petua hilangkan batuk

5 Petua Berkesan Hilangkan Batuk Berpanjangan

Adakah anda mengalami batuk yang berlarutan terlalu lama ataupun kerap terjadi sehingga mengganggu kehidupan anda? Jika pernah, anda perlu membaca artikel berkenaan petua hilangkan batuk ini sehingga habis dan praktikkan segala petua yang disarankan.

petua hilangkan batuk
petua hilangkan batuk

Konsep Batuk

Pertamanya, mari kita memahami konsep batuk terlebih dahulu. Ramai daripada kita yang mengetahui apa itu batuk tetapi tidak tahu bagaimana ia boleh terjadi dan kenapa ia terjadi. Adalah lebih bagus untuk kesihatan sendiri jika kita mengetahui serba-sedikit tentang belakang tabir sebuah batuk sebelum kita beralih ke petua hilangkan batuk. Batuk adalah tindakan refleks berulang yang berlaku untuk memastikan laluan pernafasan bebas daripada cairan, bahan iritasi, partikel asing dan microb. Batuk dikategorikan kepada 2 jenis iaitu batuk kering yang biasanya menyebabkan gatal tekak, dan juga batuk basah yang berkahak.

Batuk adalah penyakit normal hinggap pada sesiapa sahaja. Paling tidak, seseorang itu akan mengalami batuk setahun sekali. Tetapi jika batuk anda datang dan pergi setiap bulan, mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan sekeliling anda. Wanita yang hamil atau ibu mengandung juga boleh mengalami batuk tetapi berbanding manusia normal lain, agak payah untuk sembuh daripada penyakit seperti batuk dan selsema disebabkan sistem imun menurun ketika kehamilan.

Cara dan Petua Hilangkan Batuk

Namun, bakal-bakal ibu sekalian jangan risau, batuk tidak merbahayakan bayi! Berikut adalah beberapa petua hilangkan batuk yang anda dapat lakukan atau sediakan sendiri:

1. Makan Madu

madu
madu

Madu banyak disebut dalam hadis dan juga Quran sebagai penawar penyakit. Mengamalkan memakan madu adalah sunnah Rasulullah s.a.w. yang sememangnya elok dan mudah untuk diikuti. Dalam satu kajian terkini pula, madu dikatakan lebih berkesan melegakan batuk daripada ubat doktor yang mengandungi dextromethorphan. Anda boleh mengambil madu dengan memakan sebanyak satu sudu makan penuh sebanyak beberapa kali sehari. Jika anda bukan penggemar madu, cara pengambilannya boleh divariasikan dengan memakannya bersama roti atau mencampurkannya dengan lemon dan air tea.

2. Kunyit Dan Bawang Putih

bawang putih
bawang putih

Kunyit mempunyai khasiat anti-radang dan antimicrob. Agen aktif utama dalam kunyit dikenalpasti sebagai curcumin, yang memberikan warna kuning keemasan. Dalam perubatan tradisional India dan Cina, ia telah lama digunakan untuk merawat penyakit pernafasan, penghadaman dan kulit. Anda boleh sediakan susu kunyit dengan mencampurkan 2 sudu kecil serbuk kunyit ke dalam susu panas. Ataupun sediakan masakan Terengganu – Singgang Ayer. Suatu masakan berkuah yang disertakan dengan ikan tongkol. Anda juga boleh membuat variasi daging. Berbeza dengan kebanyakan masakan di Malaysia, bahan utama dalam masakan ini ialah kunyit yang memberi warna kekuningan pada kuahnya. Saya juga menyukai hidangan ini kerana rasanya yang sederhana tetapi enak dimakan bersama nasi atau dihirup begitu sahaja kuahnya. Singgang juga biasanya dimakan bersama sambal cili dengan bawang putih. Kandungan ailicin dalam bawang putih juga dapat membantu membunuh bakteria dan kuman yang menyebabkan radang kegatalan di tekak.

3. Lembapkan Persekitaran

mesin lembap
mesin lembap

Sekarang banyak dijual mesin pelembap udara yang mengeluarkan wap-wap air. Ini bagus untuk batuk yang disebabkan kekeringan. Ia akan melegakan tekak yang keradangan, dan memastikan tidur anda lena walaupun masih tidak sembuh batuk.

4. Mandi Air Panas

mandi panas
mandi panas

Terjun ke dalam tab mandi yang dipenuhi air panas dan legakan batuk anda! Atau anda boleh mandi bagaimana cara sekalipun tetapi menggunakan air panas atau air suam. Biasanya batuk akan disertai dengan selsema atau demam. Mandi air panas dapat melegakan ketiga-tiga pakej lengkap ini sekaligus.

5. Jaga Kebersihan Persekitaran

kebersihan sekeliling
kebersihan sekeliling

Jika anda kerap jatuh sakit, kemungkinan persekitaran anda tidak bersih adalah tinggi. Boleh jadi cuma debu-debuan yang terbiar lama tidak bersapu. Atau lagi bahaya mungkin telah menjadi tempat pembiakan pelbagai bakteria dan kuman yang membawa penyakit. Pastikan tiada makanan basi terbiar dan jangan biarkan bahagian lembap dalam rumah penuh dengan lumut atau kulat. Bukan sahaja kawasan rumah, tetapi mana-mana tempat yang anda biasa luangkan masa seperti tempat kerja. Jika ada teman sekerja yang kelihatan sakit atau anda sendiri yang sakit, pastikan memakai topeng muka untuk mengelakkan berjangkit dan dijangkiti penyakit yang merebak melalui udara ini.

RAWATAN DOKTOR

Sekiranya setelah mengikuti petua hilangkan batuk di atas dan masih lagi tidak surut batuknya, adalah lebih baik berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *