free
web stats

5 Petua Mengatasi Masalah Kewangan Semasa Belajar

Entri ini aku tulis untuk mengatasi mereka yang masih belajar di institusi pengajian tinggi, tanpa mengira institusi awam atau swasta. Mengingati masa aku belajar dulu. Jadi aku berkongsi teknik terbaik yang dapat mengatasi masalah kewangan semasa belajar.

Aku percaya ramai golongan pelajar zaman sekarang sangat boros membelanjakan duit pinjaman sama ada pinjaman PTPTN mahupun pinjaman kerajaan negeri. Bila dah boros ni biasenye hujung2 semester mula la kehabisan duit. Bila dah habis duit mula la cari mak ayah kat rumah nak mintak duit belanja walhal duit pinjaman yang diberikan sebenarnya cukup untuk tampung kos sara hidup sepanjang semester di tempat belajar.

masalah kewangan belajar

masalah kewangan belajar

Korang yang masih belajar ni mesti seronok kan pada pembukaan semester baru ini sebab duit pinjaman PTPTN atau biasiswa atau pinjaman kerajan negeri korang sudah masuk kedalam akaun korang. Banyak atau sikit itu bergantung pada instituisi mana yang korang berada sekarang dan kursus apa yang korang ambil.

Cara mengatasi masalah kewangan ni memang aku sendiri pernah mengamalkannya semasa belajar dahulu. Memang boleh pakai tak kira zaman bila pun kerana semua tips ni adalah simple sahaja. Yang penting dengan tips dan cara ni korang tak akan mengalami masalah kewangan apabila sampai di hujung semester.

1. Korang mesti tetapkan menteliti korang yang duit pinjaman tu macam duit gaji korang yang telah terkumpul selama 6 bulan sebab aku anggap satu semester 6 bulan. Bila korang nak keluarkan duit tu, korang mestilah menetapkan berapa banyak yang korang nak pakai untuk duit belanja pada bulan tu.

Selepas korang keluarkan duit untuk sepanjang bulan tu korang jangan la usik lagi duit dalam akaun tu lagi. Pakai duit yang ada di tangan sahaja. Kalau habis duit kat tangan krang tu, disiplin kan diri untuk tuggu ambil duit pada bulan hadapannya pula.

2. Untuk mengelakkan pembaziran berlaku, korang tetapkan barang apa yang sangat penting untuk korang beli pada bulan itu dan belinya jika perlu. Untuk membeli makanan tu akau harap korang sedar lah yang korang tu hanya pelajar dan belum bekerja dan belilah makanan macam pelajar.

Maksud aku beli makanan seperti pelajar tu ialah korang tak ada la makan di restoran yang mahal. Kalau bawak awek makan pun sedarlah diri sikit korang tu pelajar, duit pun masih meminjam lagi. Tu pun belum tentu mampu bayar balik pinjaman bile dah habis belajar nanti. Bila korang makan yang mahal2 itu akan menjadikan bajet korang lari dan pembaziran akan berlaku kat situ.

3. Sebagai pelajar aku tau nafsu korang untuk enjoy mesti tinggi kan so aku nasihatkan kat sini untuk korang bajet betul2 mengenai perbelanjaan korang untuk korang enjoy. Kat sini aku nasihatkan kalau nak berhibur tu cari la yang murah2 sudah memadai. Ingat korang tu masih pelajar dan masih belum bekerja. Kalau korang rasa nak enjoy puas2 tunggu la dah keje nanti.

4. Korang juga aku nasihatkan mengasingkan duit pinjaman korang tu pada satu bahagian kecemasan iaitu duit kecemasan. Duit ini bertujuan untuk digunakan pada waktu2 kecemasan contohnya korang sakit or excident ke yang terpaksa memerlukan rawatan di hospital. Aku bukan nak korang sakit atau mengalami kecelakaan cuma perkara2 macam ni jarang orang agak akan berlaku dan bila berlaku baru la nak teringat pasal duit yang dah tiada. Malang tidak berbau ye cik kak cik abang sekalian.

5. Cara mengatasi masalah kewangan semasa belajar yang terakhir, aku harap korang tahu kemana korang belanjakan duit korang tu sebab suatu hari nanti korang akan terfikir kemana duit korang tu dibelanjakan dan jika korang tahu duit tu pergi mana korang tak kan rasa rugi nanti. Jadilah sedikit kedekut kerana kedekut itu membuatkan korang menjadi penyimpan tetapi jangan la kedekut sangat yer. Kalau sedekah buat amal kebajikan tak apa.

Aku harap dengan cara mengatasi masalah kewangan yang aku bagi kat korang ni dapat membantu korang pelajar-pelajar IPT sekalian untuk menguruskan masalah kewangan korang yang selalu korang fikir macam mana nak dapat duit lebih. Ingat, korang tu masih pelajar dan bukan pekerja. Tugas korang adalah belajar dan jadilah pelajar yang cemerlang dan terbaik.

Pelajaran tu penting untuk korang mendapatkan ilmu, dan dari ilmu korang mendapat pengalaman, dan dari pengalaman korang mendapat kemahiran. Bila mana korang dah masuk ke bidang professional korang akan mendapat duit yang banyak. Masa tu ingat2 lah nak bayar pinjaman pelajaran korang tu balik yer.

Kehidupan kita ini semua bermula dari bawah dengan mencari ilmu. Ilmu itu adalah asas untuk kita lebih maju di masa2 akan datang. Tanpa ilmu manusia ni tiada apa yang berguna. Tips yang aku bagi kat atas ni bukan sahaja untuk mereka yang masih belajar tetapi orang yang telah bekerja juga boleh untuk mempraktikkan tips ini jika korang mempunyai masalah kewangan la. Semua terpulang pada individu tu sendiri nak pilih jalan yang mana. Jangan menyesal di kemudian hari sudah la.

Secara jujurnya segala tips yang aku bagi kat atas telah aku lakukan dan duit aku pada penghujung semester masih mempunyai baki yang agak banyak. Tak percaya cuba la amalkan sendiri tips yang aku kongsikan ni. Terima kasih.

Leave a Reply