4 Tips Untuk Layak Jadi UNIQUE Blogger

Apakah syarat untuk menjadikan anda seorang blogger yang unik? Tidak sama dengan blogger yang itu, mahupun yang ini. Artikel ini akan berkongsi pada pembaca blog cap ayam ini tentang tips untuk layak jadi unique blogger di Malaysia. Baca betul-betul.

Kenapa saya cuma tekankan Unique Blogger di Malaysia? Sebabnya adalah cukup mudah. Untuk tidak mengajar anda bermimpi terlalu jauh. hehehehe

Jadi, apakah TIPS LAYAK JADI UNIQUE BLOGGER di Malaysia? Perlu make-up pakai produk mahal-mahal, lepas tu melaram fesyen hijasbista terkini lilit-lilit, ambil gambar kemudian jadikan header besar-besar dekat blog ke? Boleh juga kalau nak buat, tapi saya tak minatlah cara ini. Maaf cakap, macam menjual diri.

Saya lebih suka cara professional untuk menjadikan diri saya atau dalam bahasa kamus yang boleh menampakkan saya macam cerdik sikit (eceh kau!), menggelarkan diri saya seorang UNIQUE BLOGGER. Cuma, mungkin belum sampai masanya. Jadi, saya masih belum sampai ke tahap layak dikenali sebagai unique blogger in Malaysia. Soon, InsyaAllah.

BE YOURSELF

Penting. Sangat penting. Jangan sibuk-sibuk nak tiru gaya penulisan Hanis Zalikha yang cantik da boom tu. Beliau ada gaya penulisan beliau sendiri sebab itu Hanis mudah dikenali dalam dunia blogging ini (sebab cantik pun ya juga. Ini bonus).

Pastikan anda jadi diri sendiri. Kalau watak anda adalah seorang yang pelawak di luar, selitkan gaya lawak anda itu di dalam penulisan blog anda. Tapi, berpada-pada. Jaga etika masa menulis.

BE INFORMATIVE

Rakyat Malaysia ni sebenarnya boleh tahan banyak cekadak dan agak malas sikit. hahahaha! Mereka suka dan mudah jatuh cinta dengan orang yang boleh beri mereka informasi kalau boleh dari A to Z. Kalau boleh, hasilkan artikel anda tu biarlah artikel yang memberi faedah pada pembaca. Contoh, kalau anda ada ilmu pernah merasa dapat income beriban-riban guna Facebook, ajar dan berikan informasi pada pembaca blog anda ilmu itu. Tak banyak, tapi sekurang-kurangnya ada juga ilmu yang mereka dapat. Barulah pembaca anda ternanti-nanti artikel informative anda!

BE CREATIVE

Orang kata, kalau menulis dengan tangan kiri orang itu biasanya lebih creative berbanding orang yang menulis guna tangan kanan. Tahyul apakah? Tapi, tahyul yang macam munasabah, kita guna jelah. Itu 1 tangan, kita ni sebagai blogger biasanya akan menaip guna 2 tangan! Maksudnya, kita sepatutnya lebih creative!

creative blogger
creative blogger

Macam mana nak jadi creative?

Buatlah apa-apapun. Asalkan blog anda tu akan jadi lain daripada yang lain. Maksudnya, pembaca dekat Malaysia cuma akan dapat kalau mereka buka blog anda saja! Fikirkan sendiri. Mana boleh ajar semua. hihihihi

BE HELPFUL

Jangan kedekut ilmu, jangan kedekut tenaga untuk tolong orang dan jangan kedekut idea (tapi, jangan dermawan idea sangat. ala kadar). Ini adalah sangat penting kalau anda mahu jadi seorang yang unik, tak kiralah apa jua keadaan pun. Tapi, untuk artikel ini saya bawa contoh untuk jadi seorang blogger yang unique ya.

Kalau ada kawan-kawan yang bertanya tentang hal blog, dan anda sememangnya tahu. Apalah salahnya kalau membantu. Biasanya jadi orang yang lapang dada bila ada orang minta tolong. Macam saya, walaupun tidaklah pandai mana dalam hal hosting dan domain tapi dengan pengalaman 5 tahun dengan Serverfreak, saya berbesar hati kalau ada yang email saya tanya hal bagaimana nak register domain atau apa saja yang berkaitan.

Tak luaklah ilmu. InsyaAllah.

Sebenarnya banyak lagi tips untuk anda ikut sebagai syarat jadi unique blogger tapi disebabkan saya tidak rajin sangat (hahaha) hari ini, cukuplah kan 4 tips sahaja yang kita kongsikan. Yang lain mungkin anda tidak perlu tunggu saya berikan tetapi anda boleh fikirkan sendiri.

