free
web stats

5 Tanda Teknologi Sedang Merosakkan Cara Hidup Anda

Zaman sekarang, mak orang semua ada Facebook. Mujur, saya tak ada datuk atau nenek. If tak, boleh jugak ajar guna Facebook ni kan? Sure penceraian di kalangan warga tua meningkat lepas tu. hahaha.

social media

social media

Lepas Facebook, keluar pula Twitter. Budak-budak hingusan pun terhegeh-hegeh nak tweet tweet. Cuma, dah nama budak budak kan? Tweet pun hal sakit perut, nak makan sekejap, sedih kena marah dengan cikgu, mujur belum ada yang tweet hal diorang ponteng sekolah. gegegege.

Kalau dulu, bila couple kita tak call start dah nak merajuk tak tentu hala. Konon tak sayang katanya. Sekarang, no more call pun tak apa..asalkan selang 30 minit ada pesanan ringkas (SMS) masuk dalam inbox berbunyi “hai baby”.

Damn. Teknologi hilangkan rasa kewarasan manusia. Even, nampak macam comel tapi sometimes its make me feel like..jadi bisu pun tak apa now. hoho

Kalau kamu tiada Twitter alamat kamu manusia ketinggalan. Kalau belum sign up Facebook pula kamu dasar manusia purbakala. Tak ada handphone? Ok, sila bunuh diri sekarang. lalalala.

Tapi, awas yek. Kalau terlampau taksub dengan teknologi pun buruk padahnya woo. Mungkin cara terbaik, kamu perlu tahu lah nak hadkan penggunaan and rasa taksub tu. Sendiri mau ingat maa 😛

Bawah ni, saya akan senaraikan 5 tanda-tanda yang kamu sudah kronik dan sudah sampai masanya kamu yang terkena take a break daripada terus gunakan teknologi yang membunuh ini. wakakaka!

1- Kamu tidak lagi rasa mahu keluar hang out bersama teman-teman. Kamu merasakan lebih baik bermain wii di rumah dan menjerit sakan bila menang. Saya pernah mengalami sindrom wii ni suatu masa dulu. Rasa nikmat semacam bila dapat strike masa main bowling. kahkahkah.

2- Kamu tidak risaukan lagi dengan masalah bil telefon rumah yang tidak berbayar 4 bulan berbanding bil broadband kamu. Kamu lebih risaukan broadband disekat yang mungkin menyebabkan kamu tidak boleh bermuka buku atau berburung-burung.

3- Kali terakhir kamu bertanya khabar dengan ibu kamu melalui Facebook wall.

4- Kamu merasakan perlu untuk memiliki 4 email account dan lebih merisaukan bila mana kamu akan check ke semua account itu setiap hari. Account tabung haji pun dah tak endahkan lagi waktu itu 🙂

5- Kamu merasakan adalah lebih cool bila dapat berkomunikasi dengan adik kamu yang berada di dalam rumah yang sama hanya melalui SMS. hehehe. Yeah, saya dan adik punya penyakit ini. Dia di tingkat bawah dan saya di dalam bilik tingkat atas. 15 anak tangga sangat sukar buat kami. Jadi, cara terbaik SMS!

Anda akan rasa memang betul tu semua jika anda kebiasaan bekerja mengadap komputer. Memang banyak manfaat dan keburukan dia. Cuma terpulang la kepada kita sama ada untuk ke jalan yang baik atau buruk, kadang-kadang terfikir juga bahawa teknologi ni melalaikan kita.

Baca juga:
Menarik Tentang Keajaiban Al-Quran Dengan Fakta-Fakta Sains

Leave a Reply