free
web stats

5 Perkara Wajib Difahami Tentang Blog (khas untuk Blogger Baru)

Ramai yang berminat untuk menjadi penulis blog atau lebih tepatnya blogger. Ini kerana kerjaya sebagai blogger telah dihebahkan boleh menjana pendapatan lumayan. Malah ada yang boleh mencecah puluhan ribu ringgit sebulan.

new blogger

new blogger

Ada 5 perkara yang wajib diketahui tentang blog:

1. Nama blog (domain)

Domain ada yang percuma dan berbayar. Domain yang percuma biasanya boleh diperolehi dengan pendaftaran dekat Blogspot atau WordPress. Kebelakangan ini WordPress yang percuma kurang popular. Saya beranggapan kerana fungsinya sangat terhad. Faktor pemilihan domain sangat penting. Ia menggambarkan imej dan krebiliti pemiliknya. Cuba elak untuk memiliki domain yang kurang sopan. Silap hari bulan orang beranggapan yang bukan-bukan terhadap kita.

2. Penyedia tempat blog (hosting)

Hosting yang percuma boleh diperolehi dengan pendaftaran domain di blogspot dan WordPress. Proses ini sudah siap pakej dengan nama domain yang menggunakan Blogspot dan WordPress. Ada juga yang lain cuma tidak begitu popular. Bagi mereka yang baru-baru berjinak burang merpati (sepatutnya blog) boleh belajar di Blogspot atau WordPress dahulu. Gunakan kemudahan percuma sebelum berfikir tentang tempat berbayar. Sudah ramai otai blog menggunakan method ini. Mereka daripada kosong dan kemudiannya penuh dengan pengalaman, info dan duit.

3. Tema (niche)

Niche sangat penting dan berpengaruh dalam dunia blog. Rata-rata mengakui bukan mudah untuk mendapatkan niche yang serasi dengan jiwa dan pengetahuan mereka. Ada blog yang hanya memfokuskan satu niche sahaja. Tidak kurang juga yang buat rojak blog (bukan rojak buah) iaitu menghimpunkan pelbagai niche dalam satu blog. Mereka mengkategorikan setelah buat entri. Pembaca yang bijak memilih untuk membaca blog berdasarkan niche yang diminati.

4. Isi kandungan blog(entri)

Pihak Google Adsense sentiasa mencanangkan ‘love content’. Pembaca pun begitu.Mereka perlu entri yang boleh menyelesaikan masalah mereka. Tidak kira masalah peribadi atau masalah negara. Entri yang berkualiti dan bermanfaat menjadi buruan para pembaca. Jadi sebagai penulis blog sudah berwajipan untuk menulis entri blog mereka dengan baik dan matang. Buat kajian sebelum menulis supaya hasilnya menampakkan kredibiliti. Jadi pembaca akan terikat dan setia untuk mengikuti perkembangan entri yang kita hasilkan. Usahakan untuk selalu kemaskini entri blog.

5. Promosi jaringan blog(link blog)

Apalah gunanya jika blog cantik dan entri menarik tetapi tiada pelawat atau pembaca yang datang melawat. Mempromosi blog adalah cara untuk menarik pelawat datang. Pelbagai teknik dan kemahiran promosi link blog sekarang ini. Sebagai blogger mentah (masih baru) seperti saya ini aktiviti blogwalking atau singgah di blog orang adalah latihan wajib. Baca entri blog orang lain dan beri komen pada ruangan yang disediakan. Jika sudah mahir sedikit guna kaedah Ping kan entri. Masuk kumpulan blogger dan sertai program mereka. Mahu lebih hebat lagi guna kemahiran SEO untuk tarik trafik berganda-ganda. Kemahiran ini boleh dipelajari perlahan-lahan. Buat sementara promosi boleh dilakukan dalam Facebook, Twitter dan Youtube. Lagi banyak lagi baik hasilnya.

Ambil perhatian bahawa apa-apa yang saya tulis berdasarkan pemahaman blogger yang masih baru tentang dunia blog. Mungkin ada salah sini dan sana.Harap ditegur dan diperbetulkan untuk kebaikan bersama. Kesilapan kefahaman hanya dapat diatasi dengan rujukan entri yang berwibawa.

Leave a Reply