas daripada GST.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *