5 Sebab Kenapa Kita Rasa Tak Kaya-Kaya

Bukan sangat panjang saja untuk tajuk artikel kali ini. Memang ingin bagikan tajuk macam ini dan tak ada sebab, memang nak! hahahaha! Kalau anda sendiri ada simptom RASA TAK KAYA-KAYA padahal dah bermati-mati buat kerja itu ini dan di sana sini, dah cuba ambil JOBDIRUMAH yang saya sendiri warwarkan selama ni, artikel ini adalah disediakan untuk anda.

why
why

5 Sebab Kenapa Kita Rasa Tak Kaya-Kaya Sampai Ke Sudah

1) Tak pandai uruskan wang yang sedia ada. Memang terdapat jenis manusia seperti ini di mana dia ada duit, tapi dia tak pandai nak uruskan duit yang kepunyaannya tu. Kalau orang seperti ini dapat RM3000, RM2500 boleh lesap dalam masa 2 jam sebab pergi shopping dekat Mid Valley. Ini adalah satu contohnya. Adakah anda macam orang yang disebutkan? Hah, tanggunglah sendiri.

2) Hasil duit tak berkat. Kalau orang Islam, pastinya dah tahu tentang ini tetapi rasanya ramai juga yang buat-buat tak tahu. Lepas tu, bila dah berhempas pulas kerja siang malam tapi tak kaya-kaya juga mulalah cakap “Allah tak adil”. Hek eleh sangat kan?

3) Kenapa rasa tak kaya-kaya? Mungkin sebab kita “makan seorang” duit yang kita ada tu. Saya tak tahu anda bahagikan wang anda macam macam setiap bulan tapi saya begini. 10 % dari hasil income online atau sumber apa-apalah yang saya dapat, saya masukkan dalam tabung mana-manalah (tiada niat menunjuk, tiada). Ingat, dalam rezeki kita ada hak orang lain.

4) Dah bayar zakat? Ini bukan pada semua orang. Cuma yang dah cukup syarat jelah. Ada sesetengah orang “kaya”, dia memang nampak kaya diluar. Rumah besar, kereta besar semua besarlah tapi dia lupa bayar zakat. Zakat tu wajib kalau dah cukup syarat. Macam mana nak rasa “kaya” kalau Allah tak redha?

5) Kenapa tak kaya-kaya padahal dah buat macam-macam? Lizarazak suruh follow cara dia berbisnes di Facebook, dah buat dah. Ada orang suruh amalkan cara nak seru rezeki pun dah buat dah tapi masih tak kaya-kaya? Ok, mungkin sebab anda lupa nak SEDEKAH DEKAT LIZARAZAK lah tu.

4 Kategori Kaya Pilihan Saya

Assalamualaikum, sibuk pula hari ini sampai tak sempat nak update blog pagi tadi. Tapi, tak apa. Blog bukan priority saya setakat ini, masih ada tugas yang saya perlu selesaikan. hehehe! Hmm, ok tapi tangan kalau dah biasa menaip memang camni lah. Nak jugak kongsi sesuatu. Harap korang dapat sama-sama fikirkan.

kekayaan
kekayaan

Saya baru beli Majalah Solusi dan ada 1 topik yang menarik minat saya untuk berkongsi dengan korang. “7 Kategori Kaya” tapi saya cuma cukup tertarik dengan 4 kategori saja. hahaha!! Boleh pulak macam tu ya? Korang anggap jelah saya malas nak taip panjang-panjang. wakakaka!

Ok, serious balik. Tak, bukan malas tapi memang saya cuma tertarik dengan 4 kategori kaya ni sahaja. Mungkin sebab saya rasa, 4 kategori ini yang agak penting dalam hidup saya kot. Kalau korang nak tahu lagi 3 kategori tu, silalah beli Majalah Solusi edisi terbaru. weeeee!!!! Oh ya, saya ingat nanti saya daftarkan diri untuk jadi stokis jual buku-buku ilmiah macam ni lah. Nanti korang support ok. hehehe!!

Ok, lupakan soal cita-cita saya nak jadi stokis jual buku ilmiah tu. Ada rezeki, adalah nanti. Ehem, alhamdulilah rezeki daripada hasil jualan EQurban dah dapat. Syukur sangat! Kita berbalik semula pada 4 kategori kaya pilihan saya. Nah, korang baca dekat bawa ni ok. Korang rasa, korang ada semua kategori ni tak?

1. Kaya Dalaman

Orang yang mempunyai set minda yang sangat positif, harga diri yang sangat tinggi sekaligus mereka ini akan dapat ketenangan dalaman dan kekuatan spiritual yang tinggi. Dalaman itu amat penting. Sepatutnya ingin berjaya dalam bisnes pun, dalaman kena kuat. Kalau tidak, habislah kena tembak dengan pesaing.

2. Kaya kesihatan

Kesihatan itu kekayaan. Kalau kita ada semuanya, kita ada pekerjaan, kita ada harta dan kalau kita pemilik negara sekalipun tapi kalau kita tidak sihat, tak ada gunanya. Untuk tips diet mengikut Islam yang paling mudah tapi mujarab.

3. Kaya Perhubungan

Ada orang, dia kaya harta tapi malangnya perhubungan dia dengan keluarga, kawan-kawan dan orang keliling tidak sekaya hartanya. Tak ada makna kot kalau ada duit billion-billion tapi dalam family, asyik bergaduh je. Kan? Ada kawan, tapi kita pandang bila perlu sahaja. Ingat, jangan “gunakan” manusia lain 😉

4. Kaya Pengalaman

Saya suka dengan orang yang kaya dengan pengalaman hidupnya. Banyak benda kita boleh belajar dari pengalaman orang lain, baik pengalaman baik mahupun yang buruk. Pengalaman macam ni bagus ok untuk kita gunakan sebagai cara untuk muhasabah diri dan untuk perbaiki diri kita lah kan.