Table of Contents

Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

Artikel ILMU BLOGSPOT BLOGGER MALAYSIA ini mudah-mudahan dapat bantu newbie blogger Malaysia. Saya akan fokuskan dalam bidang tips penulisan dalam siri ILMU BLOGSPOT BLOGGER MALAYSIA kali ini.

Sebenarnya sebagai blogger, tidak kiralah anda menulis di dalam blog yang menggunkana platform blogspot atau wordpress, anda perlu tahu teknik penulisan blog yang betul. Terlalu banyak teknik yang anda boleh praktikkan tapi dalam artikel Ilmu Blogspot Blogger Malaysia ini saya akan kongsikan 3 tips penulisan blog yang anda boleh jadikan rujukan.

blogger
blogger

3 TIPS PENULISAN UNTUK BLOGSPOT ANDA

BELAJAR MENULIS ARTIKEL BLOG CARA MUDAH TAPI BERMARUAH

Tiada jalan mudah untuk menjadi penulis blog yang berjaya. Jangan ambil jalan pintas dengan copy dan paste artikel blogger lain hanya untuk menempa nama anda. Elakkan! Tapi, bolehlah guna cara saya. Mudah dan bermaruah. Anda perlu pilih 2-3 orang blogger yang anda minat dengan gaya penulisan mereka. Anda belajar cara mereka memulakan artikel, bagaimana mereka bercerita pada pembaca dan lihat juga cara mereka menutup artikel.

Saya suruh anda belajar ya, bukan meniru sebiji-biji cara mereka menulis. Belajar, dan kemudian anda praktis. Mulakan penulisan artikel anda sendiri dengan ilmu yang anda dapat tadi. Anda gabungkan cara mereka (2-3 orang blogger pilihan anda tadi) dan anda “apply” masa anda menulis artikel sendiri. MUDAH DAN BERMARUAH! Ok, next apa lagi ilmu blogspot blogger malaysia kita? Jom teruskan bacaan.

VARIASIKAN TOPIK ARTIKEL DI DALAM BLOG ANDA

Memang betul ada sesetengah “sifu” kata, blog yang ada niche tersendiri lebih mudah dapat income. Ya, memang betul tapi itu pun kalau anda memang betul-betul nak fokus dalam bidang internet marketing dan memang ada blog khusus untuk itu. Itu lain cerita. Tapi, jika anda menulis blog peribadi (saya sarankan setiap IM perlu adan blog peribadi sendiri) anda boleh gunakan tips penulisan ini.

Variasikan topik dalam blog anda sebanyak mungkin. Buat 1 kalendar khusus untuk blog peribadi anda. Tulis pada hari Isnin-Ahad, topik apa yang anda akan kongsikan dengan pembaca. Contoh topik yang saya pilih dan anda boleh tiru saja ialah topik berkenaan berita semasa. Biasanya saya kongsikan pada hari Isnin dan Selasa sebab Sabtu dan Ahad dah penuh isi dengan berita hiburan Melodi kan? Kita bagi pembaca informasi bermanfaat pulak pada hari Isnin! hehehe! Hari Rabu dan Khamis pula anda boleh kongsi topik berkenaan tips apa-apa saja ilmu yang anda tahu. Jumaat? Lagi senang. Tulis artikel berkenaan Islamik! Dapat pahala jugak

HASILKAN ARTIKEL UNTUK TARIK TRAFIK ORGANIK KE BLOGSPOT ANDA

Apa itu trafik organik? Ok, ringkasnya trafik organik ni adalah trafik yang masuk ke blog kita melalui hasil carian enjin carian seperti Pak cik Google tu dan lain-lain. Kalau nak terangkan dekat sini, nanti panjang sangat pulak artikel. Tapi, apa yang anda perlu tahu secara asasnya ialah trafik organik ni PENTING untuk trafik blog anda. Ok?

Macammana nak dapat trafik organik? Ok, khas untuk contest Ilmu Blogspot Blogger Malaysia ni. Saya kongsikan sikit caranya. Anda pergi ke artikel ini dulu. Artikel tersebut memang saya hasilkan untuk dapatkan trafik organik ke blog ini. Waktu tu drama Tahajjud Cinta baru keluar di TV dan saya antara terawal yang hasilkan artikel. Orang pertama rasanya Beautiful Nara tapi oleh kerana saya ada sikit ilmu SEO saya dapat no 1 rank di Google ketika itu (sekarang masih di first page google).

Tips nya apa? Sebagai seorang blogger, sekali sekali anda perlu pantas bertindak. Tak payah setiap hari. Sekali sekala je (hahahaha), hasilkan 1 artikel yang ideanya macam saya sebutkan di atas. Ada bahan, cepat-cepat kemaskini artikel anda dan masukkan sekali keyword power-power untuk dapatkan trafik organik untuk blog anda. Praktice ok.

Baca juga:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *