5 Tips Memilih Kedai Motorsikal

Hampir setiap bikers pasti mempunyai kisah tersendiri, baik semasa membeli motorsikal atau mengambil di kedai motorsikal atau dari pengedar sah. Sebahagian besar bikers sudah pasti ada yang berpuas hati dengan servis atau perkhidmatan yang di berikan, namun tidak di nafikan ada juga yang merasa tertipu dari khidmat yang di berikan, sebagai contoh penipuan harga caj selenggara dan harga komponen, mendapat komponen tiruan dan kecuaian semasa baik pulih sehingga mendatangkan kerosakkan yang lebih teruk.

Apabila anda menghadapi salah satu masalah di atas, apa yang anda lakukan? Bagaimana anda boleh mencari kedai membaiki motosikal yang boleh anda percaya untuk menjaga motorsikal anda dengan penjagaan yang sama teliti seperti yang anda lakukan? Maksudnya di sini adalah kedai atau bengkel motorsikal yang mana mampu memberikan perkhidmatan yang membolehkan motorsikal anda berfungsi dengan sempurna semasa meredah hutan, berentap di trek lumba dan melayan selekoh atau ke ride santai ke destinasi menarik hujung minggu.

baiki motor 1

baiki motor 1

Jadi apakah elemen penting yang perlu anda lihat semasa ke kedai motorsikal? Baca dengan teliti dari senarai 5 tips memilih kedai motorsikal di bawah supaya anda mendapat kedai yang tepat bagi mendapatkan mutu perkhidmatan yang terbaik bagi dua pihak antara bikers dan bos kedai…

Reputasi

Pernahkah ada antara bikers kita yang berpengalaman mengalami kerosakkan motorsikal semasa ride dari luar kawasan? itu pasti kebiasaan kan… Jika anda berada dalam situasi ini apa perlu anda lakukan? Sudah pasti anda akan bertanya pada masyarakat atau rakan di sekeliling di mana kedai atau bengkel terbaik. Kadang kala anda pasti tidak menyangka ianya kedai yang biasa anda dengar yang sebenarnya sebuah kedai kecil yang agak tersorok di celah bandar. Banyak kedai-kedai motorsikal yang lebih kecil sebenarnya bagus dari segi perkhidmatan tidak mempunyai bajet untuk kempen pengiklanan, jadi mereka meneruskan kelangsungan perniagaan mereka dari reputasi tanggapan masyarakat di sekeliling mereka. Dan kerana mereka bergantung kepada reputasi itu, anda boleh berharap untuk mendapat perkhidmatan terbaik untuk motorsikal anda.

Komunikasi

Anda terpaksa meninggalkan motorsikal anda di kedai kerana mengambil masa untuk baik pulih kerosakkan, dan anda menghubungi kembali untuk mendapatkan maklumat lanjut. Adakah seseorang menjawab telefon apabila anda membuat panggilan? Adakah mereka kembali menghantar mesej atau e-mel jika pekerja kedai sedang sibuk sebelum itu? Sebuah kedai yang tidak berkomunikasi dengan baik kepada pelanggan anda dengan cara yang jelas dan tepat pada masanya adalah salah satu etika perniagaan yang tidak bertanggungjawab. Memang tak tenang hati di buatnya apabila kita tak tahu keadaan motorsikal kesayangan kita. Dan sekiranya mereka menghubungi anda kembali, pastikan mereka menyatakan dengan jelas kerja baik pulih yang di jalankan, kos serta hasil dari baik pulih itu.

kedai motor

kedai motor

Bersih & Kemas

Adakah bahagian belakang kedai, di mana tempat kerja baik pulih kelihatan seperti sebuah bilik pembedahan? semuanya bersih dan tool tersusun kemas di tempatnya? Kalau itu yang anda lihat, bonus untuk anda kerana di situ anda tahu kualiti yang di miliki pekedai itu, tapi majoriti kedai dan bengkel di Malaysia adalah sebaliknya. Tidaklah semuanya begitu, sejak kebelakangan ini kedai dan bengkel motorsikal moden dengan tool dan peralatan canggih telah banyak bertapak di sekitar Malaysia, yang mana landskap susun atur barangan di dalam kedai lebih teratur, bersih dan kemas bagi menjamin keselesaan dan keselamatan pelanggan.

Mudah Di Dekati

Pernahkah anda merasa seperti telah mengganggu mekanik yang sedang membaiki motor anda? Jika mekanik itu seperti acuh tak acuh semasa anda memberitahu apa yang tidak kena pada motorsikal anda, apa yang boleh di jangka adalah mekanik itu sebenarnya tidak mampu memberikan khidmat terbaik untuk seluruh motorsikal seperti yang anda mahukan. Jika anda berasa rushed, tertekan atau di abaikan, kemungkinan ini bukan kedai yang tepat untuk anda. Walaupun – mungkin KHUSUS jika keadaan tertentu – anda mungkin customer baru, mereka perlu mengambil masa untuk bertindak balas dari reaksi kepuasaan mutu perkhidmatan yang kedai berikan.

Tindakan Susulan

Ianya bukan satu keperluan, tetapi ianya adalah sangat penting. Terdapat sesetengah kerosakkan motorsikal yang memerlukan masa baik pulih berkala. Elemen kedai yang terbaik adalah yang sentiasa memberi maklum balas di antara satu sama lain mengenai masalah motorsikal anda dan terus bekerja dengan anda sehingga masalah di selesaikan. Kedai yang memberikan perkhidmatan buruk akan memperbaiki separuh dari kerosakkan mengikut keinginan mereka (bukan anda) dan menyuruh anda keluar dan mungkin akan berkata tiada apa-apa lagi yang boleh mereka lakukan.

Mencari dan memilih kedai motorsikal terbaik adalah satu proses trial-and-error. Tetapi dengan 5 tips memilih kedai motorsikal yang Bingit kongsikan, mencari kedai motorsikal yang seterusnya pasti akan memudahkan anda.

Leave a Reply