free
web stats

5 Perkara Asas Tentang Cara Pakai Shawl

Sebelum anda melangkah lebih jauh dalam menguasai teknik dan cara pakai shawl yang semakin pelbagai dewasa ini, anda perlu tahu dan faham asasnya terlebih dahulu. Setelah mengetahui dan memahami setiap peranan yang dimainkan perkara asas ini, anda akan menjadi lebih kreatif dan tidak lagi perlu bergantung sepenuhnya kepada tutorial daripada rakan-rakan, saudara-mara anda atau daripada sumber online lain.

pakai shawl
pakai shawl

1. Pin tudung, kerongsang dan brooch

Ketiga-tiganya adalah benda yang sama cuma berbeza nama panggilan. Evolusi kerongsang sangat hebat kerana ia digunakan oleh semua orang tidak terhad kepada masyarakat Islam sahaja, sebagai contoh, ia digunakan oleh orang di negara berhawa sejuk, untuk mengemaskan dan memegang mafela pada atas bahu atau sekitar leher mereka.

Cara pakai shawl instant yang sudah dijahit siap juga kadang-kadang masih memerlukan kerongsang bagi mengemaskan lagi tudung atau shawl. Kerongsang boleh dikategorikan kepada beberapa jenis berdasarkan kepada bentuk dan kegunaannya.

Pertamanya, baby brooch, medium brooch dan large brooch. Ia adalah jenis yang sama dan paling biasa digunakan oleh masyarakat Melayu kita, cuma berbeza daripada segi saiz.

Yang kedua, kerongsang berjurai, dengan tambahan juraian dan kebanyakannya kelihatan seperti anting-anting. Seterusnya, Felt Brooch – diperbuat daripada kain felt yang lembut dan berwarna-warni. Dan akhir sekali ialah shawl pin yang berbentuk seperti jarum besar dengan kepala jarum terhias seperti kerongsang lain.

cara pakai shawlSumber foto: cintai wanita

2. Inner atau anak tudung

Inner menjadikan tudung lebih berbentuk dan sebagai bahagian yang dapat memegang kemas kerongsang. Fungsinya bukan sahaja untuk memeriahkan gaya tudung, tetapi juga untuk menyempurnakan penutupan aurat bagi muslimah sejati. Inner bagi tudung atau shawl telah berevolusi dengan pantas dan pelbagai sejak beberapa tahun ini.

Sebelum industri shawl meletop, boleh dikatakan hanya ada satu jenis inner, iaitu inner kait, yang mungkin masih boleh dilihat dipakai oleh nenek-nenek anda atau pelajar-pelajar sekolah atau juga makcik-makcik yang tidak terkesan dengan arus terkini fesyen, seperti penulis sendiri.

cara pakai tudung

Jenis-jenis inner lain yang boleh didapati di pasaran ialah seperti, Inner Neck, Inner Magic, Inner Snow Cap, Inner Ninja, Inner Neck Silang, Inner Turban, Inner Dagu, Inner Bun, Basic Inner dan juga Inner Anti Tembam.

Walaupun begitu banyak jenis dan bentuk inner terdapat di pasaran, anda tidak perlu risau tentang pemilihan tepat inner, kerana sememangnya ia dinamakan bersesuaian dengan fungsi masing-masing. Dan sebenarnya, tiada had dalam mengekpresikan kekreatifan anda dalam padanan inner dan shawl, asalkan anda merasa selesa dan kena dengan citarasa anda.

3. Jenis kain tudung atau shawl

Jenis kain untuk shawl ada banyak jenis yang digunakan. Hampir kesemua fabrik untuk membuat baju, juga diaplikasikan penggunaannya sebagai shawl. Daripada kapas, sifon, denim, lycra, satin, sehinggalah jenis berenda. Tiap daripadanya memiliki ciri-ciri tersendiri. Jika anda seorang yang sibuk dan tiada banyak masa untuk menggosok tudung setiap hari, seperti penulis sendiri, maka yang sesuai untuk kita adalah jenis denim dan lycra.

Manakala, jika anda mahu kelihatan lebih formal atau bergaya untuk undangan majlis, satin dan sifon adalah pilihan terbaik. Kainnya yang lembut dan berkilau memberi dampak mewah dan eksklusif kepada pemakainya. Semestinya ia perlu lebih perhatian dan penjagaan dalam mengendalikannya.