Hmm, macam mana? Antara 4 kategori kaya dekat atas ni. Saya paling terkesan dengan kategori KAYA DALAMAN. Kenapa? Mungkin, sebab pada saya kalau kita ada harta, kita ada kesihatan fizikal, kita ada perhubungan yang baik dengan semua manusia tapi hakikatnya dalaman kita masih di tahap “bawah” di mana kita tak boleh nak kawal diri kita…susah juga.

Soal dalaman ni pada saya penting sangat. Spiritual adalah sesuatu yang boleh beri kesan dalam hidup kita ok. Kalau tahap spiritual korang tinggi, hidup korang akan terarah pada keadaan dan cara hidup yang positif tapi kalau taha spiritual korang agak rendah, haiya!! Memang payah!

Korang rasa macam mana? Sama ke pendapat macam saya atau mungkin korang rasa kaya kesihatan lagi penting?

6 Rahsia Sebelum Anda Bergelar Multimillionaires

Antara aktiviti saya pada pagi hari sebelum memulakan kerja harian, saya akan membuka iPad saya untuk periksa inbox email saya dan membaca website-website yang saya telah bookmark. Jika ada artikel yang menarik perhatian saya, saya akan luangkan sedikit masa untuk membaca. Bagi saya, rutin ini rutin yang sihat dan saya bertekad untuk meneruskannya.

multi-millionaire
multi-millionaire

Ini antara yang saya baca pagi tadi. Saya kongsikan dalam versi saya.

1) Menetapkan wawasan yang jelas. “Saya ingin menjadi jutawan!”

Setiap pagi sebelum memulakan aktiviti harian, ingatkan diri dan sentiasa perbaharui semangat. Jika perlu untuk membuat sticky note dan tampal di meja kerja, lakukan! Supaya aktiviti harian tidak lari dari fokus ini.

2) Anggap kerja-kerja sebagai tugas. Duit bukan yang dikejar

Jutawan tidak hanya mengejar duit semata-mata. Mereka lebih fokus kepada apa yang mereka boleh sumbangkan kepada pasaran atau masyarakat. Mereka akan menganalisis pasaran dan mengenal pasti apa yang diperlukan oleh pasaran semasa. Apabila kerja mereka semakin susah, mereka tidak mengalah. Namun mereka lebih berusaha keras dengan memikirkan bagaimana untuk memberi nilai yang lebih kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan dunia.

3) Berkawan dengan jutawan atau bakal jutawan

Kaji dan membaca tentang kehidupan mereka yang telah berjaya merupakan salah satu sumber inspirasi. Banyak perkara yang kita boleh belajar dari mereka. Bagaimana mereka membina empayar kekayaan mereka? Apa bahan bacaan mereka? Bagaimana mereka melabur wang mereka? Apa yang memandu dan memotivasikan mereka untuk terus melakar kejayaan demi kejayaan?

4) Bekerja laksana seorang jutawan

Orang kaya mempunyai sisi pandang yang berbeza mengenai MASA. Mereka membeli masa berbanding orang kebiasaan yang menjual masa mereka untuk wang. Mereka membayar orang untuk melakukan kerja-kerja yang mereka kurang atau tidak mahir untuk menjimatkan masa mereka dan dalam masa yang sama membuahkan hasil yang lebih berkualiti dari tangan yang lebih pakar.

5) Antara Melabur dan Menghabiskan duit

Orang kaya lebih bijak mengendalikan wang mereka. Sebab itu mereka menjadi jutawan. Sebaliknya, orang yang biasa tanpa mereka sedari menghabiskan atau menggunakan wang mereka dengan “tidak bijak”. Orang luar biasa apabila baru bekerja, tidak terus membebankan diri dengan hutang – membeli kereta-kereta mewah. Orang biasa menghabiskan wang, orang luar biasa “menternak” wang. Semakin tinggi pendapatan, semakin tinggi expenses. Apa guna?

6) Pelbagaikan sumber kewangan

Orang kaya tidak akan bergantung kepada satu sahaja sumber pendapatan. Mereka mempelbagaikan revenue stream mereka. Sebab itulah mereka kaya! Setelah bisnes pertama mereka telah mampu berdikari dan stabil, mereka akan menambah sumber yang lain. Virgin Atlantic lahir dari Virgin Store. (Betulkan saya jika saya salah)

Pain And Gain

Siapa pernah menonton movie ini? Dalam kisah ini menceritakan 3 orang rakan yang “doer” namun bodoh dan bangang. Hasil dari kerja mereka, mereka telah berjaya mendapat harta bernilai jutaan ringgit. Namun atas sebab kebodohan mereka, dalam masa beberapa hari sahaja harta mereka itu habis begitu sahaja. Dan pengakhirannya, mereka semua masuk penjara.

Ada duit tapi tidak ada ilmu untuk mengendali duit – tidak guna.

Rahsia Anda

Saya sangat berbesar hati untuk membaca perkongsian anda. Jika anda ada apa-apa “rahsia” yang boleh dikongsikan dengan pembaca lain, sila curahkan diruangan komen. Buat masa ini, saya hanya mampu membaca material-material sebegini ini tanpa mampu mengorak langkah yang signifikan dalam dunia keusahwanan. Ini kerana kekangan geografi,masa dan juga wang saya. Oh ,mungkin anda ada nasihat untuk saya?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *