6 Rahsia Sebelum Anda Bergelar Multimillionaires

Antara aktiviti saya pada pagi hari sebelum memulakan kerja harian, saya akan membuka iPad saya untuk periksa inbox email saya dan membaca website-website yang saya telah bookmark. Jika ada artikel yang menarik perhatian saya, saya akan luangkan sedikit masa untuk membaca. Bagi saya, rutin ini rutin yang sihat dan saya bertekad untuk meneruskannya.

multi-millionaire

multi-millionaire

Ini antara yang saya baca pagi tadi. Saya kongsikan dalam versi saya.

1) Menetapkan wawasan yang jelas. “Saya ingin menjadi jutawan!”

Setiap pagi sebelum memulakan aktiviti harian, ingatkan diri dan sentiasa perbaharui semangat. Jika perlu untuk membuat sticky note dan tampal di meja kerja, lakukan! Supaya aktiviti harian tidak lari dari fokus ini.

2) Anggap kerja-kerja sebagai tugas. Duit bukan yang dikejar

Jutawan tidak hanya mengejar duit semata-mata. Mereka lebih fokus kepada apa yang mereka boleh sumbangkan kepada pasaran atau masyarakat. Mereka akan menganalisis pasaran dan mengenal pasti apa yang diperlukan oleh pasaran semasa. Apabila kerja mereka semakin susah, mereka tidak mengalah. Namun mereka lebih berusaha keras dengan memikirkan bagaimana untuk memberi nilai yang lebih kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan dunia.

3) Berkawan dengan jutawan atau bakal jutawan

Kaji dan membaca tentang kehidupan mereka yang telah berjaya merupakan salah satu sumber inspirasi. Banyak perkara yang kita boleh belajar dari mereka. Bagaimana mereka membina empayar kekayaan mereka? Apa bahan bacaan mereka? Bagaimana mereka melabur wang mereka? Apa yang memandu dan memotivasikan mereka untuk terus melakar kejayaan demi kejayaan?

4) Bekerja laksana seorang jutawan

Orang kaya mempunyai sisi pandang yang berbeza mengenai MASA. Mereka membeli masa berbanding orang kebiasaan yang menjual masa mereka untuk wang. Mereka membayar orang untuk melakukan kerja-kerja yang mereka kurang atau tidak mahir untuk menjimatkan masa mereka dan dalam masa yang sama membuahkan hasil yang lebih berkualiti dari tangan yang lebih pakar.

5) Antara Melabur dan Menghabiskan duit

Orang kaya lebih bijak mengendalikan wang mereka. Sebab itu mereka menjadi jutawan. Sebaliknya, orang yang biasa tanpa mereka sedari menghabiskan atau menggunakan wang mereka dengan “tidak bijak”. Orang luar biasa apabila baru bekerja, tidak terus membebankan diri dengan hutang – membeli kereta-kereta mewah. Orang biasa menghabiskan wang, orang luar biasa “menternak” wang. Semakin tinggi pendapatan, semakin tinggi expenses. Apa guna?

6) Pelbagaikan sumber kewangan

Orang kaya tidak akan bergantung kepada satu sahaja sumber pendapatan. Mereka mempelbagaikan revenue stream mereka. Sebab itulah mereka kaya! Setelah bisnes pertama mereka telah mampu berdikari dan stabil, mereka akan menambah sumber yang lain. Virgin Atlantic lahir dari Virgin Store. (Betulkan saya jika saya salah)

Pain And Gain

Siapa pernah menonton movie ini? Dalam kisah ini menceritakan 3 orang rakan yang “doer” namun bodoh dan bangang. Hasil dari kerja mereka, mereka telah berjaya mendapat harta bernilai jutaan ringgit. Namun atas sebab kebodohan mereka, dalam masa beberapa hari sahaja harta mereka itu habis begitu sahaja. Dan pengakhirannya, mereka semua masuk penjara.

Ada duit tapi tidak ada ilmu untuk mengendali duit – tidak guna.

Rahsia Anda

Saya sangat berbesar hati untuk membaca perkongsian anda. Jika anda ada apa-apa “rahsia” yang boleh dikongsikan dengan pembaca lain, sila curahkan diruangan komen. Buat masa ini, saya hanya mampu membaca material-material sebegini ini tanpa mampu mengorak langkah yang signifikan dalam dunia keusahwanan. Ini kerana kekangan geografi,masa dan juga wang saya. Oh ,mungkin anda ada nasihat untuk saya?

Leave a Reply