free
web stats

7 Klinik Pergigian Pilihan Utama Warga Shah Alam

Sakit gigi?! Tunggu apa lagi, pergilah ke klinik pergigian! Kalau anda baru tinggal di sekitar Shah Alam, dan masih mencari-cari klinik pergigian Shah Alam, ataupun mungkin sudah lama menetap di kawasan ini, tetapi kerana jarang mendapat sakit gigi, jadi tidak pasti klinik mana yang sesuai dengan citarasa dan keperluan anda, maka silalah ambil perhatian dengan isi kandungan artikel ini.

1. Klinik Dr. Rosli

Pertamanya, Klinik Dr. Rosli di seksyen 18 antara klinik pergigian Shah Alam yang dibuka 24 jam. Kalau anda sakit gigi tengah-tengah malam, jangan risau, Klinik Dr. Rosli bakal membantu anda mengurangkan sakit gigi. Sangat memudahkan juga kerana tidak semua orang mempunyai masa hendak ke klinik di siang hari.

Klinik Dr. Rosli

Klinik Dr. Rosli

Klinik Dr. Rosli juga ada beberapa cawangan lain di kawasan Shah Alam ini, seperti di seksyen 7 dan lokasinya yang berada di kawasan padat pelajar kerana dikelilingi universiti utama di Malaysia seperti INTEC Education College, Management & Science University (MSU) dan Uitm kampus Shah Alam, menjadikannya pilihan popular di kalangan pelajar. Ada juga terdengar khabar yang klinik ini berkolaborasi dengan institusi pendidikan yang tersebut untuk menyediakan perkhidmatan percuma.

Apalagi, kalau anda seorang pelajar di sini, cubalah bertanya. Mana tahu, untung badan, boleh berjimat duit belanja. Klinik Dr. Rosli sudah lama tertubuh, sememangnya sebuah klinik pergigian Shah Alam yang patut dikunjungi.

2. Klinik Pergigian Seksyen 19

Klinik pergigian Shah Alam kedua ialah Klinik Pergigian Seksyen 19. Semestinya untuk prosedur perubatan pergigian yang lebih kompleks dan rumit, dalam erti kata lain, juga bermaksud lebih mahal, ramai akan melihat alternatif ke klinik pergigian kerajaan.

Rawatan gigi di klinik swasta untuk jenis sederhana juga boleh mencecah ribuan ringgit. Manakala di klinik kerajaan, harganya sangat murah adalah rata-rata di bawah RM100. Kecuali bagi rawatan yang memerlukan prosedur pembedahan lanjut. Boleh rujuk caj klinik kerajaan disini: http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/1752.

Sebenarnya, kerajaan Selangor telah menyediakan banyak klinik kerajaan di Shah Alam. Bukan di seksyen 19 sahaja, dan amat memudahkan juga kerana ia beroperasi seawal 7.30 pagi. Namun, pastikan jangan terlewat kerana klinik ini sentiasa dipenuhi orang ramai para pesakit sekalian.

3. Zahida Dental

Reka bentuk klinik kebiasaannya berkonsep bersih dengan reka bentuk biasa, mudah, praktikal, dengan warna tema tipikalnya iaitu putih. Kalau anda sejenis yang menghargai reka bentuk dalaman, dan setiap tempat dikunjungi mesti direka bentuk cantik, maka, Zahida Dental adalah sesuai untuk anda. Dan jika anda mempunyai anak kecil juga, kewujudan mesin permainan arked di klinik ini juga mungkin boleh membantu mengurangkan gemuruh anak anda.

4. Klinik Pergigian Dr. Azila

Ke-4 adalah Klinik Pergigian Dr. Azila di Persiaran Tengku Ampuan. Kalau anda seorang yang sangat sibuk dan juga mempunyai urusan di Jabatan Pendaftaran Negara, ini adalah pilihan terbaik kerana jabatan ini terletak berhampiran. Terdapat banyak juga restoren dan bank-bank berhampiran. Sangat membantu menjimatkan masa.

5. Empire Dental

Bagi yang tinggal atau bekerja di sekitar Bukit Jelutong, anda boleh berkunjung ke Empire Dental. Nama klinik ini memang betul kena dengan gaya tema klinik ini. Reka bentuknya terlihat mewah, ala-ala British, dengan mini-chandelier, dan bilik rawatannya berdinding kaca atau tingkap besar dengan permandangan mendamaikan jiwa. Ramai juga artis buat rawatan di sini. Kalau anda minat juga artis-artis, mungkin boleh cuba nasib sambil-sambil merawat gigi anda.

6. Klinik Pergigian Setia Alam

Antara klinik pergigian terawal di Setia Alam adalah Klinik Pergigian Setia Alam, sebab itu namanya betul-betul nama kawasan ini. Jadi, anda tidak perlu khuatir dengan tahap kualiti pengurusannya. Kebanyakan klinik sekarang tidak beroperasi pada hujung minggu. Namun, klinik ini dibuka separuh hari pada hari Sabtu. Ia juga berada dalam kawasan banyak kedai-kedai, dan juga berhampiran tapak Pasar Malam Setia Alam.

7. Klinik Pergigian Khairuddin

klinik pergigian khairuddin

Dan yang terakhir akan saya kongsikan dengan anda adalah, Klinik Pergigian Khairuddin. Juga terletak di Seksyen 19, klinik pergigian Shah Alam yang dipercayai. Ia terletak sangat dekat dengan Kawasan Miel iaitu kawasan perindustrian, kilang-kilang seperti Gardenia, Panasonic dan sebagainya. Yang mana bekerja di kawasan itu, bolehlah singgah. Setiap hari bekerja, ia dibuka sehingga jam 7 malam.

Baca juga:

Leave a Reply