8 Tempat Makan Menarik di Melaka

Sebelum kita memasuki bab tempat makan menarik di Melaka ini, jom kita ambil tahu serba-sedikit tentang negeri ini. Kebanyakan negeri dalam Malaysia mempunyai pelbagai panggilan atau gelaran rasmi berawalkan Darul, seperti Terengganu Darul Iman. Namun, Melaka antara salah satu negeri yang tiada panggilan sedemikian kerana ketiadaan raja negeri. Ia mendapat gelaran rasmi sebagai Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah kerana sememangnya ia adalah tempat bersejarah di Malaysia.

tempat makan menarik di melaka

tempat makan menarik di melaka

Kedudukan Strategik

Melaka dahulu adalah sebuah kerajaan yang sangat berkuasa di sekitar Asia Tenggara waktu itu oleh kerana kedudukan strategiknya menjadi laluan pedagang-pedagang dari barat dan timur. Ketika itu, Kesultanan Melayu Melaka masih wujud namun musnah akibat daripada tawanan tentera Portugis. Akibat lama dijajah Portugis, kebanyakan masakan di Melaka juga banyak mendapat pengaruh makanan Portugis. Banyak juga masakan asli yang diubah untuk mengikut selera mereka. Melaka juga banyak pengaruh lain seperti daripada China, sehingga terbentuk satu komuniti yang dipanggil Baba Nyonya. Kepelbagaian pengaruh ini membawa kepada kepelbagaian variasi masakan di Melaka.

Dalam artikel ini, saya akan memperkenalkan anda semua dengan beberapa tempat makan menarik di Melaka yang sedang hangat di pasaran sekarang ini. Daripada tempat yang menyediakan masakan Melayu sehinggalah ke masakan Barat.

Kenalilah Tempat Makan Menarik di Melaka

1. Roti Canai Kayu Arang

Di Kampung Bakar Batu ada sebuah warung yang dibuka seawal jam 7 pagi, sesuai untuk mereka yang suka bangun awal. Warung ini yang dikenali sebagai Kedai Roti Canai Kayu Arang adalah salah satu tempat makan menarik di Melaka mestilah kerana penggunaan arang yang sudah jarang digunakan masyarakat kita sekarang. Menu yang anda wajib cuba ialah Roti Canai Nanchos dan Roti Tampal Dangdut. Selain itu, mereka juga menjual kuih dan juga sarapan lain yang biasa kita dapati di Malaysia seperti nasi lemak dan bihun.

roti canai warung

roti canai warung

2. Qasreena Café

Qasreena Cafe

Qasreena Cafe

Qasreena Café seperti kebanyakan restoran lain di Melaka, menjual juadah masakan yang pelbagai termasuklah masakan asam pedas yang menjadi satu keunikan buat negeri Melaka. Tetapi, satu hal yang membuat restoran ini viral ialah kerana nama menu hidangannya yang luar biasa mencuit hati. Salah satu hidangannya yang paling diminati ialah Mi racun. MI racun ini tidaklah beracun, cumanya ia hiperbola pada tahap kepedasan mi sup itu, tetapi masih sedap dan tentunya boleh dimakan.

3. Cendol Bakar

cendor bakar

cendor bakar

Sudah penat seharian, pastinya anda inginkan sesuatu yang sejuk dan manis untuk mengembalikan semula tenaga anda. Cendol Bakar agak viral di Melaka mungkin kerana ramai tertarik dengan nama warung tersebut. Namun Bakar disitu merujuk kepada nama pemilik bukannya kerana cendol itu dibakar. Yang paling laris disitu ialah Cendol Pulut Durian.

4. Big Bowl Ice

big bowl ice

big bowl ice

Seterusnya, jika anda inginkan sesuatu yang seperti cendol tetapi bukan cendol, maka silalah ke Big Bowl Ice. Anda pasti akan terliur melihat bagaimana ia dihidangkan. Bagi muslim, jangan risau kerana kedai ini mempunyai sijil halal.

5. Jonker Street

Jonker Street

Jonker Street

Sekiranya anda seorang peminat pasar malam, jangan risau, Melaka pun mestilah ada. Pasar malam yang dikatakan terbesar di Melaka ialah di Jonker Street. Pasar malam ini lebih berkonsepkan ”Chinatown” di mana agak sukar mencari penjaja makanan halal. Jika anda muslim, anda masih ada sesuatu yang boleh dibuat di sini memandangkan suasananya dan kecantikannya yang terjaga kerana terletak di kawasan Tapak Warisan Dunia UNESCO sangat berbaloi untuk dijadikan kenangan.

6. Ikan Bakar Umbai

ikan bakar umbai

ikan bakar umbai

Umbai adalah satu mukim di Melaka yang terletak berhampiran muara Tidak sah jika anda ke Melaka tetapi tidak pekena ikan bakar Umbai. Saya rekemenkan anda kedai Ikan Bakar Parameswara, terletak betul-betul di hujung muara yang sememangnya cantik permandangannya.

7. Restoran Mee Besen

Restoran mee besen

Restoran mee besen

Jika anda mencari tempat makan yang sedap lagi bajet, Restoran Mee Besen adalah destinasi anda. Tidak sekadar gimik, mee sup yang disediakan benar-benar dihidang dalam besen. Besen paling kecil senormalnya boleh dikongsi seramai 4 orang (berselera insan biasa) dan hanya berharga RM6.00!

8. Bebola Nasi Ayam

bebola nasi ayam

bebola nasi ayam

Menu yang terakhir, yang akan saya kongsikan dengan anda tentang tempat makan menarik di Melaka ialah tak lain tak bukan nasi ayam. Hanya di Taman Melaka Raya anda akan dapat halal bebola nasi ayam. Menarik, bukan?

Selain dari Melaka, anda mesti juga ingin tahu apa makanan yang sedap di lain tempat. Boleh anda rujuk artikel selanjutnya untuk mengetahui tempat makan menarik di Penang.

Comments (2)

  1. sop May 17, 2018
  2. Zumal May 20, 2018

Leave a Reply