free
web stats

5 Tempat Makan Menarik di Penang

Penang atau lebih formal dikenali sebagai Pulau Pinang ialah salah satu negeri di Malaysia. Ibu negeri Penang ialah Georgetown yang mempunyai banyak tempat bersejarah yang harus dilawati. Jika anda meminati tempat-tempat sejarah, Bukit Bendera atau Penang Hill juga adalah salah satu tempat menarik untuk dilawati. Penang merupakan negeri yang mempunyai bilangan penduduk kaum Cina paling ramai dan dikenali sebagai Chinatown utama negara Malaysia.

tempat makan menarik di Penang

tempat makan menarik di Penang

Mana Cari Tempat Makan Menarik di Penang?

Meskipun begitu, kepelbagaian makanan yang sedap-sedap semuanya masih kekal unik dan menjadi salah satu identiti negeri ini yang agak masyhur seantero dunia. Ada banyak tempat makan menarik di Penang yang kita sebagai rakyat Malaysia pun kadang-kadang tidak tahu.

Nasi Kandar

Makanan Penang yang paling utama yang memang terkenal di kalangan masyarakat Malaysia kita sendiri ialah nasi kandar. Bercakap tentang Penang, memang takkan lekang daripada nasi kandar. Salah satu tempat makan menarik di Penang yang menyediakan hindangan nasi kandar sebagai menu utama ialah Nasi Kandar Deen Maju.

nasi kandar beratur

nasi kandar beratur

Tempat ini sangat masyur di kalangan warga tempatan dan juga orang daripada luar negeri Penang. Ada yang datang jauh ke Penang semata-mata untuk merasa penangan Nasi Kandar Deen Maju. Bagi yang tidak mengenali nasi kandar, ia adalah satu hidangan yang mempunyai pelbagai lauk dan kuah untuk dipilih. Keunikan adunan rempah ratus menjadikannya suatu hidangan yang lengkap secukup rasa masam, manis dan pedasnya.

Antara lauk yang digemari di kedai ini ialah Ayam Goreng Berempah iaitu ayam yang digaulkan dengan 15 jenis rempah dan diperap selama 8 jam. Kuahnya pula anda boleh pilih dan boleh dicampur mengikut selera masing-masing. Sebagai sampingan, anda boleh tambah sambal nyiur sebagai pelengkap rasa. Anda boleh datang ke sini ketika waktu operasinya iaitu sekitar waktu makan tengah hari sehingga waktu malam sekitar pukul 11.30 malam.

Cendol

Cendol merupakan makanan sejuk yang biasa dimakan (atau diminum) ketika minum petang. Di Penang terdapat kedai menjual cendol yang memang terkenal iaitu Penang Road Famous Teochew Chendul. Kenapa ia adalah salah satu tempat makan menarik di Penang yang harus anda pergi cuba rasa?

cendol

cendol

Kedai ini ataupun sebenarnya ialah sebuah warung tepi jalan yang kecil sahaja, telah dibuka sejak sebelum merdeka lagi, dikatakan sejak daripada tahun 1936. Keunggulan rasanya telah menginspirasikan ramai orang untuk membuka cawangannya di serata Malaysia dan juga di Singapura. Ia juga telah banyak diselitkan dalam pelbagai rancangan masakan televisyen dalam dan luar negara.

Laksa Penang

Di Malaysia terdapat pelbagai jenis laksa. Laksa Penang juga agak terkenal kerana rasanya yang tidak berat dibandingkan dengan laksa-laksa daripada negeri lain. Di Georgetown terdapat sebuah kedai yang agak terkenal iaitu Ayer Itam Assam Laksa yang juga agak terkenal.

Laksa

Laksa

Jangan tertipu dengan cara hidangan yang agak bersepah, kerana rasanya sememangnya tiada tandingan. Jika anda membawa anak-anak yang kemungkinan tidak menggemari makanan seperti ini, jangan risau kerana kedai ini juga menyediakan makanan begoreng seperti popia goreng dan sebagainya.

Makanan Laut(Seafood)

makanan laut

makanan laut

Akan sentiasa ada hari yang mana anda terasa hendak makan makanan laut sangat-sangat. Di Penang juga terdapat satu kedai makan baru yang anda mesti pergi, iaitu Nurul Ikan Bakar Special yang terletak di Tun Dr. Lim Chong Eu Highway, Gelugor, Penang. Kedainya sangat bersih. Anda boleh pilih sama ada mahu duduk bersila atas lantai pun boleh, atau duduk di atas kerusi seperti kedai biasa juga boleh. Menu istimewanya ialah ikan bakar, namun terdapat pelbagai hidangan lain seperti gorengan lain yang biasa seperti ikan goreng, sotong goreng dan sebagainya. Menu biasa lain seperti tom yam juga disediakan. Jadi, jangan risau sekiranya anda ingin mengidam makanan lain ketika menjamu selera di sini.

Pasembur di Gurney Drive

Pasembur Gurney Drive

Pasembur Gurney Drive

Tempat makan menarik di Penang yang terakhir yang akan saya kongsikan di sini ialah gerai pasembur di Gurney Drive. Ia menjadi agak viral sejak kebelakangan ini kerana gelagat tuan gerai ini yang agak melucukan apabila menari tarian yang biasa-biasa saja tapi kelakar sambil menyediakan pasembur untuk pelanggannya. Dan ramai pelanggannya yang merakam aksi beliau dan menyebarkan di media sosial. Tetapi apa yang penting, mestilah rasanya yang sedap. PIlihan bahan untuk dicampur dalam rojak pasembur ini juga pelbagai jika dibandingkan dengan pasembur rojak di kedai lain.

Bagi makanan lain yang sedap, boleh rujuk kepada kari ayam masak merah thai di mana anda pun mungkin boleh terjumpa di Penang.

One Response

  1. Zumal May 12, 2018

Leave a Reply