4. Saiz shawl

Sebenarnya ini tidak terlalu penting untuk belajar cara pakai shawl, tetapi juga harus diketahui. Kenapa tidak penting? Kerana dengan variasi penghasilan shawl daripada pelbagai perusahaan sekarang, saiznya juga menjadi pelbagai dan tidak terkawal standardnya.

Namun ada beberapa jenis pengeluar shawl yang menekankan isu saiz terutama untuk pelanggan-pelanggan muslimah sejati yang mementingkan kelabuhan shawl. Selain itu, kebanyakan shawl sekarang terutama yang direka oleh pereka atau pengusaha persendirian yang baru bermula atau kecil-kecilan, hanya fokus pada satu saiz yang sesuai untuk majoriti pelanggannya, iaitu dalam kategori awal dewasa (young adult). Jika anda berbadan besar, kemungkinan saiz shawl ini akan kelihatan terlalu kecil dan tidak selesa untuk dipakai.

5. Menutup aurat

Walau bagaimanapun, anda perlu beringat yang tujuan asal kewujudan shawl, tudung, jilbab dan sewaktu dengannya adalah kerana tuntutan agama. Anda mesti pastikan cara pakai shawl anda menutup aurat agar hidup sentiasa diberkati.

Menutup Aurat Tapi Hati Jahat?

Menutup aurat tapi hati masih jahat. Mungkin, ada antara anda yang bertudung di sini akan marah saya sebab tulis artikel macam ni. Seakan menjatuhkan martabat seorang muslimin “sejati”.

Maaf, sejati ke kalau menutup aurat tetapi jauh di sudut hati masih kotor? Saya rasa, tidak. Mungkin dari satu sisi, ya menutup aurat terlepas daripada dosa besar tetapi ingat, hati ibarat raja dalam badan kita.

Rosak hati, rosaklah semuanya.

Alhamdulilah, saya bertudung. Tapi, saya masih belum menutup aurat sebaiknya sebagai muslimin. Ingat ya, menutup aurat bukan sahaja memakai tudung tetapi juga anggota-anggota yang lain. Yang ini saya tak nak masuk campur sebab luar bidang kuasa saya. Apa yang penting, kita sama-sama berusaha perbaiki diri dari sehari ke sehari.

Dari dulu, dari zaman jahiliyah saya (tidak bertudung) sampai lah sekarang (alhamdulilah bertudung dah) saya masih tak faham kena mesti wujud manusia menutup aurat tapi hati masih jahat. Saya tak faham!!. Tutup aurat dah cantik, tapi hati tak semua yang cantik sepertimana luarannya.

Saya tak kata semua ya, siapa yang rasa tidak terlibat janganlah terasa. Saya menulis entry ini bukan untuk merendahkan sesiapa cuma saya mahu ajak korang berdiskusi dengan cara lebih matang. Kenapa mesti terjadi kes macam ni? Kurang iman? Kurang didikan? kurang rasa hormat atau apa sebenarnya?

Pada saya, sepatutnya bila seseorang tu sudah menutup aurat. Alangkah bestnya kalau mulut, mata, dan hatinya pun dijaga. Ini tidak, kadang-kadang kemain tudung labuh tapi mulut memaki seranah bila melihat orang lain yang tidak menutup aurat atau tengah buat sesuatu yang tak berfaedah contohnya merempit.

Sumpah, saya langsung tak boleh nak respect dengan manusia macam ni. Pakailah serban, sarunglah tudung cecah ke lutut sekalipun tapi maaf tiada apa yang boleh saya ambil untuk dijadikan contoh. Saya panggil manusia macam ni sebagai manusia BAJET BAGUS. Tapi, itulah. Manusia bukan semua sempurna.

Jadi, saya fikir positif saja dengan manusia yang menutup aurat tapi hati masih jahat ni. Mungkin dia masih perlu belajar cara berdakwah dan menjadi khalifah dengan lebih efektif kot. Dia tidak salah, cuma kurang ilmu. Saya harap manusia macam ni sedar silap dia dan betulkan. Barulah boleh “guide” dan tunjukkan contoh yang baik pada kami semua yang auratnya simpang siur ni.

Entri kaitan:
Beli baju baby secara online.

1 thought on “5 Perkara Asas Tentang Cara Pakai Shawl”

  1. Remaja skrg sgt2 kreatif dlm menggayakan tudung/shawl. Byk betul tutorial cara pakai shawl di YouTube, kan? Org yg malas mcm akak ni, stick to 1 atau 2 style ja. 😀 Org nak cepat…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *