free
web stats

7 Tips Beli Kereta Terpakai

Adakah anda pakar atau tahu bagaimana cara untuk membeli kereta terpakai? Jika tidak, di sini saya ingin memberikan sedikit perkongsian mengenai panduan membeli kereta terpakai (used car buying tips).

Kereta terpakai atau lebih popular dengan sebutan kereta second hand seringkali menjadi pilihan bagi orang ramai yang disebabkan oleh harganya jauh lebih murah daripada beli kereta baru.

Benar atau tidak, jika anda beli kereta baru hari ini dengan harga 20K, pada keesokan hari jika anda ingin jual kereta itu, anda tidak akan dapat menjual kereta itu dengan harga yang sama memandangkan statusnya sudah jadi kereta second hand.

kereta terpakai

Jadi sekiranya anda bernasib baik, anda boleh membeli kereta terpakai yang baru yang mungkin cuma dipakai untuk 2 sampai 6 bulan sahaja kerana di dunia ini memang ada orang yang jenis suka sering menukar kereta.

Jimat Wang Dengan Beli Kereta Terpakai

Jika anda mahu membeli sebuah kereta dalam keadaan yang baik dan anda mahu mendapatkan harga yang lebih murah, maka anda dinasihatkan untuk memilih kereta terpakai.

Sebelum membeli kereta terpakai, terdapat beberapa perkara yang anda perlu ingat sebelum anda keluarkan duit dan beri kepada penjual kereta terpakai. Ketika membeli sebuah kereta terpakai anda mesti ada sediakan satu senarai semak dan ikuti tips beli kereta terpakai yang dinyatakan di bawah.

1.  Mengenalpasti Dulu Apa Jenis Kereta Yang Anda Nak

Sebelum pergi untuk membeli kereta terpakai seseorang itu perlu melakukan kajiselidik atau homework dengan baik. Anda perlu melakukan kajian yang luas mengenai kereta terpakai.

Anda mesti tahu untuk mengawal perasaan kegembiraan dan keterujaan membeli kereta dan membuat keputusan mengenai model (samada kereta sport, kereta sedan, kereta SUV, atau model vintaj kereta lama) yang anda mahu membeli. Anda perlu senaraikan spesifikasi yang anda kehendaki dalam kereta supaya anda mudah dan boleh mencari kereta yang sesuai untuk diri anda.

2. Membuat Siasatan Atas Kereta Itu

Setelah anda mengenal pasti model yang anda gemar, boleh anda membuat senarai pendek jenis kereta yang dikehendaki. Anda mesti menyiasat sama ada bahagian-bahagian kereta yang perlu dimodifikasi ada dan boleh didapati dalam pasaran.

Anda juga perlu memeriksa sama ada anda perlu untuk membaiki kereta tersebut atau tidak. Ia adalah satu langkah yang bijak untuk anda memilih sebuah kereta berjenama yang bahagian-bahagiannya mudah didapati di pasaran di Malaysia.

3. Tetapkan Bajet Anda

Salah satu tips yang penting yang digunakan untuk membeli kereta terpakai adalah dengan membuat keputusan mengenai bajet anda.

Ada perlu tahu anggaran wang yang anda mampu bayar untuk satu kereta dan pilih kereta yang sepadan dengan bajet yang anda ada. Kita harus mengelakkan daripada menghabiskan wang untuk perkara yang tidak penting. Anda mesti tahu had kewangan anda dan tidak melampaui had kos bajet anda.

4. Jangan Terlalu Percaya Kepada Jurujual Kereta

Jurujual kereta terpakai mungkin akan cuba untuk meyakinkan anda untuk membeli sebuah kereta tertentu. Sentiasa ingat bahawa ia adalah tugas mereka untuk berbuat demikian, kerana semakin banyak jumlah kereta yang berjaya mereka jual maka lebih banyak keuntungan yang mereka buat. Jadi, seseorang tidak harus terpedaya dengan helah jurujual dan anda perlu ada buat analisis anda sendiri.

5. Uji Memandu Kereta

Ujian memandu kereta sebelum membelinya adalah salah satu tips membeli kereta terpakai yang penting. Ketika anda melakukan ujian memandu, anda perlu menyemak fungsi-fungsinya seperti penghawa dingin, tingkap dan kunci, wipers, radio, belakang tetingkap defogger dan semua lampu.

6. Semak Daftar Pemilik Kereta

Sebelum and melakukan keputusan muktamad untuk membeli kereta terpakai, sila semak daftar pemilik kereta tersebut yang terdahulu untuk mengelakkan masalah undang-undang di kemudian hari.

Anda perlu memeriksa sama ada terdapat pemindahan milik yang jelas atau tidak, cara paling mudah untuk pastikannya adalah anda ambil nombor pendaftaran kereta dan pergi ke pejabat polis trafik untuk lakukan semakan.

Juga anda perlu tahu sama ada pemilik kereta itu ada apa-apa saman jalanraya yang belum dibayar olehnya atau tidak.

7. Periksa Dengan Teliti Dengan Semua Bahagian Kereta 

Akhir sekali, periksa bahagian-bahagian lain dan enjin kereta yang anda ingin beli untuk kali terakhir supaya anda berpuas hati bahawa model yang anda pilih sempurna dan paling tidak pun hanya mempunyai kecacatan yang minimum yang boleh diperbaiki dengan kos yang berpatutan. Bantuan seorang mekanik adalah sangat membantu dalam situasi ini.

Dengan mengikuti tips membeli kereta terpakai di atas anda boleh mengelakkan diri daripada terjerat dalam penipuan jual beli kereta terpakai dan dapat membeli kereta yang anda idamkan dalam harga berpatutan dan berbaloi. Semoga tips ini dapat membantu anda.

Baca juga:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *